ingatan

108 18 0
                                    

Hujan lagi petang itu membuat Arya mengeluh di pintu dewan kerana dia tidak punya payung. Kenape la aku tak teringat nak bawak payung aduhh. Aiden menghampiri dengan senyuman.

   "Hujan temukan kita lagi ya Arya "Arya baru perasan, lelaki semalam yang kata mengenali dia adalah Aiden.

   " Allah, hang ke? Serious tak perasan " Aiden tersenyum sambil mengibaskan-ngibaskan rambut depannya. Arya mengalihkan pandangan, dia takut dia jatuh hati lebih dalam. Dia tak sepatutnya.

   " Tunggu siape? "

   "Tak de sesiapa, tunggu hujan berhenti. "

   "Kalau tak berhenti macam mane? "

   "Entah la. Oh yaa, awak kata awak kenal saya dulu"

   "Hmm"

   "Dulu saya macam mana ya? " Aiden tersenyum. Dia senyum? Tak pelik ke? Macam mane dia tahu aku hilang ingatan? Aku belum pernah cerita kat sape sape lagi.

   "Awak baik, ceria dan banyak cakap. " Arya masih dalam kebingungan hanya terdiam memerhati hujan. Tiba tiba, sebuah kereta Azia putih berhenti di hadapan mereka. Seorang lelaki berpayung keluar dari kereta dan berjalan ke arah Arya.

   "Helmi ! Bukan nak cakap dia nak amik. "

   "Sorry laa, lupaa "

   "Kenalkan Aiden, Ini Helmi. Boyfriend saya" Helmi menghulur tangannya untuk bersalam. Aiden menyambut tangannya dengan senyuman.

   "Saya balik dulu yaa Aiden"

   "Baik. Jumpa lagi nanti ya Arya" Arya hanya menganguk.

Didalam kereta Helmi ketawa keras sehingga terbatuk-batuk.

   "Kenalkan ini Helmi, boyfriend saya HAAHHAHAH" Helmi mengejek lalu sambung ketawa terbahak bahak.

   "Diam laa ! Aku terpaksa la, Aku tak nak dia suka aku. Aku tak nak lukakan sesiapa " Arya memandang memandang Helmi serious sehingga dia terdiam.

   "Takut dia berharap ke takut diri sendiri jatuh cinta? "

   " Tak laaa, jangan mereka. Tak nak la aku."

   "Nak makan ke nak balik terus? lapar tak? " Arya tersenyum. Kenape la aku tak suka Helmi je? Dah la baik, caring pulak tu. Ishh minat !

   "Ha elok la tu, orang tanya berangan"

   "HAHAHAHA. Tak nak, tak nak"

   "Apa yang tak naknya?"

   "Tadi kan tanya nak makan ke tak ish dia niii"

   "Oh yaa, ape name dia tadi? "

   "Aiden" Mata Arya memerhati hujan yang masih lebat.

   "Tu je? Pendeknya? " Helmi cuba mencuri pandang Arya, mencari riaksi. Kosong.

   "Tu je yang dia bagi tau, malas nak tanya lebih lebih. Takut nanti disalah erti. " Arya memeluk tubuh, sejuknya hujan bercampur aircon kereta membuatnya mengantuk. Matanya dipejam seketika,  terasa tidur menjadi sesuatu yang perlu sekarang.

   "Aku tak bole terima" Sekali lagi suara itu membuat Arya sakit kepala yang amat sangat. Arya terjaga dari tidurnya, mengerang kesakitan.

   "Hang okay ke tak ni? Kenape? "

   "Ade suara someone yang aku rase dia ada dalam masa silam aku"

  "Dia cakap ape? "

   "Aku tak bole terima" Helmi terkedu. Mukanya pucat, seakan akan mayat hidup. Arya dah ingat Nazrin ke?

   "Helmi, dengar tak aku cakap ni?"

   "Dengar dengar. Nak pergi jumpe doctor ke?"

   "Tak nak. Nak balik je. "

   "Okay la kalau macam tu. "

_____

    "Assalamualaikum" seorang perempuan berpakaian kasual, berdiri dihadapan pintu rumah Puan Saleha. Masuk Salam ketiga, pintu dibuka.

    "Ya? Cik cari siape ya? "

   "Saya cari Arya, Arya Sofia. Jika mengikut borang maklumat diri ini rumahnya disini. Betul? " Borang maklumat diri ditunjuk sebagai bukti.

   "Ya ini rumah Arya, saya ibunya. Mari masuk. " Senyuman ikhlas dihadiahkan menjemput tetamunya masuk. Tapi kenapa rasanya tidak enak, seakan akan khabar yang dibawa adalah khabar buruk.

   "Duduk dulu ya? Saya nak buat air sekejap " Adat orang melayu. Jika tetamu datang, menghidang sesuatu menjadi penting sebagai tanda mengalu-alukan.

   "Tak pe Puan. Saya datang nak tanya tentang Arya je. Saya Nurin, psikiatri dia. " Puan Saleha yang tadinya berdiri terduduk.

   "Anak saya sakit? "

   "Tak puan, jangan salah sangka. Tak semua yang jumpa psikiatri tu sakit puan" Puan Saleha menghembus nafas lega.

   "Jadi kenape anak saya jumpa awak ya? " Nurin tersenyum manis sebelum memberi tahu masalah Arya.

   "Dia ada depression ringan. Jangan risau, ini ditahap awal dan selalunya tidak disedari. Tapi Arya bernasib baik, dia sedar masalahnya awal"

   "Makk, Arya dah balik" Pintu rumah dibuka diiringi suara Arya.

   "Mak, mi pun balik niii" Arya membuat muka terkejutnya lalu mengejar Helmi.

   "Mak aku la ! "Mereka berlari tanpa sedar yang ada tetamu yang datang.

   "Kan kongsi, HAHAHA" Helmi menyalami tangan Puan Saleha di ikuti Arya.

   "HAHAHAHA maaf la Nurin anak anak saya memang macam ni. Arya salam Cik Nurin. " Saat mata mereka bertemu, seribu satu memori menyerbu ingatannya, kepalanya seakan akan dicucuk dengan beribu jarum serentak. Sebelum semua menjadi gelap hal terakhir yang Arya ingat adalah dia berpaut pada lengan Helmi.

  "Ada perkara yang sepatutnya terus menjadi rahsia, untuk melindungimu " -Arya.

hujanWhere stories live. Discover now