ADC EP 1

34K 994 234
                                        

"Cukup latihan untuk harini, hampa semua boleh p balik dan pastikan teruih balik nah jangan dok p melilau pulak."kata Uwais kepada anak murid silatnya.Suaranya tegas seperti biasa.

Melihat anak - anak murid mula beredar dan hilang dari pandangan mata, Uwais beralih ke arah isterinya.Kaki perlahan - lahan ke kerusi yang tersedia di situ.

"Abang, ni air untuk abang."Uwais tersenyum melihat Siti yang berada di sebelah menghulurkan air teh, "MasyaAllah, buat susah - susah je sayang.Terima kasih sayang." Uwais terus menghirup airnya.

"Hmmm."Uwais memejam mata manakala mulutnya dikemam kuat.

Raut wajah isteri terus bertukar risau,"Kenapa bang ? saya lupa letak gula ke ? pahit ke bang ?"melulu soalan keluar dari mulut isterinya.

"Manis dah tapi bila minum teh buatan sayang ni sambil tengok muka sayang bertambah manis air ni tau.Boleh kencing manis."bertukar warna terus wajah isterinya.Walaupun berkedut masih manis senyuman.

"Abang ni..pandai pula dia bergurau."lengan Uwais ditepuk perlahan.Tercuit hatinya melihat isteri tersipu malu.Ingat tua tak reti romantik ke ? ini Uwais okay tak kalah dengan percintaan orang muda.

Kesunyian malam di kawasan kampung menenangkan suasana hati Uwais.Tapi hati si isteri tidak pula.Dia tahu apa puncanya, tak kerana lapar mesti kerana....

"Abang..tiba - tiba plak saya teringat dekat anak kita bang, rindunya kat depa aih bila la nak balik ni lama sangat berjauhan."Siti memandang Uwais yang sedang sibuk mengira bintang.Ish orang bercakap dengan dia boleh pula dia sibuk mengira bintang adehhh.Dia menayang wajah cemberut.

Uwais sekilas memandang isterinya yang sudah bermasam muka lalu tertawa kecil.Macam tu pun muka isterinya tetap kelihatan cantik dan manis.

Uwais juga memendam rasa rindu terhadap anak - anak gadisnya.Sudahlah kembar mestilah cantik seperti orang rumahnya.Kadang - kadang dia pun teringat kenangan bersama anak - anaknya itu.

Sewaktu anak - anak perempuan kembar mereka kecil sudah diajarkan seni pertahanan diri, iaitu silat sehingga anak mereka berumur 15 tahun.Mereka diberi peringatan agar tidak menggunakan kekerasan sekiranya tidak berlakunya hal yang mengancam nyawa mereka dan tidak memberitahu sesiapa bahawa mereka mempunyai ilmu silat.

"Abang dengar tak saya cakap apa ni."lengan baju Uwais ditarik lembut oleh isterinya membuatkan Uwais terus menoleh memandang wajah isterinya.Lamunannya hilang begitu sahaja.

"Ye bidadari abang, abang dengar. Sayang janganla risau, depa dah call abang kelmarin katanya minggu ni depa balik jadi kit--"tidak sempat Uwais menghabiskan ayat, Siti dahulu membalas.

"APA !? kenapa abang tak bagitau saya pun."membulat mata Siti selepas mendengar kata - kata suaminya. Uwais tergelak kecil melihat reaksi isterinya sebelum dia cubit sayang pipi Siti yang sudah semakin berkedut namun tetap kelihatan cantik dimata Uwais."Ee mencik lah macam ni."Siti mengenggam dua tangan dan pukul manja di bahu kanan Uwais.

"Saja taknak bagitau awak nanti habis kredit abang, sayang ni bukan boleh percaya nanti bergosip dengan anak anak macam takde hari esok, jangan risaulah esok lusa balikla diorang okay honey ? hm ?"pujuk Uwais dengan nada lemah lembut.Dia tahu isterinya marah.

"Saya tak risau tapi saya nak tau je bila diorang balik."muncung mulut Siti sambil memandang ke bawah. Uwais yang memandang kerenah  comel isterinya terus memandang ke atas mengira bintang sebelum tersenyum nipis.

A Dangerous Couple [REMAKE]Where stories live. Discover now