🌷 KSW ¦ Seduce

Start from the beginning
                                    

"Kau tahu apa salah kau?"

"T-tak..."

"Takkan kau tak tahu salah"

"Awak tak bagitahu macam mana saya nak tahu--" Bibir Soojin dijentik Sunwoo lembut

"Eh eh pandai kau menjawab?? Aku tanya sikit banyak pulak kau balas" Soojin mengetap bibir terdiam

"Betul kau tak tahu salah kau?" Soojin menggeleng kepala

"Kau tak ajak aku pergi rehat sama sama"

Dahi Soojin berkerut mendengar jawapan Sunwoo

"Sunwoo, semalam awak ada ambil bahan terlarang ke? Sihat ke tak ni? Demam eh?" Telapak tangan diletakkan pada dahi licin Sunwoo untuk memeriksa suhu

Jantung Sunwoo terhenti buat sesaat sebelum ia kembali berdegup dengan kencang. Tidak menyangka bahawa Soojin akan menjadi berani sebegini

"Ehem" Tangan Soojin ditolak daripada menghalang wajah

"Kau dah makan belum?" Soojin menggeleng kepala

"Bagus" Balas Sunwoo sepatah lalu menarik tangan Soojin keluar daripada kelas

Pintu diketuk, kemudian Eric membuka pintu membenarkan Sunwoo keluar bersama Soojin yang sudah terkebil kebil dipaksa mengikut langkah Sunwoo yang laju

Pelajar yang berada di koridor memandang kearah Sunwoo dan Soojin. Bisikan demi bisikan sampai ke telinga masing masing setelah melihat Sunwoo menggenggam kemas tangan Soojin

Soojin yang sudah memahami pandangan mereka, terus mengeluh

"Teman aku makan. Aku belanja"

*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*

"Asal kau tak makan?"

Soojin hanya memandang biasa makanan yang berada di dalam tray

Perlahan saja Soojin mengambil sudu dan chopstik sebelum menjamu selera. Matanya langsung tidak lari daripada memandang pelajar di sekitar cafe. Sedang memerhatikan mereka dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan

Cemburu, sedih dan tidak puas hati. Itulah tafsiran pandangan mereka yang membuatkan Soojin tidak senang duduk

"Sunwoo" Sunwoo mengangkat wajah memandang Soojin

"Hm?"

"Kenapa tiba tiba ajak saya teman? Macam pelik je... Tengok semua orang pandang macam nak makan kita" Sunwoo tersedak mendengar jenaka ringan Soojin. Laju dia meneguk air lalu menoleh pada meja lain

Ya, semua pelajar sedang menumpukan perhatian pada mereka

"Kenapa? Kau takut ada yang buli kau sebab makan semeja dengan aku? Jangan risau, aku akan jaga kau" Soojin mencebik

Memang Sunwoo begitu popular di sekolah ini. Tetapi tidak kurangnya Soojin. Sunwoo terkenal sebagai seorang pengawas lelaki yang banyak memasuki pelbagai acara sukan dan mempunyai rupa paras yang kacak sama seperti rakan rakannya

Soojin pula terkenal kerana wajah dia yang menawan dan keberanian dia menghadap pembuli. Tiada sesiapa mahu menakutkan atau menggertak Soojin kerana sikap dia yang lebih kurang sama dengan pembuli

"Kena buli? Tch. Saya tak takutlah. Awak ingat awak sorang je ramai peminat? Saya pun ada. Saya taknak locker saya penuh dengan surat putus cinta sebab tengok kita duduk semeja" Sunwoo ketawa kecil mendengar alasan Soojin

"Kalau macam tu, hari hari kau kena teman aku makan"

"Kalau saya taknak?"

"Kalau taknak? Ha sekejap" Sunwoo mengeluarkan sebuah buku kemudian diletak hadapan Soojin

"Rekod kau ponteng kelas, curi keluar dari sekolah masa rehat, panjat pagar sekolah sebab lambat dan lambat masuk sekolah, aku akan serahkan dekat appa kau" Ugut Sunwoo dengan senyuman bangga menayangkan senarai kesalahan Soojin yang banyak

Ternganga Soojin melihat senarai yang panjang berjela itu. Kebanyakkannya salah kod pemakaian sekolah dan rekod datang lambat

"Baru sedar kau sebenarnya budak nakal huh? Agak agak apa reaksi appa kau eh? Memandangkan dia tu guru disiplin sekolah lain" Sambung Sunwoo buat Soojin menggigit bibir bawah perlahan

"Yelah... Saya ikut..."

"Setiap kali aku ajak, kau tak boleh tolak. Kecuali kau betul betul ada urusan penting. Boleh?" Soojin mengangguk pasrah

"Janji tak tunjuk appa?" Sunwoo mengangguk tanda berjanji

"Bagus... Dah sambung makan" Soojin memandang Sunwoo tajam. Menyumpah seranah dalam hati kerana geram dengan lelaki itu

"nak ajak dating tu bagitahu jelah... ni sampai nak ugut ugut orang... ish"

"Soojin kau ingat aku ni pekak ke?"

"Saja bagi dengar"

"Arraso, mulai harini kau jadi yeochin"

"MWO?! Saya gurau je!"

"Dan aku tak... Jangan reject aku. Terpelanting meja ni nanti..."

▲▲▲

🍁; Idea kelaut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🍁; Idea kelaut. Sorry merapu ;((

𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now