🌷 KYH ¦ His Protector

Start from the beginning
                                    

"Jihyun aku terjatuhlah!"

"Penipu! Aku tahu dia tolak kau!"

Younghoon mempercepatkan langkah kemudian menarik lengan Jihyun dan menarik dia hingga Jihyun terpusing menghadap Younghoon

"Jangan. halang. aku"

"Jaebal Jihyun ah. Jangan apa apa kan dia. Appa Yeseul boleh saman kau. Aku taknak kau masuk penjara" Tangan Younghoon ditepis

"Yah paboya. Kau ingat appa aku nak diam bila aku kena saman?"

Younghoon terdiam seketika

"A-ah lupa... Lee ahjushi pengasas utama sekolah ni..."

"Eo? Younghoon oppa!"

Serentak Younghoon dan Jihyun menoleh kearah suara kepit tersebut

Yeseul sedang berlari gedik menghampiri mereka dengan mulut yang ditekup. Matanya juga nampak sedikit berair

Jihyun sudah hilang sabar melihat lakonan tak menjadi Yeseul. Lengan baju ditarik naik ke atas siku bersedia untuk menghayunkan tangan

Sebelum sempat Yeseul dapat memeluk tubuh Younghoon, Jihyun terlebih dahulu menampar pipi Yeseul dengan begitu kuat

Terjatuh rahang Younghoon melihat Yeseul hilang imbangan lalu terduduk atas lantai

Kali ini, kalau Younghoon cuba menghalang Jihyun, dia pula akan menjadi mangsa. Jadi, Younghoon hanya mendiamkan diri

Semua orang yang berada di koridor menghentikan segala kerja untuk melihat situasi tersebut

"Ingat aku tak tahu plan kau nak tutup jenayah kau lepas kau tolak Younghoon? Buat muka selumber lepas tu fitnah Younghoon nak apa apakan kau dekat tangga. Sebab tu kau tolak Younghoon konon nak pertahankan diri. Padahal, kau sengaja tolak dia. Kan?" Soal Jihyun sambil memeluk tubuh

Yeseul sudah terkedu dengan tekaan Jihyun yang tersangat tepat

Itulah satu satunya plan untuk tidak mencemarkan nama diri sendiri

"Dan kalau kau nak sebar fitnah pasal Younghoon pun, tak ada sesiapa akan percaya. Semua orang tahu Younghoon bukan ciri ciri manusia yang akan buat benda pelik pelik sebab dia baik. Dia terima kau jadi yeochin dia pun sebab dia kesian nak reject kau" Sambung Jihyun lagi hingga Yeseul menitiskan air mata

Jihyun tersenyum puas

"Jihyun hajimaa" Pinta Younghoon menarik narik lengan baju Jihyun

"Arraso... Jang Yeseul, lepas ni jangan ganggu Younghoon. Sebab kalau kau degil, aku boleh buat satu sekolah ingat nama kau sampai bila bila. Aku tahu semua rahsia dan aib kau" Yeseul menelan air liur takut dengan ugutan Jihyun

Dengan segera Yeseul bangun dan berlari daripada kawasan koridor mendaki tangga untuk kembali ke kelas

"HAHAHA!!" Tawa Jihyun jahat lalu menoleh kearah Younghoon dengan senyuman

"Aku tak tahu apa apa pun pasal rahsia dia. HOHOHO" Younghoon menghembus nafas lega sambil mengukir senyuman kecil

Takut pula jika Jihyun benar benar akan memalukan Yeseul pada semua orang

Pandangan Jihyun beralih pada pelajar di koridor

"Apa pandang pandang?? Tak pernah tengok aku ke huh?"

"A-aniyo sunbaenim..."

"Mianhaeyeo sunbaenim"

Sekelip mata koridor itu kosong kerana semua pelajar lari masuk ke dalam kelas masing masing

"Gengster betul kau ni" Bahu Jihyun disiku Younghoon perlahan

"Mana ada!" Jihyun menampar kuat lengan Younghoon

Secara tidak sengaja tangan Jihyun memukul pergelangan tangan Younghoon yang terseliuh buat lelaki itu terjerit kecil

"Aark!"

"Aigoo Younghoon ah! Mianhae!" Jihyun mengusap balutan pergelangan tangan Younghoon perlahan

Dalam diam Younghoon tersenyum suka. Sakit tadi datang seketika sahaja. Sengaja Younghoon berlakon sakit

"Ahh... jinja appo... Aku tak rasa aku boleh menulis macam ni"

"Gwenchana! Aku salinkan semua nota untuk kau. Homework kau pun aku tolong siapkan"

"Jinjayeo? Alang alang, kau tolong suapkan makanan untuk aku. Boleh?" Jihyun mendongak memandang Younghoon dengan mata dikecilkan

"Suka ambik kesempatan eh kau?"

"Takkan nak suruh Yeseul--"

"Gurae! Arraso! Semua aku tolong! Homework, nota, makanan, apa lagi? Nak aku mandikan sekali?"

"E-eh... Jauh sangat kau pergi ni"

▲▲▲

🍁; Detik penyesalan seorang Younghoon yang sebelumnya yakin dapat bertahan✊🏻

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🍁; Detik penyesalan seorang Younghoon yang sebelumnya yakin dapat bertahan✊🏻

𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now