🌷 LJH ¦ Failed Assassin

Start from the beginning
                                    

Shit... Pusing pun nak tayang muka handsome lagi ke?

"Awak... Lee Hyunjae?" Soal aku menginginkan kepastian

Kening dia terangkat sebelum ketawa terbahak bahak

"Tadi bukan main kasar tiba tiba panggil 'awak'? Ye aku Hyunjae. Kau nak mengorat aku ke apa?" Bibir diketap dengan tangan disimpan ke belakang

Pendek kata, sudah macam perempuan gedik bercakap dengan crush sendiri

Lee Hyunjae, Assassin yang paling banyak disebut sebut dalam dunia mafia. Katanya dia handsome. Kali ni first time aku jumpa depan depan

"Hehe... Lama dah awak buat kerja ni? Curi misi orang?"

"Hahahah... chagi ah... Ini bukan mencuri. Siapa dapat dulu, dia menang. Faham? Hm?" Kepala aku ditepuk perlahan sambil menguntumkan senyuman kecil

Mula mula aku mencair. Tapi segala perasaan tersebut hilang serta merta

Tangan Hyunjae aku tepis buatkan dia sedikit terkejut

"Sekali dua tak apa tau?! Tapi ini dah kira setiap misi! Eh kau dah terdesak sangat ke sampai nak curi misi? mesti sebab tak ada orang nak bayarkan?"

"Eh!! Elok sikit mulut kau tu! Ada je orang nak bayar aku. Siap bayar lebih lagi!" Lawan dia semula

Aku tersenyum sinis

"Ni mesti special customer service en? Untung ah hensem. Duit senang dapat. Guna muka dengan body je" Dia diam memproses maksud aku sebelum menjentik dahi aku dengan kuat

"Auch!"

"Kau ingat aku ni gigolo ke nak jual body? Aku pun ada maruah. Special treatment kau cakap? Kau nak try ke?" Soal Hyunjae sambil merapatkan wajah aku dan dia memasang muka gatal

"Euw never! Pencuri misi macam kau, patutnya lenyap dari muka Bumi! Kerja aku tadi, harga dia lagi mahal daripada kondominium JYP tahu tak?! Suka hati kauuu je tutup periuk nasi aku!"

Aku berundur kebelakang supaya wajah kami tak begitu dekat

Hyunjae tergelak sinis

"Siapa nama kau?"

"Entah. Tak tahu" Balas aku memeluk tubuh

Aku memang jenis tak bagitahu nama aku pada sesiapa. Tak kisahla dia yang bayar atau tak. Sebab kalau aku tersilap bunuh, nama aku tak dijaja dekat orang lain

"Nama kau Jin. Park Soojin. Kan?" Laju aku menoleh kearah dia semula

"T-tak... bukan... Tu bukan nama aku"

"Eyy nama bukan main cantik, kau nak nafikan eh? Kesian appa kau. Penat cari nama untuk kau" Bebel dia dengan senyuman mengejek

Eyy kang

"Dahla aku malas nak layan kau. Lepas ni, jangan ikut aku. Sekali lagi kau curi kerja aku, aku sumpah bakal isteri kau mengandung setiap masa biar kau penat jaga anak" Ugut aku

"Kesianlah kau. Kena beranak hari hari"

Aku terdiam seketika dengan dahi yang berkerut

Dia mengorat aku lagi eh? Eyy mamat ni gatal betul

"Suka eh main sumpah sumpah orang ni? Kau ahli sihir ke? Maleficent?" Soal dia sambil mendekati aku dengan begitu rapat

"Kalau macam tu, giliran aku pula. Selangkah kau keluar daripada pintu tu..." Jarinya tepat menunding kearah pintu atap bangunan

"Kau jadi yeochin aku" Sambung Hyunjae pandang aku memaparkan senyuman nampak gusi

"Daripada aku date dengan kau, baik aku date dengan buaya! Dah tepi!" Bahu dia aku tolak dan aku terus pergi ke pintu itu

Satu satunya pintu keluar dan masuk. Nak guna jalan lain? Jalan apa? Lompat daripada bangunan? Saya bukan spiderman

Buka saja pintu tersebut, aku melangkah keluar

" Soojin, sekarang kau dah jadi yeochin aku!"

"Diam ah!!" Balas aku semula dan hendak menuruni tangga

Tapi tiba tiba aku terdengar bunyi tapak kaki yang ramai laju menaiki tangga

Aku mengintai ke tingkat bawah tangga

Serta merta mata aku terbeliak melihat sekumpulan SWAT sedang menghampiri

"A-andwae" Bisik aku lalu berlari semula kearah Hyunjae dengan laju

"Kenapa chagi? Takkan dah rindu--"

"Polis datang!" Mata Hyunjae terbeliak luas

Dia terus tarik tangan aku berlari kearah tebing bangunan

"Tutup muka kau" Arah Hyunjae. Aku naikkan penutup muka aku

"Soojin kau percaya aku tak?"

"Tak" Balas aku cepat. Tiba tiba sahaja pinggang aku dilingkari tangan kekar Hyunjae

Dia menarik aku rapat dengan tubuhnya buat aku terkedu

"Kau kena percaya aku..." Tanpa aku sedar aku terus mengangguk

BAAM!

Pintu rooftop ditendang polis. Sebelum sempat mereka masuk, Hyunjae sudah menekup rapat mulut aku

"Kita akan terjun"

Membulat mata aku dengar apa yang dia cakap kemudian pandang bawah

Terus aku peluk dia dengan erat kerana takut. Hyunjae pun rebahkan diri untuk menjatuh daripada tingkat 50

"A-aigoo bawah ni takda kolam.. Salah port landing" Sebut Hyunjae kedengaran cemas

Aku pandang ke bawah

Hanya ada konkrit dan jalan tar. Aku kembali gelabah

"H-hyunjae s-sumpah ni tak kelakar"

"Soojinie mianhae" 

"Yah Lee H-hyunjaeeeee!!!!!!"


▼▼▼

🍁; Hahaha Selamat hari raya semuaaaa♡ Bergembiralah anda anda semuanyaaaa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🍁; Hahaha Selamat hari raya semuaaaa♡ Bergembiralah anda anda semuanyaaaa

𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now