Bab 10

712 48 0
                                    

Haura dapat rasakan demamnya semakin pulih. Pintu bilik ditolak daripada luar tanpa diketuk. Melihat gerangan yang masuk, wajah Haura terus bertukar kelat. Elina.

Elina juga pamer wajah kelat dan tak puas hati. Selepas letak makanan di atas meja, Elina melangkah untuk keluar. Lansung tidak menghiraukan Haura yang ketika itu ada di situ. Wajah Haura terus berubah. Orang seperti Elina jikalau dibiarkan pasti akan memijak kepalanya nanti. Untung sahaja Elina hanya in charge dalam makanan sahaja. Kalau tidak, mahu huru hara hidupnya di rumah agam itu.

"Ada saya cakap awak boleh pergi?" Haura berkata. Dia bangun dari katil. Elina buat muka dibelakang Haura tapi tetap tak keluar. Haura cuba rasa makanan yang diletakkan di atas meja itu, seperti biasa sangat masin. Berbeza pula apabila Haura turun makan di ruang makan kalau ada Rayyan. Makanannya elok. Tapi jika di belakang Rayyan. Macam macam rasa makanan diterimanya.  Haura tahan muka, Haura kemudian bangun dari katil.. dia bawa sekali mangkuk bubur bersamanya. Dengan tenang, dia tuang bubur yang masih suam tu atas kepala Elina. Menjerit la perempuan tu. Jeritan Elina menarik perhatian beberapa pembantu di situ.

"You-" perempuan itu berkata geram. Haura sekadar tayang riak tak berperasaan.

"Buat balik. Tak sedap," kata Haura tenang. Wajahnya serius. Elina pula mengetap bibir.

"Pekak ke? I suruh buat balik," Haura berkata dengan kasar.

"What's going on here?" Pintu bilik Haura ditolak dari luar. Engku Rayyan. Engku Rayyan meneliti situasi di hadapannya. Dia mengerutkan dahi apabila melihat Elina diselimuti oleh bubur. Wajahnya juga kemerahan kerana menahan marah.

"Tuan muda, she-"

Engku Rayyan angkat tangan.

"What is this behaviour Haura?" Engku Rayyan pandang Haura. Haura tayang muka ketat manakala Elina sudah senyum senang berfikir dia sudah menang. Tapi kali ini Haura sudah nekad sama ada Engku Rayyan percaya atau tidak, dia tetap akan marah Elina.

"Saya rasa pembantu awak fikir saya ni hilang deria rasa agaknya sebab saya demam," kata Haura menyindir.

"Kau ingat aku ni apa? Binatang laut yang tahan masin tu?" Haura mencerlung ke arah Elina. Terus keluar perkataan kau, aku. Elina menjelirkan lidah ke arah Haura kerana Engku Rayyan membelakangkannya.

"Elina. Awak keluar dulu," Engku Rayyan memberi arahan kepada Elina. Dengan senang hati kerana tidak mendapat sebarang hukuman, Elina melangkah keluar dari bilik Haura dengan perasaan senang hati. Sempat dia mengukir senyuman sinis kepada Haura. Haura yang bengang terus duduk atas katil sambil berpeluk tubuh.

Ketika itu, dia dapat rasakan pandangan mata Engku Rayyan ke arahnya.

"Kalau awak nak marah dekat saya, silakan. Tapi cepat sikit saya tak larat. Saya nak rehat," kata Haura dengan nada masih tak puas hati. Dia juga tidak mengharapkan Engku Rayyan akan membelanya.

Engku Rayyan tidak bersuara sebaliknya mendekati Haura. Haura terlompat kecil apabila tangan Engku Rayyan mendarat di atas dahinya.

"Apa awak buat?" Haura pandang Engku Rayyan dengan pandangan curiga.

"It seems your fever has gone down," komen Engku Rayyan sebelum memasukkan kedua belah tangannya ke dalam kocek seluar.

"I'm not weak," balas Haura melarikan pandangan dari Engku Rayyan.

"Seems so," Engku Rayyan membalas ringkas. Lama Engku Rayyan berdiri sambil pandang Haura dalam situasi senyap itu sebelum lelaki itu berlalu melangkah keluar. Haura menghela nafas lega. Dia terus membaringkan diri ke atas tilam empuknya. Tak pasal-pasal demamnya datang balik.

***

Selepas dua hari, demam Haura baik sepenuhnya. Haura juga perasan, Elina tidak lagi ke biliknya untuk menghantar makanan sebaliknya tugasan itu diberikan kepada Dalia.

"Dalia, harini tak payah bawak naik makanan, saya turun makan," Haura berpesan pada Dalia. Dalia angguk faham.

Tiba waktu makan malam, Haura turun ke ruang makan. Saat dia turun, Haura dapat rasakan mata yang memandangnya. Gibran juga kelihatan terkejut. Mungkin kerana Haura jarang sekali turun makan dan menyertai mereka.

Engku Rayyan pula tayang muka blank. Tetapi dia sempat mengarahkan pembantunya untuk menyediakan makanan untuk Haura.

"Hai," Gibran tersengih ke arah Haura. Haura sekadar jeling sekilas. Auch.

Suasana kembali diam selepas itu. Gibran yang berada di antara suami isteri itu pula yang rasa canggung.

"Awak nampak sihat," tegur Engku Rayyan tanpa perasaan.

"I am," Haura balas ringkas. Gibran pandang Engku Rayyan kemudian dia pandang Haura pula. Kedua-duanya terlihat seperti dalam dunia sendiri. Baru sahaja Gibran ingin bersuara untuk meminta diri, Engku Rayyan terlebih dahulu bersuara.

"Esok dinner sekali,_" Engku Rayyan berkata. Haura mendongak memandang Engku Rayyan. Dahinya berkerut. Tak pernah-pernah Engku Rayyan ajaknya makan malam.

"Ada guest," ringkas penjelasan Engku Rayyan. Haura cuma angguk kepala.
Gibran di situ pula sudah macam cacing kepanasan. Dari tadi dia panang Engku Rayyan dan Haura secara silih berganti.

Selesai makan, Haura terus berlalu. Gibran pula pandang Engku Rayyan.

"Kenapa kau tak bagitahu dia family dia yang datang?" soal Gibran hairan. Engku Rayyan sekadar tayang muka blur.

"Perlu ke aku bagitahu?" soalnya acuh tak acuh. Gibran tayang muka stress.

"Cuba kau bayangkan, kalau dia di tempat kau. Tapi kau tak bagitahu yang datang tu family kau, apa kau rasa?" tanya Gibran. Bersungguh sungguh dia explain hendak bagi Engku Rayyan sampai apa yang dimaksudkannya.

"Surprise,"  balas Engku Rayyan tenang.

"Yes. Surprise, mestilah dia terke__" menyedari sesuatu Gibran kerut dahu.

"Wait, jangan cakap kau nak buat surprise dekat Haura?" Gibran tutup mulut pura-pura terkejut. Engku Rayyan tayang wajah annoyed.

"Bukan urusan kau," balas Engku Rayyan.

"Lagipun, aku tak rasa Haura happy jumpa family dia buat masa sekarang," sambung Engku Rayyan lagi. Gibran pula yang pening.

RAYYAN HAURA Where stories live. Discover now