🌷 LJY ¦ Caged Princess

Start from the beginning
                                    

Lengan Naeun dicengkam kuat sambil mengheret gadis itu ke suatu ruang yang tidak pernah dia tahu sebelum ini

"Juyeon... A-awak nak bawa saya ke mana ni?"

"Tempat selamat untuk awak, sayang. Tempat di mana tak ada seorang lelaki pun yang akan berjumpa dengan awak. Kecuali saya. Suami awak yang paling awak sayang" Beritahu Juyeon lalu ketawa sinis

Sebuah pintu kayu dibuka kemudian menekan suis lampu. Bilik gelap tersebut mula diterangi cahaya hingga menampakkan sebuah sangkar yang besar

Membulat mata Naeun dibuatnya cuba sedaya upaya untuk melepaskan diri daripada cengkaman Juyeon

Cengkaman Juyeon menjadi semakin kuat hingga Naeun merintih sakit tak mampu untuk melawan kekuatan lelaki tersebut

Pintu sangkar di buka lalu menolak Naeun ke dalam

"A-andwae! Juyeon ah! K-kenapa awak buat saya macam ni?" Secepat mungkin Naeun bangun semula untuk mendapatkan Juyeon

Baru sahaja Naeun sampai di hadapan, pipi gadis itu ditampar kuat hingga terjatuh terduduk

Air mata mengalir deras kerana perasaan sedih, takut dan sakit

Juyeon menghela nafas berat. Perlahan lahan dia menghampiri gadis itu

"Saya buat semua ni sebab saya cintakan awak. Tiada sesiapa boleh rampas awak daripada saya..." Rambut Naeun diusap perlahan sebelum mencengkam erat rambut gadis itu hingga dia terdongak

"Dan saya akan pastikan, awak akan kekal bersama saya, buat selama lamanya. Faham?" Naeun mengangguk laju

Senyuman puas Juyeon terukir. Sempat dia mengucup perlahan dahi si isteri sebelum melepaskan cengkaman rambut. Dengan lemah lembut Juyeon membelai rambut Naeun manja

"Terima kasih, sayang..."

*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*

Hari berganti hari, gadis itu langsung tidak dibenarkan untuk menjejakkan walau sedikit keluar daripada sangkarnya

Setiap hari, Juyeon akan memaksa Naeun untuk menari tarian yang digemari supaya dapat menghiburkan hati Juyeon. Jika Naeun tidak mahu mengikut perintah Juyeon, dia memukul Naeun

Makan dan pakaian tetap dijaga Juyeon agar memastikan kecantikan sang isteri sentiasa terjamin untuk kepuasan diri sendiri

Kesihatan mental Naeun semakin hari semakin merosot. Senyuman ceria yang sering terukir sudah lenyap. Rasa cinta pada Juyeon juga bertukar menjadi rasa jijik

Setiap malam dia akan berjaga dan mendoakan agar lelaki itu cepat cepat menemui ajal hingga tidak tidur malam

Kehidupannya hancur akibat lelaki itu melayan Naeun tidak ubah seperti binatang

"Sayang..."

Perlahan lahan Naeun memandang kearah pintu sangkar. Juyeon berdiri di situ sambil memegang sepasang gaun bewarna merah

Warna kesukaan Naeun

"Harini, genap setahun perkahwinan kita. Saya nak awak pakai gaun ni dan... saya akan benarkan awak keluar daripada tempat ni" Dahi Naeun berkerut memandang wajah Juyeon

𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now