🎁 KSW ¦ Runaway

Mulai dari awal
                                    

Ceritanya, aku dah janji dengan Sunwoo untuk masukkan dia dalam team bola. Dan ye, aku buat. Masalah dia sekarang, aku tak baca habis tentang pendaftaran tu dan rupa rupanya itu pasukan bola sepak untuk jantina PEREMPUAN

Sebab itulah Sunwoo tersangat marah dengan aku

Pintu stor dibuka lalu aku menjengah melihat kawasan koridor yang kosong

Dengan peluang tersebut, secepat mungkin aku berlari kearah tangga untuk turun ke tingkat paling bawah

Idea aku sekarang, untuk menyorok dekat dalam tandas perempuan di tingkat pertama sampai balik

Itu saja kawasan paling selama untuk bertahan sampai masa balik

Sampai di beberapa anak tangga terakhir, aku hanya pandang tandas di depan tangga

Senyuman gembira terukir sebab aku ada harapan untuk berlari ke sana

Namun sangkaan aku meleset di anak tangga terakhir

Sunwoo muncul di situ bercekak pinggang dengan sebelah tangan memegang batang penyapu

"Warghhh kapchagiya!" Aku hampir terjatuh di tangga sebab terlalu terkejut dengan kewujudan tiba tiba Sunwoo

Baru sahaja aku hendak patah balik, pergelangan tangan aku sudah ditangkap Sunwoo. Dia merentap kasar membawa aku ke suatu tempat

"S-sunwoo--"

"Diam, kalau kau nak rasa minum air jamban, cubalah bersuara" Potong Sunwoo menyebabkan aku mengetap bibir terdiam

Dia mengheret aku masuk ke dalam gym sekolah yang kosong

Sampai di dalam, dia tolak aku kasar hingga aku terjatuh. Pintu ditutup rapat lalu memandang aku dengan wajah marah

Aku terus melutut depan dia. Kedua belah tangan dirapatkan sambil pandang dia dengan wajah terdesak memohon kemaafan

"M-maafkan aku Sunwoo ah. A-aku tak tahu pun pendaftaran tu untuk perempuan. Yelah, bola sepak biasa untuk lelaki sebab tulah--"

Sunwoo letakkan jari telunjuk pada bibir dia sambil acukan batang penyapu pada leher aku. Serta merta aku diam

"Kau ingat aku nak maafkan kau? Orang yang berjaya berhentikan seorang ssaem dengan kesalahan yang dia tak pernah buat, berjaya buat pelajar bergaduh besar sampai kena buang dan tipu aku. Wah wah... Nakal betul kau ni kan?"

"Mana ada aku buat orang gaduh. Aku cuma buat dua bestfriend putus kawan je--"

Sunwoo pukul lengan aku sederhana kuat sambil menggigit bibir bawah geram

"ark!"

"Menjawab menjawab? Amboi kau!"

"M-Mianhae... Sumpah aku takde niat nak tipu kau, aku betul betul tak sengaja daftarkan kau dekat salah team. T-tolonglah Sunwoo lepaskan aku" Rayu aku lagi

Sunwoo pandang aku lalu tersenyum sinis

"Kau nak aku maafkan kau?" Aku mengangguk laju

"Nampak gym ni?" Soal dia sambil menunjuk gym sekolah yang begitu luas hingga dapat memuatkan beratus orang dalam satu masa

"Aku nak kau jalan itik keliling gym, 10 pusingan" Mulut aku ternganga memandang Sunwoo

"Nae?! 10? Baik kau bunuh je aku macam tu!"

"Betul kau nak aku bunuh kau--"

"T-tak tak" Potong aku terlebih dahulu dengan sengihan. Cepat cepat aku bangun daripada melutut pergi ke sisi gym

𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang