" Ew. Tak ada masa!"

" Saya tak kata awak pun,"

" EEEE!!" Izzati mengetap gigi menahan malu. Tak guna. Dia kenakan aku balik.

" Hahahaha. Ok ok. Saya tak mengusik lagi. Haish, kenapa ni? Dengan kucing pun nak cemburu. Cuba bagitahu saya,"

Izzati dari wajah marah perlahan berubah murung.

" Sejak Bubee ada awak tak pernah kisah pasal saya lagi. Setiap kali saya ajak buat sesuatu awak mesti utamakan Bubee dulu. Saya pun nakkan perhatian. Apa guna saya kat dalam rumah ni? Saya ke dia bini awak?"

Wafiy sekali lagi mengukirkan senyuman. Dia mencapai tangan Izzati lalu mengusap lembut.

" Apa ni? Nak bodek lah tu! Tak termakan," Izzati memandang ke tempat lain.

Wafiy bangun dan pergi ke arah meja solek. Telefonnya diambil lalu kembali bergerak ke arah Izzati semula.

" Malam ni jom keluar pergi dating," Skrin ditunjukkan.

Izzati melihat sebelum dia terbeliak mata. Dia mengambil telefon Wafiy sebelum membaca satu per satu.

" Serius lah kita nak pergi i-City?"

" Takkan saya nak main-main pula,"

" Tapi awak kata awak nak study malam?"

" Erm..." Wafiy menarik Izzati lalu memeluk sisinya.

" ... Sayang saya merajuk, kenalah pujuk." Bisik Wafiy. Izzati mengigit bibir dalam senyuman.

" Kalau macamtu saya nak bersiap lah!" Izzati mahu berlalu tapi ditahan Wafiy seketika.

" Saya tak pernah abaikan awak, sayang. Awak tetap nombor satu dalam hati saya,"

Izzati tergamam mendengar sebelum dia perlahan bergerak pergi. Dia menarik tuala seraya berlari masuk tandas. Wafiy menggeleng dalam kelegaan.

Tiba-tiba Izzati muncul kembali. Wafiy memerhati Izzati yang mendekatinya.

Muah!

" Hehehe thank you, Wafiy. Sayang awak!" Izzati bergerak semula ke tandas.

Wafiy memegang tempat dicium. Wajahnya menjadi merah. Senyuman tak dapat ditahan terus terukir lebar. Nampaknya usaha dia selama ni membuahkan hasil lah ya?









" Selamat pagi, puan Izzati,"

" Selamat pagi," Sahut Izzati dengam gembira. Dia masuk ke dalam lif dengan bernyanyi kecil.

" Aik. Nampak macam good mood je cik puan kita tu," Kata Hana; pekerja di lobi itu.

" Eloklah tu. Kalau tak serius je memanjang wajah dia," Balas kawan sekerjanya.

" Assalamualaikum," Ucap seseorang.

" W-Waalaikumussalam,"

Kacaknya! Nampak muda tapi matang.

" Boleh saya berjumpa dengan Izzati?"

" Encik ada buat appointment dengan dia ke?"

" Eh tak. Saya cuma nak bagi bekal makanan dia yang tertinggal," Kata Wafiy sambil mengangkat beg kertas itu.

" Encik ni suami dia ke?"

" Haah," Wafiy tersengih malu.

" M-maafkan saya! Kalau macamtu tuan naik ke atas terus. Dia baru je sampai tadi,"

[ C ] | I'm not a sugar mummy!Where stories live. Discover now