Special Edition*2*

4.1K 155 1
                                    

Isteri yang sedang sibuk menyiapkan hidangan itu diganggu oleh Mikhail yang datang dan menempel dengan Sara

"Abang, Sara tengah siap makan malam ni" kata Sara sambil mengeluh 

"Abang rindu sayang, sepanjang abang outstation abang tak boleh tidur sayang tak ada dekat dengan abang bila abang pusing aje sebelah abang kosong" kata Mikhail sambil memeluk tubuh itu erat dari arah belakang dan leher isterinya dicium 

"Mengadakan abang ni sebelum ni elok aje, sejak dua menjak ni asyik nak menempel aje" perli Sara 

"Abang sayang isteri abang salah ke nanti kang kalau abang sayang orang lain sayang juga susah" kata Mikhail 

laju saja tangan Sara mencubit tangan suaminya itu, gatal betul lelaki itu berani mahu menyayangi wanita lain

"Sara ni dah serahkan semuanya pada abang tau abang jangan nak gatal nak ada perempuan lain Sara gigit abang kang" ugut Sara 

"Wow...Mommy is so wild tonight kita ada apa2 event ke malam ni" usik Mikhail sambil menjungkit keningnya dengan wajah miang 

"Gatalnya...tak payah nak buat event sangat ingat sikit esok dah puasa jadi jaga batas ye sayang jangan nak miang sangat" perli Sara

"Ala...esok puasa jadi malam ni lah kita kena manfaatkan betul2" kata Mikahil dengan suara manjanya dan tangannya sudah melayar masuk ke dalam tshirt Sara dan perut Sara diusap perlahan dia tahu kelemahan isterinya di situ

"Abang, behave okay tak malu ke tu anak2 dah tunggu nak makan" tegur Hana dan menolak perlahan tubuh suaminya 

Dia tahu dia memang lemah kalau Mikhail sudah mula menggodanya

"Mama, lapar" adu anaknya dari arah meja makan

"Mama" si kecil juga sudah sibuk mencari

"Ha tu anak2 abang tu dah mula merengek lapar ni abang tolong bawakkan sup ni ke meja makan kejap Sara amik air" kata Sara dan menolak tubuh suaminya menyuruh agar lelaki itu menolongnya

Mikhail berjalan keluar dari dapur basah membawa semangkuk sup yang masih berasap

"Kesian anak2 papa, lapar eh" anak2 nya dihampiri dan satu demi satu dicium 

Syafiq kini sudah berumur tiga tahun manakala Mikayla juga sudah berumur dua tahun 

"Kejap mama bawa air, abang makan nasi ni dulu" nasi disenduk ke pinggan anak terunanya 

si adik sudah mula mencapai hirisan timun yang berada di pinggan abangnya memang merengek lah si abang apabila si adik mengacaunya

"Aip...anak dara papa ni nakal betul dia asyik buli abang aje" tegur Mikhail sambil berpura mahu mengigit tangan montel itu

"Makan abang" Sara menyendukkan lauk ke dalam pinggan suaminya kemudian dia menghidangkan bubur anak daranya pula 

selesai makan malam anak2 mereka sudah sibuk bermain manakala Mikhail pula bermanja dengan Sara, perangai Mikhail memang kalah dengan anak2nya manjanya itu terus menghilangkan imej gagahnya sebelum ini 

"Lusa abang nak ke China ada meeting dengan pembekal dekat sana" kata Mikhail 

"Lusa abang nak ke China ada meeting dengan pembekal dekat sana" kata Mikhail 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Nanti dua malam abang tidur sorang2" adu Mikhail 

"Macam tak biasa tidur sorang ni kenapa, sebelum kahwin dengan Sara abang tidur sorang juga kan?" usik Sara yang tahu sangat niat suaminya itu

"Dulu lain sekarang lain, sekarang ni jauh beberapa minit dengan sayang pun dah terasa rindu ni kan pula berhari dekat sana dah lah jauh" rengek Mikhail

"Manjanya suami Sara sorang ni, Syafiq pun tak manja macam ni" perli Sara 

"Abang tak kira, malam ni sayang kena manjakan abang sampai abang puas kalau tak abang tak nak pergi meeting tu" ugut Mikhail

"Mengadanya, habis kalau abang tak pergi siapa nak uruskan meeting tu" kata Sara

"Abang hantarlah P.A abang apa guna bayar dia mahal2" kata Mikhail selamba

Sara mencubit lengan Mikhail geram dengan perangai lelaki itu

Baru sahaja Mikhail mahu memulakan godaannya tiba2 anak perempuannya datang menempel dan sudah memanjat sofa sebelum dia turut sama berbaring di atas Sara 

"Ala anak papa ni kacau aje papa baru nak goda mama tadi" rengek Mikhail dan tubuh anaknya diangkat lalu dia turut sama bangun  sambil melambung perlahan anaknya yang ketawa suka 

Si abang sudah fokus menonton siaran kartun di kaca TV dan sudah tidak menghiraukan adik serta papanya lagi 



Bidadari Cinta (Completed)Where stories live. Discover now