Bab 22

6.8K 246 1
                                    

Selesai melipat pakaian Sara melabuhkan punggung di sisi Mikhail yang sedang sibuk menghadap laptopnya di atas katil, sejak kandungan Sara sudah semakin besar ini Mikhail memang kerja dari rumah dan hanya akan ke pejabat sekiranya ada urusan penting sahaja

"Abang" panggil Sara dan merenung lama wajah suaminya itu

"Ya sayang?" jawab Mikhail namun mata masih setia pada skrin laptop

"Kalau esok Sara nak kelaur jalan2 boleh?" Tanya Sara 

"Jalan2?" baru Mikhail pandang wajah isterinya itu

"Hm...Sara bosan lah dah tiga minggu Sara terkurung dalam rumah ni" kata Sara

"Abang sibuklah sayang, nanti kerja abang dah siap kita keluar eh" pujuk Mikhail sambil membelai rambut isterinya

"Ala...kejap aje, lagipun nak tunggu kerja abang siap entah2 Sara dah terberanak dah" kata Sara sambil buat muka kesian

"Yelah kalau macam tu esok pagi kita pergi jalan dekat teman" kata Mikhail yang kesian dengan isterinya, dia sedar sejak kebelakangan ini dia agak kurang memberi perhatian pada isteri dan anaknya namun dia buat begitu kerana dia mahu menyiapkan tugasannya lebih awal untuk menyambut kelahiran anak sulung mereka nanti 

"Okay...lepastu Sara nak makan seafood tau" kata Sara

"Sayang nak makan apa nanti suruh Hanif belikan aje" kata Mikhail dan membetulkan bantal tidur untuk isterinya 

"Sayang nak makan king crab yang besar tu, Sara terliurlah lepas tengok video mukbang tadi" kata Sara

"Yelah nanti esok abang pesan dekat Hanif suruh carikan king crab tu untuk sayang" balas Mikhail dengan lembut dan membelai perut Sara yang sudah besar itu

Tidak lama lagi anak mereka bakal lahir mengikut pengiraan doktor berkemungkinan besar Sara akan melahirkan anak mereka pada bulan hadapan, sejak kebelakangan ini juga Sara tidak boleh tidur pada waktu malam dan agak sukar untuk bergerak

"Sayang dah fikirkan nama anak kita?" Tanya Mikhail sambil mencium lembut perut Sara

"Sara ada dua nama yang Sara fikirkan tapi kalau abang ada pilihan Sara tak kisah Sara ikut aje" kata Sara

"Abang belum fikir lagi sayang, apa nama yang sayang fikirkan tu?" Tanya Mikhail

"Yang pertama, Mohammad Danish Marzuki bin Mikhail Amirul dan yang kedua Mohammad Syafiq Mirzal bin Mikhail Amirul, abang suka yang mana?" tanya Sara

"Erm...dua2 pun sedap, tapi abang suka yang kedua tu sebab huruf depan gabungan nama kita" kata Mikhail

"Syafiq Mirzal anak papa, jangan nakal2 ye malam ni kesian mama tak boleh tidur" bisik Mikhail pada perut Sara

"Abang, cuba rasa ni baby tendang" tangan Mikhail diletakkan diatas perut Sara untuk berkongsi rasa pergerakkan anak mereka yang agak aktif 

"Nanti dah keluar boleh berbual dengan papa, sekarang ni sayang balas perbualan papa dengan pergerakkan ye, tapi jangan lasak sangat kesian mama" kata Mikhail sambil membelai perut Sara

Sara terharu dengan perubahan sikap suaminya, dia langsung tidak menyangka lelaki yang dulunya menculiknya kini bergelar suami dan bakal bergelar bapa kepada anak mereka nanti

"Terima kasih abang sebab muncul dalam hidup Sara" ucap Sara sambil merenung wajah bahagia suaminya

"Abang pun berterima kasih dengan kehadiran sayang dalam hidup abang, sayang dah banyak ubah hidup abang" kata Mikhail sebelum dia menaikkan badannya dan mencium dahi Sara

"Tak lama lagi Sara akan ada keluarga Sara sendiri" kata Sara

"Ye sayang, abang janji akan jaga keluarga kita ni sampai akhir hayat abang" kata Mikhail 

Sara melentokkan kepalanya di bahu Mikhail dan membelai lembut perutnya merasai pergerakkan anaknya yang bakal muncul menceriakan lagi hidupnya tidak lama lagi 

Bidadari Cinta (Completed)Where stories live. Discover now