JUMPA

34 5 0
                                    

Heeseung terus mendekat dekati Jungyeon dan terus menghulurkan sebuah talefon bimbit. Di atas hidungnya ada sedikit luka dahinya juga lebam. Jungyeon mula tertanya-tanya kenapa Heeseung cedera bergitu.

"Ambik ni, aku nak kau call Sunoo cakap kat dia tak payah cari kau. Kau cakap je kau selamat." arah Heeseung.
Luka-luka yang ada pada Heeseung ialah hasil dari pergaduhan dia dengan Sunoo. Sunoo sudah mula curiga dengan dia. Sebab itu mereka bergaduh.

Jungyeon hanya melakukan perkara yang disuruh.

"Hello? Jungyeon! Kau kat mana? Semua orang tengah cari kau. Kau kat mana" soal Sunoo sebaik sahaja mengangkat panggilan itu.

Jungyeon mendiamkan diri. Tidak tahu mahu kata apa lebih-lebih lagi apabila Heeseung ada dihadapanya.

"Mmm... Aku okay je kau tak yah risau" balasnya perlahan.

"Kau kat mana ni? Jom aku jemput kau" - Sunoo

"Eh.. Tak yah la.. Lagi pun aku.. Ak.. Aku sekarang ni..." - Jungyeon

"Kenapa?" - Sunoo

"Tak.. Aku cuma nak tenangkan diri aku. Kau faham kan apa yang telah aku lalui?" - Jungyeon

"Mmm... Bagus la kalau macam tu.. Tapi kau tahu Jungwon kat mana sekarang ni? Dia pun lama tak datang sekolah" - Sunoo.

Tit! Panggilan itu ditamatkan oleh Heeseung.

"Kau tak payah nak citer lebih-lebih pula" ujar Heeseung.

Heeseung duduk bersandar di tepi Jungyeon.

"Haih... Budak Sunoo tu menyibuk betul" ngomelnya.

"Atau patut aku bunuh dia jugak?" soal Heeseung sambil menatap mata Jungyeon.

"Tak! Jangan" balas Jungyeon. Cukuplah dia kehilangan orang yang dia sayang.

"Suka hati aku lah nak bunuh dia... Pastu nanti aku bawak mayat dia jumpa kau nak?" balas Heeseung lagi.

"Kalau kau nak bunuh aku, kau bunuh jelah... Jangan libatkan orang lain. Aku dah penat terseksa macam ni. Kau bunuh je aku kalau itu boleh leraikan perasaan dendam kau" rayu Jungyeon.

"Tak de masa aku nak bunuh kau, baik aku uruskan si Sunoo ni" balas Heeseung dan berlalu pergi.
______________________________________
"Hoi!"

Heeseung mendengar seseorang cuba memanggilnya. Dia menoleh kebelakang dan ternyata yang memanggilnya tadi ialah Sunoo.

"Haih, menyusahkan" getus hatinya.

Heeseung mehentikan langkahnya.

"Apa?"

"Hee, ngaku jelah... Kau dah buat apa kat Jungyeon." ujar Sunoo.

"Aku? Aku dah buat apa?"

"Kau tak payah pura-pura lah... Lakonan kau tu dah basi" balas Sunoo lagi.

"Haih.... Bukan ke semalam dia dah call kau dan cakap yang dia cuma nak tenangkan diri je?"

"Jap... Macam mana kau tahu dia call aku?" soal Sunoo hairan. Rasanya dia tidak memberi tahu Heeseung kalau semalam Jungyeon ada membuat panggilan talefon denganya. Dia makin curiga dengan Heeseung.

"Alamak! Aku terlepas cakap pulak..." bisik hati Heeseung.

"Ah... Semalam dia ada cakap kat aku yang dia dah bagitau kau" balas Heeseung. Harap-harap jawapanya itu mampu melindungi dirinya.

"Dahla aku malas nak layan manusia macam kau" sambung Heeseung dan terus berlalu pergi untuk melarikan diri dari situasi.

Sunoo yang masih berdiri disitu tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan. Setelah Heeseung berlalu pergi dia cuba untuk menjejak Heeseung tampa di kesan.

Dia mengikut Heeseung sehingga ke sebuah tempat yang seperti sudah lama ditinggalkan. Dia melihat Heeseung masuk ke dalam bangunan itu dan cuba menjejaknya. Dia sangat terkejut setelah masuk ke dalam bangunan itu.

Sunoo kini tidak mengekori Heeseung lagi. Dia pergi ke arah yang berlainan di dalam bangunan itu.

"Dia tinggal kat sini ke?" soalan itu mula bermain di dalam kepalanya.

Dia membuka pintu sebuah bilik yang menarik perhatianya. Dia sangat terkejut apabila membuka pintu itu.

"Jungyeon! Jungwon!" Sunoo terus berlari ke arah Jungyeon.

"Sunoo? Macam mana kau boleh ada kat sini?" soal Jungyeon terkejut kerana tiba-tiba sahaja Sunoo ada disitu.

"Aku ikut Heeseung tadi. Tiba-tiba sampai sini" jelas Sunoo yang cuba membuka rantai kunci kaki Jungyeon.
"Jongseong! Jaehyun!" tiba-tiba kedengaran suara Heeseung.

"Hyung! Pergi lari dululah... Nanti Heeseung datang." arah Jungwon.

"Takkan lah aku nak tinggal kan korang kat sini?"

"Sunoo... Kau pergi la report polis cakap kitorang ada kat sini" ujar Jungyeon perlahan.

"Habistu kau dengan Jungwon macam mana?"

"Tak pa.... Kau pegi je report polis dulu"balas Jungyeon lagi.

Sunoo terpaksa mengalah dan berlari meninggalkan bangunan itu. Nasib baik Heeseung tidak menjumpainya.

Dalam perjalanan pulang dia sangat buntu dan tidak tahu mahu buat apa. Dia masih teringat wajah Jungyeon dan Jungwon yang penuh dengan bekas luka.

Dia bergegas ke balai polis untuk membuat aduan.

THE TRUEजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें