KEMBALI

58 8 7
                                    

2TAHUN KEMUDIAN~

Kini kehidupan harian Jungyeon menjadi hari yang bahagia. Ibu Jungyeon juga mula lebih fokus terhadap Jungyeon.

Jungyeon termenung melihat diluar tingkapnya sambil tersenyum seorang diri.

"Hah! Berangan" sergah Jungwon yang tiba-tiba sahaja datang.

Jungyeon tersentak dari lamunanya.

"Kau ni... Terkejut aku"

"Sapa suruh berangan" balas Jungwon.

Semenjak mereka selamat, hubungan mereka lebih rapat dari sebelumnya. Jungwon masih lagi cuba untuk mencuri hati Jungyeon dengan harapan yang tinggi.

Jungyeon hanya mengabaikan sikap Jungwon.

"Nanti kau balik sorang-sorang tau... Aku dengan Sunoo ada benda nak buat" ujar Jungwon. Maklumlah dua hari lagi Jungyeon akan sambut hari lahirnya yang ke-20.

"Kau nak buat benda?Kau jangan macam-macam Jungwon... " balas Jungyeon sambil tersenyum.

"Jauh sangat kau travel tu... Aku ada benda nak bincang dengan dia lah" balas Jungwon.

"Hmm yelah"
______________________________________

PULANG SEKOLAH

Jungyeon pulang dari sekolah berjalan kaki seperti biasa. Walaupun ibunya sudah melarang berjalan kaki kerana bahaya namun Jungyeon lebih selesa beejalan kaki.

Di tengah perjalanan, Jungyeon merasakan seperti ada orang cuba mengikutnya.

Dia berjalan lebih laju sedikit. Tiba-tiba tanganya ditarik. Mulutnya diterkup.

"Shh...senyap" ujar lelaki itu. Lelaki itu membuka pelitup mulutnya dan menunjukan wajahnya.

Mata Jungyeon terbutang.

"Heeseung?!"

"Yes it's me"

Jungyeon mula ketakutan. Heeseung ketawa dengan kuat seperti manusia tidak waras.

"Hahaha... Kau ingat aku dalam penjara? Kau ingat aku akan dikenakan hukuman gantung? Kau salah... Mungkin kau lupa sesuatu... Aku ada masalah mental kau tahu tak? Jadi walau sejuta orang pun aku bunuh... Aku tetap akan terlepas." ujar Heeseung.

"Haih.. Kau tau tak... Waktu aku masuk lokap tu aku sunyi sangat.. Aku nak dengar suara kau menagis menahan derita tu... So menangislah!" tengking Heeseung dan menapar muka Jungyeon sehingga dia terjatuh. Jungyeon cuba merangkap untuk melarikan diri apabila terjatuh, namun kakinya ditarik kuat oleh Heeseung.

"Aku kat dalam lokap tu terseksa tau. Semua banduan kat situ buli aku, pukul aku dan macam-macam lagi diorang buat! Hidup aku musnah tau tak?! Semua sebab kau!" kini Heeseung seperti benar-benar hilang kawalan.

Tiba-tiba Heeseung membuat senyuman sinis.

"Kan aku cakap, aku bunuh semua orang yang dah musnahkan hidup aku kan?" soal Heeseung.

Jungyeon hanya menganggukan kepalanya.

"So... Kau kena lah terima kebenaranya... Kau dah musnahkan hidup aku... Patut ke aku bunuh kau?"

      -TAMAT-   

     (THE TRUE)

THE TRUEWo Geschichten leben. Entdecke jetzt