CERITA

33 6 1
                                    

Hari ini mereka perlu mehantar tugasan yang telah diberikan pada tempoh hari.

Jungyeon memusingkan kepalanya ke kanan dan ke kiri bagi tujuan untuk mencari susuk tubuh Jungwon. Dia betul-betul berharap kalau Jungwon akan datang ke sekolah pada hari itu. Namun Jungwon tetap tidak hadir.

"Fighting!" ujar Heeseung dari jarak jauh.

Disebabkan kedudukan di dalam kelas mereka jauh, Jungyeon kurang faham apa yang dikatakan oleh Heeseung. Dia hanya membalas dengan senyuman.

Sesi pembentangan pun bermula. Ada yang masih belum siap malah ada yang tidak buat lansung atas sebab tiada pasangan.

Akhirnya tiba giliran mereka.
______________________________________

Jungyeon dan Heeseung berpandangan sesama sendiri. Senyuman manis mula terbentuk di bibir masing-masing.

"Yay" Jungyeon bersorak.

Mereka mengangkat tangan bersama dan membuat tepuk tinggi. Mereka sangat gembira kerana mereka terpilih sebagai top3. Jadi masa selama dua minggu diberikan lagi untuk mereka membuat tema baharu.
"Oppa.. Thanks tau..." ujar Jungyeon sambil menghiasi wajahnya dengan senyuman.

Heeseung hanya tersenyum. Mereka berjalan bersama-sama untuk ke kantin. Kemudian Jungyeon mendapat satu mesej.

Unknown number: KAU DENGAN HEESEUNG KAN? AKU HAIRAN LAH MACAM MANA KAU BOLEH HAPPY SEDANGKAN SEMUA ORANG YANG KAU SAYANG DAH MATI... KAU TAK RISAU KE JUNGWON TAK DATANG SEKOLAH? KALAU JADI APA-APA KAT DIA MACAM MANA? HATI-HATILAH BILA KAU DENGAN HEESEUNG, MUNGKIN DIA TAK SEBAIK YANG KAU SANGKA.

Jungyeon hanya tersenyum apabila Heeseung bertanyakan tentang mesej tersebut.

"Jungyeon, kita ada lagi dua minggu kan untuk siapkan kerja tu"

"Haah"balasnya ringkas.

"Jungyeon-ah" panggil Heeseung perlahan

"Mmm?"

"Malam ni kita keluar sama-sama nak? Ada benda yang aku nak bagitau kat kau"

"Lah? Kenapa tak bagitau kat sini je?" soal Jungyeon. Penting sangat ke?

"Bukan tak nak bagitau kat sini tapi takut orang dengar"jawab Heeseung perlahan.

Jungyeon hanya menganggukan kepalanya.
______________________________________
Akhirnya waktu balik pun tiba, hari ini Jungyeon akan balik menaiki kereta atas permintaan Heeseung agar dia lebih berhati-hati.

Saat kereta yang dinaiki Jungyeon ingin bergerak, kelihatan Sunoo sedang lari kearahnya dengan tegesa-gesa. Jungyeon membenarkan Sunoo masuk ke dalam keretanya.

Dalam keadaan tercungap-cungap Sunoo berkata "weh, Jungyeon tadi aku dapat satu call dari Jungwon"

Riak wajah Jungyeon mula berubah.

"Aku tak dengar sangat apa yang dia cakap... Suara dia perlahan sangat"

"Dia cakap kau kena hati-hati dengan Heeseung sebab dia tu bukan macam yang kau sangka. Kau boleh mati bila-bila masa je" sambung Sunoo lagi.

"Maksudnya?"

"Aku tak sure, tapi lepas tu aku dengar dia menjerit. Bila aku tanya kenapa, dia tak jawab tiba-tiba panggilan tu putus"balas Sunoo

"Lepas tu aku tadi mintak cikgu info belajar dia, manalah tahu kot-kot ada rekod jenayah ke an... Sampai Jungwon boleh cakap macam tu... Tapi aku tak jumpa apa-apa info kecuali..." suara Sunoo mulai perlahan.

"Kau jumpa apa?" soal Jungyeon benar-benar ingin tahu.

"Ayah dia dulu pernah kena tangkap atas sebab makan rasuah lepastu mak ayah dia bercerai sebab mak dia malu ada suami macam tu. Lepastu ayah dia bunuh diri sebab depressi. Sejak tu dia dah tak pernah jumpa mak dia lagi. Selama ni dia tinggal dengan penjaga dia je. Tapi baru-baru ni penjaga dia kena pecat dari tempat kerja." jelas Sunoo tentang apa informasi yang dia dapat.

Jungyeon terkaku mendengar nasib Heeseung. Tak sangka pula selama nie senyuman yang selalu Heeseung lemparkan ternyata ada luka yang tersembunyi.

"Tapi kenapa aku kena berhati-hati dengan dia?" soalan muncul dari mulut Jungyeon.

Sunoo hanya membisu. Tidak tahu bagaimana mahu menerangkan pekara itu.

"Sebenarnya, Heeseung ada penyakit mental"

"Maksud kau? Dia gila?"

Sunoo hanya mendiamkan diri.

Hari sudah menjelang malam. Seperti yang dijanjikan, Heeseung dan Jungyeon akan berjumpa pada malam ini.

Jungyeon terus teringat dengan kata-kata Sunoo pada petang tadi sebaik sahaja Heeseung tiba.

Mereka berdua menatap mata sesama sendiri. Jungyeon berasa teragak-agak dan takut apabila di dekati Heeseung.

"Terima kasih sebab sudi jumpa aku kat sini" ujar Heeseung.

"So... Kenapa awak nak jumpa saya"

Heeseung hanya tersenyum sinis.

"Satu... Dua... Tiga..." perlahan-lahan Heeseung mengira.

Jungyeon semakin hairan dan takut.

Sehingga Heeseung mengira detik yang ke lima, talefon Jungyeon mendapat satu panggilan.

Dari Jungwon? Jungyeon hanya memandang Heeseung yang masih tersenyum. Dia meminta izin Heeseung untuk menjawab panggilan itu.

"Hello?"

"ssk... Ssk.. SsSk"

Jungyeon hanya mendengar bunyi seperti seseorang sedang menangis.

"Jungwon-ah are you okay?"

Namun tiada jawapan. Hanya bunyi tangisan yang berkumandang di telinga nya.

Panggilan itu terputus. Jungyeon semakin risau. Dia kembali kepada Heeseung namun Heeseung sudah tiada di tempat yang mereka bertemu tadi.

Jungyeon menoleh ke kiri dan ke kanan untuk mencari susuk tubuh Heeseung.

Tiba-tiba Heeseung muncul di belakang Jungyeon dan terus memeluk tubuhnya dengan erat. Sejenak itu juga Jungyeon merasakan seperti ada sesuatu yang tajam dan halus menusuk di urat lehernya.

Dunianya semakin gelap. Mata Jungyeon tidak dapat di buka dan hampir rebah. Dia sempat mendengar satu suara halus.

"Kesian"

THE TRUENơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ