SEBAB

28 5 1
                                    

Masuk hari ini, sudah 3 hari Jungyeon dukurung dan diculik oleh Heeseung. Jungyeon sudah sedar dari tidurnya. Dia bangun menuju ke arah pintu dan cuba membukanya. Namun pintu itu masih berkunci. Jungyeon duduk kembali. Pipinya tidak kelihatan merah lagi. Mungkin sebab dia dah gunakan icepack semalam.

Tiba-tiba dia terdengar suara seperti seseorang sedang marah atau mengamuk. Dia juga dengar bunyi seperti ada barang yang terjatuh. Kelama-lamaan suara itu makin kuat. Ya! Itu suara Heeseung! Heeseung tengah mengamuk ke? Jungyeon mulai ketakutan.

Tombol pintu bilik Jungyeon kini bergerak-gerak kerana ada orang cuba membukanya.

Pintu bilik itu terbuka. Heeseung yang sedang berdiri di muka pintu itu sangat menyeramkan. Jungyeon terus berdiri. Heeseung mendekatinya dan terus memukulnya.

Jungyeon jatuh dan mengusap pipinya yang dipukul tadi. Heeseung menarik rambutnya ke atas supaya Jungyeon berdiri, kemudian memukulnya lagi. Air mata Jungyeon mula mengalir.

"Sakit!" jerit Jungyeon namun tidak diendahkan Heeseung.

Heeseung terus memukulnya, menarik rambutnya dan menendangnya beberapa kali. Kini Jungyeon benar-benar sudah lemah. Darah dihujung bibir jelas kelihatan. Heeseung sepertinya benar-benar sedang marah.

Kemudian Heeseung menarik tanganya. Seluruh badan Jungyeon yang sudah terlantar itu diseret bersama. Heeseung menyandarkan badanya di dinding kemudian menghentakan kepala Jungyeon di dinding tersebut beberapa kali.

Jongseong dan Jaehyun yang hanya memerhati dari tadi kini cuba menghentikan kelakuan gila Heeseung itu.

"Hyung dah la! Nanti mati budak tu" arah Jongseong cuba untuk menenangkan Heeseung.

Belakang kepala Jungyeon mula mengalirkan darah. Bunyi tangisan Jungyeon juga sudah tidak kedengaran.

Heeseung terus sedar dari kemarahanya apabila dia ditahan oleh Jongseong. Heeseung melihat Jungyeon yang sudah terlantar itu.

Heeseung mengaut wajahnya. Apa yang aku buat ni?  Heeseung benar-benar tidak sedar yang dia hampir membunuh Jungyeon.

Jaehyun memeriksa denyutan nadi dan nafas Jungyeon. Untung saja dia masih hidup. Heeseung sudahpun meninggalkan tempat itu untuk mencuci tanganya yang penuh dengan darah.

"Jaehyun, kau pergi ambil peti perubatan. Kita kena balut kepala dia supaya tak hilang banyak darah" arah Jongseong.

Jaehyun hanya menganggukan kepalanya.
______________________________________

Hari demi hari berlalu kini sudah seminggu Jungyeon dan Jungwon dikurung. Di dunia luar pula masih sedang sibuk mencari mereka. Ibu bapa Jungwon juga sudah membuat aduan polis.

Sejak kebelakangan ni emosi Heeseung sering terganggu sehingga menyebabkan Heeseung hilang kawalan dan memukul Jungyeon.

Jungwon yang melihat keadaan Jungyeon itu mula risau. Dia juga melihat cara Heeseung memukul kawanya itu. Tak mustahil kalau Jungyeon tu boleh mati bila-bila masa sahaja. Jungwon rasa bersalah kerana hanya mampu melihat kawanya di pukul, dia tidak boleh membantu Jungyeon kerana kakinya dikunci dan dia juga dihalang oleh dua orang suruhan Heeseung.

Jungyeon sedang duduk bersandar sambil termenung. Suasana sunyi mengelilingi mereka.

Pintu bilik kurungan mereka dibuka. Jungyeon sudah memejamkan matanya bersedia untuk dipukul lagi. Tetapi yang membuka pintu itu bukanlah Heeseung disebaliknya ialah Jaehyun dan Jongseong.

Setelah masuk Jongseong mengunci pintu itu dari dalam. Jaehyun mendekati Jungyeon.

"Kau okay tak? Aku ada beli ubat tahan sakit ni. Kau makan tau" ujar Jaehyun mengeluarkan ubat-ubatan yang dia beli untuk Jungyeon. Dia melihat luka-luka yang ada di tubuh Jungyeon. Ada sesetengah lukanya sudah kering manakala ada sesetengah luka lagi yang masih berdarah. Jaehyun membersihkan darah yang ada dan membalutnya.

Jongseong pula merawat Jungwon.
Jungwon juga kadang-kadang dipukul apabila cuba membantu Jungyeon.

Setelah mencuci dan membalut luka mereka, Jaehyun cuba mengintai diluar untuk melihat sama ada Heeseung sudah sampai atau belum. Tadi Jongseong dan Jaehyun ada membeli dua bungkus makanan untuk mereka.

"Nah, makanlah aku ada beli nasi tadi. Korang hari-hari makan roti mesti bosan kan? So aku beli nasi ni makanlah sementara Heeseung tak de ni" ujar Jongseong mengagihkan makanan dan sebotol air minuman kepada mereka berdua.

Jungyeon pula masih mendiamkan diri. Jaehyun membuka botol air itu dan menghulurkan kepada Jungyeon.

"Minumlah... Nanti kau sakit"

Akhirnya Jungyeon mencapai air itu dan minum. Dia betul-betul kepenatan. Jungyeon meneguk air itu sepuas-puasnya.

"Kitorang ni bukan kejam sangat. Jadi kau takyah risaulah. Kitorang tak akan pukul kau. Sebenarnya kitorang pun tak setuju kalau Heeseung buat macam ni kat kau. Tapi nak buat macam mana, kitorang sendiri pun tak boleh kawal dia" jelas Jongseong.

Jungyeon masih mendiamkan diri.

"Haih, kau ni dah bisu ke apa lepas kena pukul dengan Heeseung" marah Jongseong. Sakit hati pula apabila Jungyeon memgabaikan pencakapan nya.

Jaehyun menyiku Jongseong.

Kini Jungyeon menundukan pandanganya daripada mereka. Air mata jernih mula mengalir.

"Ak... A.. Aku penat..." ujar Jungyeon perlahan.

"A.. Aku penat tanggung dosa orang."

Jongseong dan Jaehyun Memandang antara satu sama lain. Lantas Jongseong membuka kunci di kaki Jungwon.

"Pergi pujuk dia" bisik Jongseong kepada Jungwon.

Kini Jungwon sudah mendekati Jungyeon.

Jungwon memegang bawah dagu Jungyeon dan mengangkat mukanya. Jeles kelihatan bahawa Jungyeon sangat sedih.

"Bila aku nak mati ni.... Aku dah penat terseksa..." ngadu Jungyeon.

"Janganlah cakap macam tu, jom kita tanggung semua ni sama-sama"

Kini tubuh Jungyeon sudah di dalam pelukan Jungwon. Dia menangis sepuas-puasnya.

"Dah la... Ni bukan time nak bersweet. Cepat makan sebelum Heeseung balik" sampuk Jongseong. Kacau daun betul...

Jungwon perlahan-lahan melepaskan pelukanya.

"Heeseung ada cakap kat Kitorang yang dia tak berniat nak bunuh kau pun. Dia cuma hilang kawalan je. Sejak dua menjak ni Heeseung selalu terlibat dalam pergaduhan budak-budak lorong.  Bila dia kalah pastu tak puas hati, tu lah dia lepas kat kau" jelas Jongseong.

"Maksudnya Kitorang boleh balik dengan keadaan hidup?" soal Jungwon makin teruja pula bila Jongseong kata kalau Heeseung tak akan bunuh mereka.

"Haah, Heeseung cakap nak lepaskan korang lepas polis tangkap ayah kau. Sekarang ni kitorang ni tengah cari cara untuk buat ayah kau kena tangkap, sebab tak da bukti yang cukup." balas Jaehyun.

"Entahlah... Jangan-jangan aku dah mati time tu" sampuk Jungyeon perlahan.

"Jangan mati lagi... Nanti sapa nak urus mayat kau?" soal Jongseong. Dia sebenarnya takut dengan mayat.

"Orang yang bunuh akulah kena urus mayat aku" balas Jungyeon.

"Kalau macam tu, Heeseung campak mayat kau dalam semak jelah... Potong kecik-kecik pastu bungkus dalam beg plastik and campak kau kat hutan" usik Jongseong.

Jungyeon menjeling Jongseong. Sakit hati pula dibuatnya.

"Dah la.. Makan" sampuk Jaehyun. Jungwon dari tadi sudahpun menghabiskan makananya.

Jungyeon juga kini mencapai makanan itu dan menyuapkan ke dalam mulutnya.

THE TRUEWhere stories live. Discover now