MANGSA PERTAMA

29 6 4
                                    

Jungyeon baring di atas katilnya dan menghadap ke arah syiling.

Jungyeon masih terfikir perkara yang berlaku disekolah tadi. Mustahil kalau dia berimaginasi kan?

Loceng pintu rumahnya berbunyi. Jungyeon malas hendak bangun. Namun loceng rumahnya terus berbunyi.

Jungyeon terpaksa bangun dan membuka pintu.

Namun tiada orang.

Yang terlihat hanyalah sepucuk surat yang ditinggalkan di depan muka pintu.

Jungyeon membaca surat itu.

DEAR CHOI JUNGYEON,

TADI AKU BAGI SURAT KAT SEKOLAH KAU TAK RETI BACA KE HAH!? KENAPA KAU BAGITAU HEESEUNG TENTANG SURAT TU. NASIB BAIK DIA TAK JUMPA SURAT TU. KALAU TAK.... NAHASLAH KAU! BACA ELOK-ELOK NI. AKU TENGAH CUBA NAK BUNUH KAU. TAPI SEBELUM TU AKU NAK BUAT KAU SENGSARA DULU!

LH-           

Jungyeon mula ketakutan lagi.

Sejurus kemudian, talefon rumahnya berbunyi. Jungyeon memjawab panggilan itu.

"Hi adakah ini Puan Choi Hwanna?" soal orang yang berada di talian.

"Mmm... Saya anaknya."

"Oh! Boleh saya bercakap dengan puan Hwanna?" soalnya lagi.

"Dia tiada di rumah sekarang ni, kalau penting encik sila beritahu saya. Saya akan cuba sampaikan sebaik mungkin"balas Jungyeon.

"Baiklah. Sebenarnya Junghwan baru sahaja kemalangan."

Mata Jungyeon mula berkaca. Jantungnya sudah berdegup kencang.

Dia memanggil Junghyeok iaitu abang keduanya.

Junghyeok juga terkejut mendengar berita itu.

Mereka bergegas pergi ke hospital yang dimaklumkan.
______________________________________

Jungyeon bejalan ke kiri ke kanan. Dia berasa sangat gelisah. Tiba-tiba fikiranya berkata kalau kemalangan abangnya terlibat dengan ugutan yang pernah dia dapat.

Seorang doktor keluar dari bilik kecemasan itu dan berbincang dengan Junghyeok.

Junghyeok kelihatan sangat sedih. Jungyeon mendekati mereka.

"Maaf kami tidak dapat selamatkanya." ujar doktor itu ringkas sambil menghulurkan barang-barang milik Junghwan.

Kaki Jungyeon mula merasa longlai. Dia terduduk di atas lantai dan menangis. Junghyeok cuba memujuknya.

"Hey... Jungyeonie.... Don't cry..." pujuk Junghyeok lembut mengesat air mata Jungyeon yang sudah belinangan. Junghyeok memeluk erat badan Jungyeon.

Mereka berdua sudah sampai dirumah. Junghyeok menalefon ibu dan ayahnya tentang kematian Junghwan dan berharap mereka akan balik.

Ibu bapanya sangat terkejut.

Pada keesokan harinya,

Ibu bapa mereka pulang untuk menguruskan pengebumian abangnya.

Jungyeon sangat sedih sehingga terlihat kesan lebam dibawah matanya yang menunjukan dia sering menangis.

Notification talefon menyedarkan Jungyeon dari lamunanya.

Unknown number: ABANG KAU MATI KE? HEHE... SORANG DAH SETTLE... LEPAS NI SAPA PULA?

Jungyeon menerima mesej itu. Jantungnya semakin berdegup kencang. Adakah orang yang sering mengugut dia adalah punca abangnya mati? Tidak mungkin!

Unknown number: KAU JANGAN BAGITAU SESIAPA TAU, KALAU TAK... CHAEYUN DAN DAHYUN PULA YANG AKAN JUMPA DENGAN AJAL.

Mata Jungyeon sudah mula berkaca.

Pada masa yang sama Sunoo datang cuba untuk menenangkan Jungyeon.

Sunoo memeluk kawan baiknya itu.

"Aku tahu kau kuat"

Tangisan Jungyeon semakin dalam apabila dibisikan seperti itu.

Alangkah bagusnya kalau dia boleh memberitahu dan meluahkan perasaan takut yang sedang dihadapinya.

THE TRUEWhere stories live. Discover now