TAK SERIUS

35 6 1
                                    

"Hoi...Bangun..." Jaehyun megoncangakan tubuh badan Jungyeon. Terkebil-kebil Jungyeon membuka matanya.

Dibawah matanya jelas kelihatan kesan lebam disebabkan tangisanya semalam. Di pipinya juga kelihatan merah akibat ditampar.

"Makan" ujar Jaehyun melemparkan sebungkus roti. Sebelum Jaehyun beredar dari situ, Jungyeon sempat mencapai tangan Jaehyun.

"Boleh tak awak bagi tau saya keadaan Jungwon? Dia okay kan?" soal Jungyeon.

Jaehyun menarik tanganya yang dipegang tadi.

"Dia okay je, dia hidup lagi. Kau jangan risau kitorang bukan jahat sangat. Kitorang still bagi dia makan" balas Jaehyun dan terus berlalu pergi.
Jungyeon mengabil bungkusan roti itu, dia melihat perisa inti roti itu.

"Kacang?"

Kemudian dia mengeluh. Dia ada alahan terhadap kacang. Macam mana dia nak makan sekarang ni? Dia meletakan semula bungkusan roti itu ditepi. Nasib baik dia masih tidak lapar.

Dia menyandarkan dirinya di dinding sambil mengenangkan nasibnya. Pelbagai soalan yang terlintas di kepalanya.

Kalau betul Heeseung yang membunuh manusia-manusia itu, kenapa dia tak ditangkap? Kalau dahyun ditolak dari bangunan tu, takkan takda bukti langsung? Bagaimana pula tentang surat berdarah yang dia nampak tu? Macam mana surat tu boleh hilang? Bagaimana pula abangnya Junghwan boleh kemalangan? Kalau Heeseung yang langgar, mesti dia pun mati. Macam mana pula dengan Junghyeok yang diracun? Chaeyun pula?

Fikiranya benar-benar serabut.

Sehingga ke hari petang dia masih dikurung di situ. Bila hari sudah petang sudah tentu dia lapar. Dia mengambil bungkusan roti yang diberikan oleh Jaehyun tadi. Direnungnya roti itu. Nak makan ke tak nak? Dia risau kalau alahanya menjadi teruk. Dahla tiada sesiapa yang nak jaga nanti.

Jungyeon mengambil keputusan agar tidak makan roti itu. Tidak sanggup dia menahan alahan nanti.

Beberapa minit kemudian, Heeseung datang kepadanya dan terus menarik tanganya.

"Ikut aku" dengan kasar.

Jungyeon ditarik sehingga ke tempat yang sama Jungwon dikurung. Heeseung mengunci kakinya pada rantai besi yang ada di situ.

"Heeseung... Macam mana awak bunuh orang tanpa ditangkap" dengan berani Jungyeon bertanyakan soalan yang selalu bermain difikiranya.

Heeseung hanya tersenyum.

Dia mendekati Jungyeon dan menatapnya dengan penuh kebencian.

Jungyeon berasa semakin takut.
Kemudian Heeseung meninggalkanya bergitu saja.

Setelah memastikan Heeseung sudahpun pergi. Dia cuba memanggil Jungwon. Namun Jungwon yang hanya terbaring di situ masih mendiamkan diri. Setelah beberapa kali mencuba akhirnya Jungwon sedar.

"Kau okay tak?" soal Jungyeon yang risau dengan keadaan Jungwon.

Jungwon hanya tersenyum. Terlihat di hujung bibirnya ada sedikit kesan luka. Didahi nya juga ada sedikit kesan kebiru-biruan. Tangan dan kakinya sudah tentu lebih banyak luka.

Jungyeon melihat keadaan Jungwon dan mula menangis.

"Aku mintak maaf... Kalau bukan sebab aku mesti kau tak akan jadi macam ni..." teresak-esak Jungyeon meminta maaf.

Jungwon yang melihat Jungyeon sudah menangis terus menghampirinya dan memberikan satu pelukan hangat dan berharap supaya Jungyeon sedikit tenang. Nasib baik Jongseong tidak mengunci kakinya pada rantai besi.

"Bukan salah kau pun"

"Tapi kalau kau tak kenal aku mesti... Kau tak jadi macam ni" ujar Jungyeon yang rasa bersalah.

"Ini takdir Jungyeon... Kita kena terima takdir ni. Mungkin ini satu kelebihan bila aku kena kurung kat sini dengan kau..." balas jungwon.

"Kelebihan?" soal Jungyeon hairan. Pada masa macam ni dinamakan kelebihan?

"Ye lah... Kalau aku tak kena kurung kat sini mesti kita tak akan pernah duduk dekat macam ni. Kalau aku tak kena kurung kat sini mesti aku tak akan dapat rasa pelukan hangat dari kau" balas Jungwon sambil tersenyum sehingga jelas menampakkan lesung pipitnya.

"Masa macam ni pun kau boleh fikir macam tu? Nanti tak sempat Heeseung bunuh kau, aku dah bunuh kau dulu" marah Jungyeon dengan menahan malunya.

"Alah, memblushing pulak kau ni" usik Jungwon lagi apabila dia perasan yang wajah Jungyeon bertukar merah.

"Hish, dahla kau pergi duduk sana" arah Jungyeon makin malu dibuatnya.

"Tapi aku nak peluk kau lagi..." keluh Jungwon.

"Aku tendang nanti apa pun tak dapat" muka Jungyeon kali ini benar-benar kelihatan merah.

"Kau dah makan?" soal Jungwon menukar topik.

"Belum..."

"Diorang tak belikan kau makanan ke?" soal Jungwon lagi.

"Beli... Tapi inti kacang... Nanti alahan aku datang, bukan ada orang nak jaga. Lebih baik aku belapar je..." jelas Jungyeon.

Jungwon berdiri dan membuka laci sebuah meja yang bersebelahan denganya. Jungwon mengambil sebungkus roti jem strawberi dan menghulurkan kepada Jungyeon.

"Nah, makan... Aku tak nak kau sakit" arah Jungwon.

"Tak nak... Aku tak lapar" balas Jungyeon.

Jungwon membuka bungkusan roti itu. Dia mematah kan sedikit bahagian roti itu dan cuba menyuap Jungyeon.

"Kau ingat ni citer wattpad ke nak main suap-suap time macam ni?" marah Jungyeon.

Disebabkan Jungyeon menolak suapan itu, Jungwon memakan roti tadi.

"Jungyeon..."

"Apa?"

"Boleh tak sementara kita kat sini, kau jadi girlfriend aku" soal Jungwon tiba-tiba.

"Kau tengah confess ke ni?"

Jungwon menganggukan kepalanya.

"Mesti Heeseung pukul kau kuat sangat sampai sewel macam ni kan?" perli Jungyeon. Pada masa macam ni pun nak bercinta?

"Cuba kau wink dulu... Baru aku terima kau..." sambung Jungyeon cuba mengenakan Jungwon.

Jungwon mencebik. Suka-suka je Jungyeon nak kenakan dia.

Situasi itu disambung dengan senyuman manis mereka.

THE TRUEWhere stories live. Discover now