BAB 17 🦋

31 6 6
                                    

Suasana yang riang dan penuh dengan gelak ketawa tadi , sudah berubah kepada suasana yang senyap dan dingin apabila tetamu yang tidak diundang tadi sudah berada di situ juga .

"KAU DATANG SINI SEBAB APA ?! KAU NAK CUBA BUNUH SAPA PULAK KALINI , AFIQAH ?! " soal Amir dengan nada marah . Sungguh dia masih tidak boleh melupakan peristiwa haritu .

Ya ! Afiqah lah yang menjadi tetamu tidak diundang itu ! Entah bagaimana dia tahu tentang perjumpaan mereka di sini pun , mereka tidak tahu .

Kalau ikut kan hati Firash tadi mahu sahaja dia menghalau Afiqah dengan penyapu .Namun dihalang oleh Amira . Malah , Amira juga mengajak Afiqah masuk ke dalam rumah dan duduk bersama mereka .

Mereka yang lain hanya hormat akan keputusan Amira yang membenarkan Afiqah turut serta dalam perjumpaan itu . Yalah , yang kena tolak haritu pun Amira , jadi mereka tiada hak untuk melebih lebih marahkan Afiqah .

"A...aku ," Afiqah yang tidak menghabiskan ayatnya itu , tiba tiba sahaja dia melutut di hadapan Amira .

Amira yang terkejut akan perbuatan Afiqah itu buntu tidak tahu apa yang perlu dibuatnya , jadi dia hanya membiarkan sahaja Afiqah .

"Aku mintak maaf , Mira ! Aku tahu aku salah ! Aku yang selalu dengki dekat kau ! Aku yang selalu buli kau ! Aku yang telah hancurkan hidup kau ! Bukannya kau yang hancurkan hidup aku , tapi diri aku sendiri yang hancurkannya dengan sifat aku yang dengki dan tidak reti bersyukur ni ! Aku tahu aku salah ! Hukumlah aku , Mira ! Aku layak dapat hukuman dari kau !! " Afiqah memohon maaf kepada Amira sambil menangis teresak - esak .

Mereka yang lain berasa sedikit simpati dan sebak mendengar permohonan maaf Afiqah itu .

Amira yang sedari tadi hanya mendiamkan diri , pantas sahja menarik lembut bahu Afiqah lalu memeluknya .

"Aku tak layak nak beri kau hukum , Fiqah . Lagipun aku tahu kau pun mesti ada masalah sendiri kan , jadi aku maafkan kau . Aku pun nak minta maaf dekat kau kalau aku ada buat salah dengan kau  . Sudah okay jangan menangis . Benda yang dah lepas tu biarkan lepas ," balas Amira lembut .

Mereka yang hanya mendengar jawapan lembut Amira itu sudah pun mengalirkan air mata . Begitu saja Amira  memaafkan semua kesalahan Afiqah .Sungguh lembut hati gadis itu .

"Amira...aku harap kau...MATI !! " ucap Afiqah lalu pada masa yang sama dia menikam perut Amira menggunakan pisau lipat yang kemas disimpan di dalam poket seluarnya .

Terbuntang mata Amira apabila merasakan kesakitan yang teramat lah perit ! Mereka yang melihat akan kejadian tersebut lantas sahaja mendapatkan Amira yang sudah lemah itu .

Afiqah pula sudah dikarate oleh Shufiyla sehingga pengsan .  Afiqah yang sudah pengsan itu dibiarkan sahaja berada di lantai itu .

"PANGGIL PAK MAT CEPAT !!!! " arah Amir yang risau melihat keadaan Amira yang sudah bermandian darah itu .

"Mira mengucap Mira , asyhadu an la ilaha illallah, wa asyhadu anna muhammadar rasulullah ," ucap Eryna perlahan supaya Amira dapat mengulanginya .

"asyhadu an la ilaha illallah, wa asyhadu anna muhammadar rasulullah," Amira yang sedang lemah itu menggagahkan idirinya juga untuk melafazkan dua kalimah syahadah itu . Akhirnya dia berjaya . Tanpa sedar , air mata Amira jatuh sebagai tanda syukur .

"Cepat jom !! Kita pergi hospital !! " kata Amir sambil mencempung Amira yang sudah lemah itu menaiki kereta .

Mereka yang lain mengikut langkah Amir .












BERSAMBUNG...



AMIRAWhere stories live. Discover now