BAB 14 🦋

33 5 6
                                    

Hujung minggu tiba sekali lagi , seperti biasa mereka berjumpa di Rumah Firash bagi membincangkan kerja sains buat kali terakhir sebelum menghantarkannya kepada Madam Azna minggu hadapan .

(ruang tamu)

Semua sudah siap berkumpul di ruang tamu itu termasuklah , Eryna dan Afiqah .

"So looks like everyone is already here ! So let's start our work !" riang sahaja suara Zulfrin bagi memeriahkan suasana yang agak dingin itu .

Tiada respone , mereka semua hanya menyambung membuat kerja sendiri .

"Bila nak start ni ? " bisik Zulfrin bertanya kepada Amir tentang rancangan yang telah mereka rancang haritu .

"Kau pergi ajak Shu dulu pergi bilik bacaan , kita gerak sorang sorang , lepastu biarkan Firash dengan Eryna berdua dekat ruang tamu ," bisik memberitahu Amir kepada Zulfrin tentang rancangan nya untuk meninggalkan Firash dan Zulfrin berduaan .

"Afiqah ?" soal Zulfrin sekali lagi . Macam mana nak tinggal kan Eryna dan Firash berduaan kalau si Afiqah tu terconggok di situ .

"Tu nanti aku settlekan ," jawab Amir . Zulfrin hanya mengangguk tanda faham . Lantas dia berjalan ke arah Shufiyla .

"Shu , jom pegi bilik bacaan . Ada bahan rujukan aku kena cari ," kata Zulfrin mengajak Shufiyla .

Shufiyla hanya bangkit dan berjalan mengikuti Zulfrin ke bilik bacaan .

Setelah kelibat Zulfrin dan Shufiyla hilang , Amir pula memulakan langkah nya .

"Mira , Afiqah , jom aku bawak korang melawat taman bunga ," Amir mengajak Amira dan Afiqah , mengharapkan kedua gadis itu bersetuju .

Afiqah cepat sahaja mengangguk manakala Amira masih berfikir mahu menerima atau menolak ajakan Amir itu .

Amir yang perasan bahawa Amira masih tidak menjawab soalan nya lantas menarik sedikit buku hadapan gadis itu , membuatkan gadis itu melihatnya . Amir memberikan senyuman ikhlas dan mengangguk supaya Amira mengikutinya . Akhirnya Amira pun bersetuju .

Eryna yang baru sahaja berdiri berkira kira mahu mengikuti mereka bertiga , segera terduduk semula di kerusi apabila Firash menarik pergalangan tangan nya untuk duduk semula .

Terkejut Eryna apabila Firash berbuat sedemikan . Naseb baiklah dia memakai handsock , ini mengakibatkan sentuhan itu masih berlapik . Namun cepat sahaja Eryna merentap tangan nya itu , dia sungguh tidak selesa apabila sesuka hati sahaja lelaki bukan mahram memegangnya .

"Sorry , aku tak sengaja . Just kau teman aku , okay ? Takkan la kau nak biarkan aku buat kerja sains ni sorang sorang ," kata Firash lembut .

"Buat jelah kau sorang , kecoh ja lebih . Dasar anak manja !" balas Eryna .

Namun balas Eryna itu tidak membuatkan Firash berasa marah , malah lelaki itu berasa lega kerana Eryna sudah mahu bersuara semula . Firash tersenyum memandang Eryna .

Eryna yang perasan diri nya sedang dipandang Firash segere mengambil pemadam dan membalingnya ke Firash .

"Buk ! " tepat kena pada dahi Firash .

"Aduh !! Eih kau ni pahal ?! Aku tahu la kau dengki dengan muka aku yang handsome ni ! Tapi tak payah lah sampai nak sabotaj muka aku ni ! " gurau Firash .

Eryna yang mendengar gurauan Firash itu hanya ketawa . Firash pun turut ketawa apabila berjaya membuat gadis yang dicintainya itu ketawa .

(Bilik bacaan)

"Shu , kau memang tak nak story dekat aku ka pasal apa jadi dengan Mira dan Afiqah dulu ?" soal Zulfrin .

"Z , kalau story tu pasal hidup aku memang aku akan cita kat kau , tapi ni bukan pasal hidup aku , ni pasal hidup Mira . Lagipun Mira dah mintak aku rahsiakan story ni . Aku tanak la nanti kalau Mira tahu aku stroy dekat kau , dia marah aku , dia dah tak percaya dekat aku . Lagipun story ni sensitif sikit la , Z. Aku harap kau faham , " terang Shufiyla .

"Erm...Takpela kalau macam tau , just aku risau kalau jadi apa apa dekat kau ," luah Zulfrin

"Laa , dah pahal kau risau kat aku ? Kau suka aku ek ? "tanya Shufiyla mengusik

"Ha ah , memang aku suka kau Nur Shufiyla, " luah Zulfrin .

Shufiyla yang saja mahu bergurau dengan Zulfrin namun jawapan Zulfrin itu membuatkan degupan hatinya tidak normal . Jiwa sudah tidak tentu arah namun dia masih mengawal dirinya .

Keadaan senyap buat seketika .

"Aku...aku pun suka kau ," luahan Shufiyla itu membuatkan Zulfrin terkejut namun pada masa yang sama gembira .

"Betul ke ? Kau suka aku ?! " soal Zulfrin inginkan kepastian .

Shufila mengangkat muka nya memandang Zulfrin , senyuman nakal terukir di bibir .

"Ha ah ! Aku suka pukul kau !! " jawab Shufiyla sekaligus mengetuk kepala Zulfrin menggunakan buku yang dipegangnya .

"Bonggok la kau !! " marah Zulfrin sambil menggosok kepalanya yang sakit diketuk oleh Shufiya itu .

(Di taman bunga)

"Korang berdua berborak la dulu , aku nak pergi tengokkan Firash sekejap ," beritahu Amir lalu meninggalkan Amira dan Afiqah .

Selepas berlalu masuk ke dalam rumah , Amir bersembunyi di sebalik tingkap yang ditutupi oleh langsing untuk mendengar perbualan Amira dengan Afiqah . Dia ingin tahu perkara sebenar .

"Kenapa kau pindah sekolah sini ? " soal Amira .

"Sebab aku nak kau mati ! " balas Afiqah dengan perasaan benci .

"Astaghfirullah al azim ,kau sedar tak apa yang kau cakap ni Afiqah ! " Amira beristighfar panjang terkejut apabila mendengar jawapan Afiqah itu .

Amir yang mendengar akan perkara tersebut juga terkejut .

"Ya ! Aku sedar apa yang aku cakap ! Tapi kau , kau sedar tak apa yang kau dah buat dekat hubungan aku dan Adam ?! " soal Afiqah kepada Amira sinis .

"Adam ? Sepupu kau tu ? Apa yang aku dah buat dekat korang ? " Amira menyoal Afiqah semula .

"Kau rampas cinta Adam dari aku , kau hancurkan hubungan kami ! Disebabkan kau , aku dan Adam tak rapat dah macam dulu " luah Afiqah . Sudah lama dia memendam perkara tersebut .

"Apa maksud kau ?!?! " soal Amira lagi , terkejut dia mendengar tuduhan Afiqah itu .

"Heh ! Kalau kau nak tahu..."














BERSAMBUNG...

AMIRAWhere stories live. Discover now