BAB 4 🦋

54 8 2
                                    

(sekolah)

Semua pelajar 5 Berlian bangun dan memberikan salam kepada Cikgu Arih . Pelik mereka apabila Cikgu Arih yang masuk pada pagi itu , sedangkan mata pelajaran pada pagi itu ialah Pendidikan Jasmani .

Waduhhh ! Ni mesti kes cikgu ganti ni !! Haish memang kalau pj dibatalkan , wajib kena ganti dengan Matematik ke ? Rungut semua pelajar kelas 5 Berlian di dalam hati .

"Murid murid sekalian , harini ini kita mempunyai dua pelajar baru," umum Cikgu Arih selaku guru kelas 5 Berlian .

"Jemput masuk kamu berdua," pelawa Cikgu Arih ramah namun masih boleh merasakan aura nya yang tersendiri . (eish aku dahla guna nama betul cikgu aku ni , mau nya kena report , auto kena buang sekolah oiii -Nisya Rosmie)

Seorang jejaka yang tinggi lampai dan seorang jejaka dengan ketinggian normal tapi berbahu lebar berjalan masuk dengan bergayanya .  Cewahh ingat ada red carpet ke nk ber"catwalk" kat situ abang abang oii !! (masuk dengan effect slowmo gitu)

Semua mata pelajar perempuan kini sudah berubah menjadi bentuk hati . Tidak lepas juga Amira dan Eryna , hanya Shufiyla sahaja yang berwajah selamba . Ceh kontrol macho ah minah ni , rungut Amira apabila melihat wajah Shufiyla yang hanya menayangkan eksperasi bosan itu .

"Sila perkenalkan diri kamu , kalau boleh beritahu sebab juga kenapa kamu pindah ke sekolah ini ," arah Cikgu Arih ramah tapi ber"aura" .

Salah seorang jejaka itu , eish jejaka  ke ek ? Clinge sangat la pulak . Okay okay kita tukar . -Nisya Rosmie

(Repeat , 1 2 3 action !!!)

Salah seorang pelajar baru itu , melangkah setapak ke depan dan memperkenalkan diri .

"Hai , my name is Firash Aqasha . You guys can call me Fir . Reasone why I change school is because..." Firash berhenti seketika , dia memandang lantai seperti berat sahaja ingin memberitahu sebab mengapa dia berpindah ke situ .

Firash menarik nafas dan hembus , dia melakukan perkara yang sama sebanyak 3 kali , para pelajar di situ hanya menunggu dengan sabar . Terutama sekali pelajar perempuan . Yelah nokk laki yang berdiri dekat depan ni handsome oooo !!!

"Saja ja saya tukar sekolah sebab sekolah saya sebelum ni bosan dan membuatkan saya rimas sebab ramai pelajar perempuan yang terkejar kejar saya . Lagipun my dad is a CEO of NoFia Company , so pindah sekolah ni like pindah kelas jer," jelas Firash ada terselit nada angkuh disitu.

Beberapa pelajar perempuan yang mendengar akan cerita Firash itu terus turn off beb !! Begitu juga dengan Eryna .

"Heh , sombongkan lah harta tu , lagipun harta tu bukan kau punya , itu ayah kau yang punya , anak manja ," Eryna berkata pelahan namun telinga Firash dapat mendengar akan comment Eryna itu . Yups ! Eryna memang tidak suka akan laki yang bongkak dan angkuh ini.

Firash hanya memandang Eryna dengan pandangan penuh minat . Ermm , anak manja eh ? Kau tunggu perempuan , muka ja lawa tapi kuat dengki , monolog Firash sendirian

"Okay , thank you Firash for you introducing , now next please," Cikgu Arih memberi arahan sekali lagi dan ermm ada "aura" nya gais...

"Assalamualaikum , nama saya Zulfrin Iskandar . Zulfrin tau bukan Zul arifin , haih kalau Zul yang itu naya saya kena banned dengan semua orang Malaysia !" pernyataan Zulfrin itu membuatkan ramai pelajar disitu terhibur tetapi ada jugak sebilangan pelajar yang "blur" tidak tahu tentang isu pelakon ini .

"Zul arifin , bukan ke pelakon tu handsome je ? So what's the problem ?"  tanya Amira kehairan , seingatnya Zul Arifin itu antara salah satu pelakon  di tanah airnya yang paling meletops .

"Kau baik tak payah tahu Mira , stay innocent okay sayang !" Kata Eryna sambil memandang tepat anak mata Amira sebagai tanda amaran . Dia tidak mahu  satu satunya kawan yang "innocent" dan "slow" ini tahu akan hal tersebut .

Kalau nak diharapkan si Shufiyla tu , dia lah orang pertama yang bantai gelak apabila mendengar nama Zul arifin tadi itu . Haih dasar tak innocent dah budak tu , monolong hati kecil Eryna .

"Boleh panggil saya Z . Reasone saya berpindah ke sekolah ini pula sama sahaja dengan reasone Fir . Tapi kes saya ni lain sedikit , saya hanya mengikuti keputusan sepupu kesayangan saya ini sahaja ," penyataan yang keluar dari mulut Zulfrin sebentar tadi membuatkan ramai pelajar yang  terkejut tidak percaya .

"What ? You guys are cousin ? Ermm but no wonder la kalau korang cousin sebab you guys deserve it pun , dua dua handsome !" kata salah seorang pelajar perempuan itu sambil mengeliat ke kiri dan kanan seperti kucing lapar  yang menggesel di kaki tuan nya .

Firash dan Zulfrin hanya beriak selamba sahaja apabila dipuji sebegitu , halah setakat "handsome" tu benda yang paling biasa mereka sudah dengar . Sehingga naik jemu telinga ini mendengarnya .

(Rehat)

"Wei ! Aku nak pergi makan dekat kantin ah , tiba tiba ja harini rasa macam nak makan maggi goreng," Amira menyatakan hasratnya ke dua sahabatnya itu . Entah kenapa harini Amira seperti menghidam ingin menjamu maggi goreng mak cik kantin .

"Tapi aku dengan Shu nak pergi koperasi je , sebab nanti kitorang kena pergi jumpa Madam Azna ," kata Eryna . Shufiyla yang disebelah Eryna hanya mengangguk tanda setuju dengan Eryna .

"Oh betul jugak ek , tadi Madam panggil korang kan . Ermm... Tak pa ah , aku pergi makan sorang . Nanti jumpak dekat kelas okay sayang sayangku," Amira melambaikan tangan kepada Eryna dan Shufiyla dan berlalu pergi ke kantin.

(Kantin)

Amira menggengam erat kedua tangannya yang sedang "shaking" itu akibat masalah "social anxiety" nya . Ya , Amira mempunyai masalah "social anxiety" .Walaupun Amira dikenali sebagai seorang pelajar yang ramah dan mudah bergaul tetapi itu semua hanya berlaku apabila dia berada bersama dengan Eryna dan Shufiyla .

Ini semua berlaku akibat trauma yang pernah dialami Amira pada 3 tahun lepas di sekolah lamanya .

"Terima kasih , mak cik," Amira mengucapkan terima kasih kepada mak cik kantin itu setelah dia berjaya membeli maggi goreng dan teh ais limau.

Halah , kenapa aku jalan pelan sangat ni ?!!! Eish kaki pendek memang kalau dah jalan laju pun tetap pelan kaa ?!! Amira memarahi dirinya sendiri kerana dia berasa seperti semua orang sedang memandangnya . Sedangkan tiada seorang pun yang tertarik dengannya , mereka semua sedang sibuk mengisi perut sendiri . Ini lah masalah yang dialami oleh seseorang yang mempunyai "social anxiety".

Sedang Amira berjalan tiba tiba...

"BUKKK !!! "







BERSAMBUNG...

AMIRAWhere stories live. Discover now