Jacob tersenyum sinis melihat gadis berpajama hadapannya itu
Rambut serabut, mata sembab dan muka yang bengkak akibat baru bangun daripada tidur
Comel
"Fine. Saya perlahankan. Annyeong"
Jacob tutup pintu rumahnya dengan kuat hingga Yeongseo tersentak
"Huh... Finally! Jacob-nim gumawoyeo~" Sempat Yeongseo berterima kasih dengan bernada sindir
Pintu rumah Jacob dijeling dan berura mahu menumbuk pintu tersebut membayangkan itu wajah manis Jacob
Yeongseo kembali masuk ke rumahnya. Langsung tiada bunyi bising. Nafas lega dihembus beserta senyuman yang puas
Dia kembali ke katil menarik perlahan selimut untuk kembali ke alam mimpinya
Mata dipejam rapat menikmati suasana sunyi
"I'M THE STEALER YAH
SHIMJANG GAJANG GIPSUKHAN GOT GA THAT'S RIGHT!!!"Mata kembali tercelik dengan muzik yang 2 kali ganda kuat daripada tadi
Bergegar frame yang tergantung pada dinding pemisah antara rumah dia dan Jacob
"AISSHHHH!!! EYY JACOB!!!!!"
"HAHAHAHAHA!!!"
*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*
Yeongseo's Pov;
"Kamsahamnida, datang lagi~"
"Nae~"
Disebabkan barang dapur dekat rumah habis, aku pergi ke kedai runcit dekat bawah apartment aku sahaja. Malas nak bersiap pergi jauh jauh
Semua barang diangkat kemudian aku keluar daripada kedai runcit
Semasa aku hendak pergi kawasan lift, tiba tiba Jacob lalu lengkap dengan mask hitam dan topi dia
Dia nampak tergesa gesa seperti dikejar seseorang
Pandangan aku tertarik dengan sebuah van bertulis Dispatch pada pintu. Kemudian, beberapa orang lengkap dengan kamera di tangan dan bermask
Senyuman sinis terukir sambil memandang Jacob yang sudah lama memandang aku
"Dont you ever think about it" Katanya sudah membaca fikiran aku
"Kalau tak?" Cabar aku dengan berani
"Kalau tak--"
"UWAHHH THE BOYZ JACOB BAE LAHH SINII!! OPPA OPPA NAK SIGNNN!!!" Ujar aku kuat hingga kumpulan dispatch tu dengar suara aku dan berlari ke arah aku
"Aish Jeon Yeongseo!!" Lintang pukang Jacob berlari tak jadi nak naik lift
Terbahak bahak aku ketawa tengok dia gelabah cabut lari oleh kerana tak mahu dikejar kumpulan dispatch
"Jacob Bae? Dekat mana?" Soal seorang paparazzi tadi. Aku terus berhenti ketawa
"Sana dekat sana" Aku tunjuk arah Jacob. Kemudian, diorang pun berlari ke sana
"Hmph! Padan muka awak. Siapa suruh kacau tidur saya tadi? Haha!" Rasa puas sebab balas balik apa yang dia tadi
Punat lift aku tekan
Semasa tunggu lift turun. Tiba tiba rasa macam... Kesian dia kena kejar dengan dispatch
Dia dah berbulan tak balik rumah, nak privasi tapi aku buat paparazzi kejar dia
Kalau diorang tahu tempat tinggal Jacob macam mana? Tak pasal pasal aku kena saman dengan dia
"Aku kena minta maaf..."
*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*
Ting!
Pintu lift terbuka. Aku terus menjejakkan kaki keluar dan berjalan ke lorong rumah
Sebelum masuk ke lorong rumah aku, sempat aku menjengah tengok kalau kalau Jacob sudah bersedia nak belasah aku
Setiap lorong hanya ada 2 unit rumah. Kebetulan aku dan Jacob berjiran. Sebab tulah dia selalu memekak dan kami selalu bertengkar
"Clear" Ujar aku perlahan lalu menghampiri pintu rumah
Password ditekan tekan
Tit tit tit tit-
Clark-
Password pintu rumah aku yang aku masukkan, pintu rumah Jacob pula yang terbuka
Jacob menunjukkan diri sambil memeluk tubuh berwajah masam
Air liur diteguk kelat mengukir senyuman janggal
"H-hehe... Selamat petang, Jacob-nim" Sapa aku dengan panggilan hormat dan tunduk sedikit
"Tiba tiba baru nak hormat orang" Gumam dia perlahan
"Eleh awak tu. Siapa suruh pasang lagu kuat kuat macam esok nak meninggal dah? Tadi tu kita kira seri. Satu sama. Okay?"
"Saya minta maaf" Kata Jacob tiba tiba
Berkerut dahi aku mendengar kata maaf daripada dia
"Sebab saya ganggu ketenteraman awak untuk tidur" Sambung dia dengan ikhlas
Aku pandang dia lalu tersenyum
"Nado... Saya pun nak minta maaf. Saya mengaku saya melampau sikit tadi" Balas aku pula dengan penuh rasa kesal
Jacob mengangguk dengan senyuman
"By the way... Awak... nampak comel pakai pajama sambil marah tadi. Dengan muka tidurnya lagi. So cute" Puji Jacob tiba tiba hingga membuat aku membahang seketika
"A-ah..." Kepala yang tak rasa gatal digaru perlahan
"Gumawo... Awak pun nampak bertambah handsome sejak balik daripada concert. Nampak ceria je. Tak letih ke?"
"Nope. Happy dapat jumpa jiran lawa sebelah ni" Dia tunjuk rumah aku
Aku ketap bibir menahan senyuman sambil masukkan password rumah dengan laju
"Bye... Jiran handsome" Puji aku kemudian gelabah masuk dalam rumah. Tutup pintu cepat cepat
"Bye, sleepy head~"
▲▲▲
VOUS LISEZ
𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ
FanfictionThe Boyz Oneshot Series 2 cuz why not? Ehe <3 ?Cringe Alert? Selamat membaca❤️ Started: January 14, 2022 Ended:
🌷 JCB ¦ Loud Neighbour
Depuis le début