⚬ Bab 7 ⚬

31 11 2
                                    

WAKTU sudah menunjukkan 8:50 minit pagi, dimana Raisya memiliki masa yang berbaki sepuluh minit sahaja sebelum kelas paginya bermula. Namun, dia masih berada di dalam biliknya. Segala tempat dia geledah. Bagaikan perompak gayanya.

Raisya merasakan bahawa solekannya mula cair disebabkan peluh. Bebola matanya yang bulat itu melilau-lilau pada setiap ruang di dalam bilik tersebut.

"Aduh, mana ni?" gumam Raisya, resah. Rasa ingin menangis saja sekarang ini.

Dari lokernya, dia beralih pula ke loker Rynn lalu pintu besi loker tersebut dibuka. Rynn mengecilkan matanya sambil memerhatikan tindak-tanduk Raisya di tepi pintu bilik.

"Aku ni dah naik pening tengok kau tau, Raisya. Kau cari apa? Kau ada hilang anak ke?" dalam membebel, sempat lagi Rynn berseloroh.

Raisya menutup semula pintu loker Rynn setelah objek yang dia cari dari pagi tadi tidak berada di situ.

"Rynn, kau nampak tak?"

"Nampak apa?"

"Kad matrik aku. Aduh, mana aku letak eh?" Raisya menyoal runsing sambil kepalanya yang sudah berbalut dengan tudung bawal itu dia garu.

Rynn melepaskan keluhan panjang. Alahai, ingatkan apa lah tadi. Benda alah tu ke? Raisya ni kalau tak buat orang cemas memang tak sah.

"Ish dia ni. Kalau lecturer atau sesiapa tanya mana kad matrik kau, kau cakap jela yang kau tak bawa. Nanti habis class, kau cari lah balik dalam bilik ni. Kau ingat tak bila kali terakhir kad tu ada dengan kau? Ke ada tercicir kat mana-mana?" kata Rynn panjang lebar.

Raisya menggelengkan kepalanya beberapa kali. "Entah lah. Aku tak ingat pula."

"Hah, kalau macam tu jom! Nanti lambat, tak pasal-pasal aku dengan kau kena jalan itik depan semua orang dalam class tu nanti," Rynn pantas mencapai pergelangan Raisya lalu ditarik gadis itu keluar dari bilik.

Dengar saja jalan itik, terus Raisya akur. Tak mahu lagi ada nasib malang yang menimpanya hari ini. Cukuplah kad matriknya yang entah kemana menghilang. Tak nak dirinya dimalukan dengan berjalan itik di khalayak ramai.

*****

"HUARGHH!"

Seperti biasa, sejurus saja kelas tamat pasti Raisya akan menguap. Kali ini sedikit bertuah kerana dia tidak tertidur dalam kelas. Malam tadi Raisya kaw kaw marathon drama bersiri Korea sehinggakan tidak sedar bahawa waktu berjalan.

"Kau tak menguap tak sah," ujar Rynn sambil dia mengemas barang-barangnya.

Wajah cantik Rynn dikerling sekilas. Raisya menyandarkan tubuhnya pada kerusi.

"Lagi tiga episod, lepas tu aku dah bebas." Raisya tersenyum nipis apabila mengenangkan betapa menariknya drama yang sedang dia tonton ketika ini.

"Suka hati kau lah. Yang mata panda tu pun kau juga nanti," Rynn tergelak kecil.

Seorang demi seorang beransur keluar dari dewan kuliah. Tinggal beberapa orang saja lagi termasuklah Raisya dan Rynn.

Rilek dulu. Benda boleh chill, buat apa nak kelam-kabut kan?

Tiba-tiba, dua orang siswa yang merupakan rakan satu jurusan Raisya dan Rynn yang masuk kembali ke dalam dewan kuliah itu datang menghampiri mereka. Azri dan Wana berdiri tegak di sisi kanan Rynn bersama satu senyuman.

"Yes?" Rynn bersuara.

Menyedari akan kehadiran dua siswa tersebut, Raisya turut tolehkan kepalanya daripada terus fokus pada skrin telefon.

"Ada seorang senior nak jumpa," jawab Wana.

"Jumpa aku ke?" tanya Rynn lagi.

Azri geleng kepala. Jari telunjuknya diangkat lalu ditunding ke arah Raisya. Raisya jongketkan kening. Dia menunjuk ke arah dirinya sendiri.

Azri mengangguk.

"Ya, dia nak jumpa Raisya Putri. Kau kan?" Azri meminta kepastian.

Laju saja kepala Raisya mengangguk sebaik saja namanya meniti di bibir Azri. Raisya pandang pula Wana di sebelah. Gadis itu tersengih-sengih seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Kau dah kenapa? Okay tak?" Soal Rynn. Dia juga perasan akan tingkah Wana.

"Tak ada lah. Kau junior kut. Lepas tu ada senior handsome nak jumpa. Bukan kaleng-kaleng. Mantap lah, Raisya!" Wana mengusik sambil menampar lengan Azri beberapa kali.

Jejaka itu berdecit kesakitan. Pantas dia tepis tangan Wana. Maklumlah, satu kelas dah tahu bahawa Azri dan Wana adalah pasangan merpati sejoli yang overdose gula.

Rynn pandang Raisya, Raisya pandang Rynn.

"Tunggu apa lagi? Pergi lah cepat! Tak baik buat abang kacak tunggu lama-lama," sekali lagi Wana mengambil peluang untuk mengusik Raisya.

Kemudian, Wana menarik lengan Azri keluar dari dewan kuliah setelah mengucapkan selamat tinggal kepada Rynn dan Raisya.

Entah mengapa, jantung Raisya berdetak laju. Senior mana pula yang nak jumpa dengannya? Dia ada buat salah ke? Atau... dia ada berhutang dengan insan tersebut?

Raisya dan Rynn bangun lalu berjalan keluar meninggalkan kawasan tersebut. Tak jauh dari pintu masuk dewan kuliah itu, ada seseorang yang sedang bersandar pada tiang sambil membelakangi mereka berdua.

Raisya fikir, mungkin itulah orangnya. Dia melangkah sehingga dia berhenti di sebelah lelaki tersebut. Dari tepi, raut wajahnya kelihatan tenang. Sinar matanya yang redup, hidungnya yang mancung serta bibir yang merah menandakan bahawa lelaki itu pasti bukan seorang perokok.

"Awak ke yang cari saya?"

Lepas saja Raisya bersuara, lamunan lelaki itu pantas terhenti. Tubuhnya ditegakkan. Kepalanya ditolehkan ke tepi, menghadap wajah Raisya.

Saat sepasang mata lelaki itu merenung masuk ke dalam anak mata Raisya, bagaikan mahu gugur jantungnya. Lelaki itu tayang smirk apabila melihat wajah Raisya yang sudah bertukar pucat lesi.

"Raisya Putri binti Azhari. Do you remember me?"

[ BERSAMBUNG ]

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 01, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Takdir Buat RaisyaWhere stories live. Discover now