⚬ Bab 3 ⚬

51 26 6
                                    

HARI yang aku nanti-nantikan akhirnya tiba juga. Pagi itu, aku duduk di birai katil sambil memasukkan barangan ke dalam bagasi yang terbuka luas di atas katil.

Aku pandang segenap ruang dalam bilik tersebut. Aku bakal meninggalkan bilik kesayanganku ini untuk tempoh masa yang lama. Aku pasti akan merindui katil yang empuk ini.

Kemudian, aku mendengar pintu bilik dibuka. Aku tolehkan kepala. Raihana yang masih tidak mandi lagi itu datang lalu duduk bersebelahan denganku.

"Orang tu lepas ni dah belajar jauh. Agak-agaknya dia nangis tak kat sana sebab rindu mak?" sengaja Raihana mengusik kakak sulungnya itu.

Aku menjeling Raihana dan cebikkan bibir. Terimbas kembali kenangannya sewaktu darjah lima dahulu. Saban hari menangis di kampung kerana rindukan mak.

"Haih.. kenapalah cikgu buat kelas tambahan hari ni ek? Aku baru nak ikut hantar kau pergi Johor," luah Raihana. Dia hempaskan tubuhnya pada katil.

"Pergi jelah kelas tambahan kau tu. Kau kan nak exam. Nanti ketinggalan apa yang cikgu kau ajar," balasku walau dalam hati juga rasa sedih kerana Raihana tidak dapat ikut.

Raihana akan menduduki peperiksaan besar iaitu SPM. Jadi, dia tak boleh terlepas dengan kelas tambahan yang dianjurkan oleh cikgu-cikgu. Aku faham kerana aku juga pernah berada dalam situasi sebegitu.

Jadi dia bersama Amar, adik lelaki aku yang ketiga itu tinggal di rumah. Ammar juga akan menghadapi peperiksaan PT3. Sibuk betul mereka berdua. Hanya Umar saja yang akan ikut menghantarku ke Johor nanti.

"Kau tu kat sana jangan lupa diri. Call lah aku," kata Raihana. Gadis yang berumur tujuh belas tahun itu tertawa kecil.

"Eh, siapa yang lupa diri? Hah kau tu, waktu aku tak ada jangan sesuka hati kau nak lepak dalam bilik aku. Kau bukannya nak kemas pun. Tahu buat sepah je!" Aku menarik perlahan rambut panjang Raihana membuatkan dia menjerit keperitan.

Over je! Bukannya aku tarik sampai tercabut rambut dia.

"Yelah.. Orang tu kan dah ada buah hati dia kat sana. Mana nak ingat adik-adik dia kat sini. Maklumlah, tengah bahagia bersama si dia," tambah Raihana lagi. Semakin galak dia mengusik aku.

Berita tentang Alif belajar di institusi yang sama sudah diketahui oleh ahli keluargaku. Kata mak, nanti dia boleh bertanya-tanyakan pada Alif tentang keadaan aku. Senang hatinya kerana ada yang menjaga anak gadisnya di sana.

Semalam Ummi Farha, ummi kepada Alif juga menelefon aku dan bertanya tentang hal yang sama. Apabila dengar sendiri dari mulut aku, bukan main gembira lagi wanita itu. Katanya rindu dengan 'bakal daughter in-law nya' yang seorang ini.

"I'll miss you, my annoying big sister."

Secara tiba-tiba, Raihana memeluk tubuhku dari belakang. Pergerakan aku terhenti seketika. Pada mulanya aku ingin menolak. Namun aku batalkan niat tersebut sebaliknya membiarkan Raihana memelukku.

Aku menyentuh lembut tangan Raihana.

"Me too, Raihana busuk."

*****

P/s: Aara taktahu macam mana situasi hari pertama apabila berada di universiti. Jadi, Aara hanya tulis berdasarkan imaginasi Aara sendiri. Kalau silap, mohon maaf.

PERJALANAN dari Dengkil untuk sampai ke Segamat, Johor mengambil masa dalam dua jam lebih. Kalau ikutkan, dua jam saja. Tapi disebabkan abah ada singgah di beberapa tempat membuatkan masa perjalanan itu bertambah.

Kini, kami sudah tiba di kawasan institusi tersebut. Jiwaku mula rasa gemuruh, gentar dan resah. Aku bakal menghadapi suasana baru selepas ini. Tanpa Lisa, Ila, Jannah, Alia, Aisyah dan Humaira di sampingku.

Takdir Buat RaisyaWhere stories live. Discover now