⚬ Bab 4 ⚬

41 25 19
                                    

RAISYA masih lagi berbaring di katil. Dia khayal menonton video di Youtube bagi memujuk dirinya daripada terus menangis kerana berjauhan dengan keluarga.

Tiba-tiba, Raisya terdengar pintu biliknya diketuk oleh seseorang. Jantungnya sudah berdebar.

Adakah itu roommate baru aku?

Dia membetulkan tudungnya agar nampak kemas. Seketika kemudian, dia menghampiri lalu memulas tombol pintu.

Sebaik saja daun pintu dikuak luas, seorang gadis terus menyapanya.

"Hai! Kau Raisya ya?" dia menyoal Raisya. Nada suaranya tampak ceria dan mesra.

Raisya laju mengangguk. "Ya saya. Awak...?"

"Oh, aku dapat sama bilik dengan kau."

Raisya automatik membulatkan mulutnya. Gadis yang berambut panjang di hadapannya itu tertawa kecil. Raisya pantas menjemputnya masuk ke dalam.

"Nampaknya, kita jadi roommate. Hello, I'm Erynn. Kau boleh panggil aku Rynn," gadis yang bernama Erynn itu menghulurkan tangan kanannya.

Tanpa mengambil masa yang panjang, akhirnya tangan Raisya dan tangan Erynn bertaut buat seketika.

"Raisya Putri. Rynn boleh panggil Sya or Raisya."

Rynn mengangguk ceria. Dia menarik luggage nya masuk ke dalam.

"Oh God... tak sangka aku dapat roommate lawa macam kau. Eh, kau dari mana?" sempat lagi Rynn memuji Raisya sebaik saja dia menghempaskan punggungnya di atas katil.

Raisya tersenyum malu.

"Aku dari Dengkil. Kau?" jawab Raisya lalu menyoal Rynn semula.

"Dari KL. Fuhh, kejang punggung aku duduk dalam kereta lama-lama. Nasib baik jalan tak jammed. Kalau jammed, pishang aku weh."

Rynn tanpa segan silu membaringkan tubuhnya ke atas katil sambil dia mengomel tentang perjalanan ke Segamat. Kaki dan tangannya digerak-gerakkan ke udara. Raisya hanya tersengih melihat gelagat rakan barunya itu.

Rynn nampak gembira manakala Raisya masih lagi cuba untuk membiasakan dirinya dalam suasana yang masih asing dan baru baginya.

Sedar akan tindak-tanduknya diperhatikan Raisya, Rynn segera menurunkan kaki dan tangannya ke bawah.

"Err, sorry. Lupa pulak nak behave," ucap Rynn dengan satu tawa di hujung ayatnya.

"Nah. Sokay," jawab Raisya. Dia sekadar menyungging senyuman.

Seketika itu, mereka berdua mendiamkan diri. Raisya masih lagi memerhatikan Rynn yang sedang merehatkan segala saraf dan uratnya yang kejang akibat berlama-lama di dalam kereta.

Rynn seorang yang sangat cantik. Memiliki rambut panjang berwarna perang, berkulit putih kuning langsat, hidung mancung dan tubuhnya sedikit kurus daripada Raisya. Gadis itu tidak mengenakan baju kurung, sebaliknya jaket denim bersama T-shirt hitam di dalam dan dipadankan dengan jeans hitam.

"Oh!" Rynn yang sedang baring itu tiba-tiba bangun dan tepat memandang ke arah Raisya membuatkan gadis itu terkejut.

"Aku lupa aku tak solat Asar lagi. Eh, kau nak teman aku tak? Aku rasa aku nampak surau kat bawah tadi. Ya Allah, macam mana lah aku boleh lupa?" Rynn tepuk dahinya perlahan. Dia berdiri lalu membuka luggage nya. Isi dalam beg tersebut mula diselongkarnya.

"Boleh! Jom lah. Tapi aku tunggu dekat luar je tau? Aku tengah dalam fasa bendera merah," kata Raisya apabila melihar Rynn sudah membawa keluar sepasang telekung berwarna putih di tangannya.

Takdir Buat RaisyaWhere stories live. Discover now