👑 BAB 7

2.2K 272 39
                                    

-Andhika Sadewa-

"Jangan lupa namaku." 🥀

Nadia memandang Khadijah yang berwajah suram.

"Dija? Kenapa ni?"

Khadijah yang sedang memegang Iphone 11 di tangan, meletakkan telefon bimbitnya di atas meja. Mereka sedang berada di kafe pada ketika ini, sedang menunggu makanan yang dipesan.

"Kadang aku tak faham la Bat, kenapa ada segelintir pelajar muslim kat sini macam ada perangai Islamophobia ek? Padahal orang Islam juga kot, tapi pertikai kempen 'Jauhi ikhtilat', 'Tutup aurat' anjuran kite orang." Khadijah merupakah salah seorang AJK dalam kesatuan pelajar di UIA.

"Ralat kau tahu tak, ralat aku dengan perangai dan sikap-sikap tentangan diorang terhadap kempen ni." sambung Khadijah.

"Apa ralat-ralat!"

"Kepala hotak kau ralat! Eh kepala hotak kau!" Khadijah termelatah.

Khadijah memuncungkan bibir memandang Amalina yang sedang ketawa diikuti Sabrina yang hanya tersengih.

"Seronok kau ek, tiba-tiba datang sergah." Wajah Khadijah cemberut.

"Ala, Dija, lek arr. Haha." Amalina menampar perlahan bahu Khadijah sebelum duduk di sampingnya. Sabrina duduk di samping Nadia, mereka berdua duduk bertentangan dengan Khadijah dan Amalina.

"Kau ni kenapa Dija? Dari jauh nampak macam rancak berceloteh tadi, macam tengah marahkan seseorang."

"Memang aku tengah marah pun." ujar Khadijah.

"Apa kes? Citerlah." Sabrina memandang Khadijah.

"Korang tahu kan kesatuan pelajar UIA ada buat kempen 'Tutup aurat' dan 'Jauhi ikhtilat'?"

"A'a ya." ujar Sabrina.

"Ha apa jadi?" Amalina bertanya.

"Ni aku tengok, ada yang diorang viral, buat status dekat whatsapp diorang, luah, merungut tentang kempen ni, bergosip dekat telegram students, ada la 2,3 orang yang sokong tindakan rungutan tu, tak ada sapa pun back up kempen ni masa diorang merungut tu, seolah-olah banyak pelajar dalam tu mengiyakan la pula pertikaian pelajar-pelajar tu terhadap kempen kita orang."

"Apa nak jadi la dunia akhir zaman ni. Orang Islam kita pantang ditegur, sedangkan memang tanggungjawab kita untuk cegah kemungkaran." Khadijah menyambung rungutannya.

Amalina dan Sabrina hanya mengangguk. Terkedu dengan luahan Khadijah.

"Kadang-kadang hairan, kan?" Setelah lama menyepi antara mereka berempat, Nadia bersuara.

"Hairan apa?" soal Amalina

"Hairan kenapa kita ni mudah sentap, berkecil hati, rasa tidak selesa dan mulai menjauh dengan orang yang telah menegur kita ke arah kebaikan. Sebagai contoh, orang yang tegur agar kita memakai pakaian yang longgar. Sedangkan ia sememangnya tuntutan syariat. Tapi kenapa kita terasa hati dengan teguran tersebut? Bukankah ia bertujuan untuk kebaikan?"

Sabrina dan Amalina mula memandang antara satu sama lain, kata-kata Nadia begitu terasa di hati kerana mengena di batang hidung mereka sendiri, mereka la tu yang pakai pakaian tak betul-betul menutup aurat, baju yang dipakai seringkali perlu bersusah-susah ditarik ke bawah untuk lindung punggung akibat senteng, tudung pula atas daripada dada dan melekat di tubuh, bentuk telinga pun boleh nampak.

ANDHIKA SADEWA: HIKAYAT CINTA DUA DUNIA 2Where stories live. Discover now