𝐏𝐑𝐎𝐋𝐎𝐆

178 15 4
                                    

"Saya pergi dulu, awak tunggu saya balik tau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Saya pergi dulu, awak tunggu saya balik tau." Tutur Aryan sebelum dia berlalu pergi. Namun Raysha hanya membalas kata-kata Aryan tadi dengan senyuman kelat yang terukir dibibirnya.

Hari demi hari menanti sang buah hati menamatkan pelajaran hinggakan cinta tulus Harraz buat dirinya sanggup ditolak mentah-mentah kerana menanti yang belum pasti menjadi miliknya.

"Kenapa awak tipu saya Aryan!" Kata Raysha. Air mata yang sudah jatuh berjuraian langsung tidak dihiraukan. Hatinya remuk sekarang ini. Tidak tahu mengapa dia yang perlu diuji sedemikian.

"Saya sanggup tunggu awak tapi ini yang balas pada saya? Mana pergi janji awak yang dulu? Awak dah tak cintakan saya ke Aryan?" Sambung Raysha lagi sambil teresak-esak menangis. Tudung yang terletak cantik pada bahagian dadanya basah dek air mata.

"Bukan itu yang saya maksudkan, saya cintakan awak Raysha tapi dia yang goda saya,"

"Cukup Aryan! Cukup! Saya tak nak jumpa awak lagi. Tolong jangan ganggu saya lagi."

Dia berlalu pergi dari tepi pantai itu dan dibiarkan Aryan seorang diri tanpa menghiraukan panggilan Aryan.

Dia berlalu pergi dari tepi pantai itu dan dibiarkan Aryan seorang diri tanpa menghiraukan panggilan Aryan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Abang Harraz nak apa lagi? Raysha sibuk ni. Minggu depan nak SPM."

"Abang nak ajak Raysha keluar makan. Umi cakap Raysha tak makan dari siang tadi," Pelawa lelaki itu. Rambut hitamnya diraup kebelakang supaya tampak lebih kemas.

"Abang kalau nak sibuk tentang Raysha baik abang balik. Raysha tak perlukan abang pun untuk ambil kisah tentang Raysha."

Harraz menguntumkan senyuman pahit dibibir kerana terasa hati dengan kata-kata Raysha yang seolah-olah menghalaunya. Selepas dia tahu Raysha sudah pun memutuskan hubungan bersama kekasihnya, jadi dia membuat keputusan untuk memikat hati si gadis tersebut. Malangnya gadis tersebut sudah pun mati rasa terhadap lelaki.

 Malangnya gadis tersebut sudah pun mati rasa terhadap lelaki

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sha ingat, Sha nak sambung belajar dulu,"

"Baguslah, abi pun tak nak halang kehendak kamu. Abi dah bagi kebenaran untuk kamu tetapkan masa depan kamu, jadi abi harap kamu pilih jalan yang terbaik."

Raysha sekadar mengangguk tanda faham dan setuju dengan kenyataan yang diberikan oleh lelaki yang bergelar bapa itu.

Manakala Puan Mawar setia mendengar perbualan antara seorang anak perempuan dan ayahnya.

Manakala Puan Mawar setia mendengar perbualan antara seorang anak perempuan dan ayahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sementara tunggu tawaran sambung belajar kau nak buat apa Raysha ?" Tanya Haurah.

"Entah lah, aku ingat nak kerja so dapat lah sikit duit poket." Jelas Raysha memberitahu serba sedikit perancangannya.

"Bagus, aku setuju. So nanti kau stay dengan aku kat KL sebab kat sana tawaran kerja berlambak, kau pilih je nak kerja apa semua ada."

"Tapi aku ada sijil SPM je ?"

"Cik Raysha, baru aje aku beritahu pada kau tadi tawaran kerja kat sana nanti banyak." Ditekankan perkataan 'banyak' tersebut supaya Raysha lebih memahaminya.

Disini Haurah memaksudkan bahawa perkerjaan disana tidak kira sijil pelajaran apa yang seseorang itu peroleh, semuanya atas kehendak seseorang jika betul-betul berniat untuk bekerja.

Otak Raysha ligat memikirkan ayat yang baru disampaikan oleh kawannya tadi. Masih lagi mencari profesion yang sesuai bagi seorang gadis yang hanya baru mempunyai sijil SPM sahaja.

"Ayah, ibu Rayyan ni masih muda lah untuk kahwin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ayah, ibu Rayyan ni masih muda lah untuk kahwin. Bukannya berdosa pun kalau Rayyan handle company ayah tu dalam keadaan Rayyan masih bujang!" Bentak Rayyan. Dia marah dek ayahnya mendesak untuk berkahwin dalam masa yang terdekat ini, namun dia masih belum menemui gadis yang mampu menjadi dambaan hatinya.

"Ayah tahu tentang tu Rayyan, tapi ayah nak tengok kamu kahwin sebelum ayah dan ibu kamu tutup mata," Balas Tuan Nazim. Dibelakang ayatnya berbaur sedikit kecewa jika dia tidak dapat melihat anak bongsunya melafaz akad nikah.

"Apa maksud ayah sebelum tutup mata? Ayah dah tak sabar nak menempuh kematian?" Soal Rayyan tanpa rasa bersalah. Dia sedar dirinya sedikit melampau tika itu, tapi dia tidak boleh berdiam diri.

Ini melibatkan masa depannya. Jika dia masih mahu berdiam diri maka padahnya dia akan tanggung bila dia sudah bergelar seorang suami suatu hari nanti.

"Rayyan, tolong hormat ayah. Ibu tak suka kamu tinggi kan suara kamu pada orang yang lebih tua dari kam," Sampuk Puan Musalmah perlahan.

"Rayyan minta maaf ibu, tapi Rayyan cuma minta ibu dan ayah hormat keputusan Rayyan sebagai seorang anak. Rayyan berhak menentukan masa depan Rayyan sendiri. Lagipun selamani Rayyan boleh je ikut semua perintah ibu dan ayah, tapi kenapa susah sangat untuk ibu dan ayah turut kehendak Rayyan?" Luah Rayyan. Riak wajahnya jelas terpancar bahawa dia sedang menahan perit yang dipendam selama ini.

Letih menahan lelah yang tidak membawa hasil padanya. Terlalu pahit untuk ditelan.

Tanpa meminta izin, dia berlalu pergi dari situ meninggalkan Tuan Nazim dan Puan Musalmah diruang tamu itu. Mereka berdua sudah membatukan diri disitu mendengar luahan hati anak bongsunya. Mereka tahu, apa yang mereka cuba untuk lakukan itu langsung tak dipersetujui oleh anaknya. Namun mereka hanya mahukan yang terbaik buat seorang Tuan Rayyan Iskandar.

 Namun mereka hanya mahukan yang terbaik buat seorang Tuan Rayyan Iskandar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Pujaan Hati Mr. CeoWhere stories live. Discover now