𝐈𝐒𝐊𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 | 𝐈𝐑𝐃𝐈𝐍𝐀 -13-

71 10 1
                                    

"Assalamualaikum

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Assalamualaikum." Laung Syawal dari luar rumah.

Tersentak Rayyan dan Raysha yang berada didalam rumah.

"Waalaikumusalam." Jawab Raysha.

"Erm tunggu jap eh Tuan," Pinta Raysha kerana ingin melihat gerangan siapa yang memberi salam.

Laju Raysha berjalan untuk melihat siapa gerangan yang berada di luar rumahnya.

Sudah tercongok Encik Amran dan Syawal di luar rumah. Kereta yang terpakir di halaman rumah dikerling seketika oleh Encik Amran.

"Kereta siapa tu Sha? Nak kata kereta Haurah bukan, dah tu kereta siapa?" Encik Amran menyoal anak gadisnya. Hairan juga lah dia, tak kan baru kerja dah boleh beli kereta besar?

"Tu kereta boss Sha. Ayah masuk lah dulu, nanti Sha kenalkan boss sha pada ayah." Raysha menjawab dengan lemah lembut.

Syawal yang berada di samping Encik Amran memimpin tangan lelaki tua itu masuk kedalam rumah.

Haurah dan Puan Mawar berjalan dari dapur menghampiri mereka semua bersama dengan sepinggan kuih bingka ubi dan air kopi.

"Eh Abang Syawal dengan Abi dah balik lah umi." Ujar Haurah kepada Puan Mawar.

Puan Mawar hanya mengangguk mendengar kata-kata haurah tadi lalu tersenyum manis. Haihlah macam mana Emcik Amran tidak jatuh cinta kalau senyum nya manis bak delima? Diwarisi pula oleh Raysha. Bagai bulan dipagar bintang.

Lalu Puan Mawar mengalihkan pandangannya kearah Rayyan. Dahinya berkerut serta merta. Tidak pula dia berjumpa dengan lelaki itu sebelum ni. Maklum sahajalah yanh Raysha memang belum beritahu tentang majikannya kepada ahli keluarganya.

"Siapa pula lelaki ni Haurah?" Soal Puan Mawar perlahan.

"Ouh ni majikan Raysha lah umi, nanti dia kenalkan lah tu dekat umi, abi dan abang Syawal." Terang Haurah.

Haurah meletakkan beberapa cawan yang berisi air kopi di atas meja bersama kuih bingka ubi yang dibuat oleh Puan Mawar.

Rayyan menghulurkan tangan untuk bersalaman setelah Encik Amran dan Syawal menapak kedalam rumahnya.

"Assalamualaikum pak cik." Tutur Rayyan lembut.

Encik Amran membalas huluran tersebut dan menjawab salam Rayyan, begitu juga dengan Syawal.

Setelah itu segera Syawal memimpin abi nya dan menuju ke sofa. Rayyan sekadar mengekori dibelakang Syawal.

"Jemput minum abi, abang dan Tuan Rayyan." Ujar Raysha setelah melihat Haurah sudah selesai menuang kopi didalam cawan.

Tiba-tiba sahaja Syawal tersedak mendengar panggilan Tuan yang dituturkan oleh adiknya. Mana tak nya, yang Raysha panggil tadi tu Tuan kot kalau encik tu okay lah lagi.

Tuan bukan sembarangan Tuan. Tuan keturunan. Tapi Raysha sendiri tidak tahu perkara tersirat bagaimana majikannya boleh mendapat gelaran Tuan awal namanya.

Pujaan Hati Mr. CeoWhere stories live. Discover now