𝐈𝐒𝐊𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 | 𝐈𝐑𝐃𝐈𝐍𝐀 -22-

65 9 1
                                    

"Kau berambus sekarang ! Aku tak nak tengok muka kau lagi !" Arah Rayyan kuat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau berambus sekarang ! Aku tak nak tengok muka kau lagi !" Arah Rayyan kuat.

Puan Musalmah yang berada di sisi Raysha mengusap lembut belakang badan gadis yang menggigil ketakutan melihat Rayyan berubah menjadi dingin sedingin dinginnya seperti yang pernah Kak Nora pernah katakan dulu.

Tiba-tiba badan Raysha terasa lemah dan longlai. Tidak lama kemudian dia rebah kelantai.

"Ya Allah Raysha !" Jerit Puan Musalmah. Sungguh wanita itu terkejut melihat Raysha secara tiba-tiba tumbang disebelahnya.

Rayyan yang tadinya rasa marah serta merta berubah cemas. "Macam mana Raysha boleh pengsan ni, ibu?" Soal Rayyan seraya mencempung tubuh Raysha dan membawa naik kebilik tetamu.

Tidak sanggup Rayyan melihat gadis itu terlantar diatas lantai. Perasaan marah ditepisnya sekuat hati. Raysha lebih penting saat itu.

Pintu bilik tetamu dikuak oleh pembantu rumah. Tilam empuk itu menjadi tempat untuk Rayyan meletakkan tubuh longlai Raysha. Selimut ditarik hingga menyelubungi tubuh Raysha.

Otaknya ligat memikirkan sesuatu, apa yang perlu dia buat sekarang. Ini semua berpunca dari Aryan.

"Kak Nadine, boleh tolong jagakan Raysha? Rayyan nak keluar sekejap." Nadine sekadar mengangguk. Sedikit sebanyak pertolongannya mungkin dapat meringankan beban adik iparnya.

"Ray jom teman aku,"

"Pergi mana weh?" Raykarl menyoal Rayyan. Tanpa menjawab soalan abangnya, Rayyan menuruni anak tangga dengan pantas. Sesekali Raykarl menoleh kearah Tuan Nazim. "pergi jelah ikut dia, ayah percaya pada apa yang dia cuba lakukan, ayah nampak kesungguhan dia tu, yang penting jangan bagi dia buat perkara tak elok, itu aje." sempat Tuan Nazim menyelitkan pesanan sambil menepuk bahu anak sulungnya.

Lalu Raykarl mula mengekori jejak adiknya. Rayyan pula sudah berada didalam kereta.

"Kau nak buat apa sekarang ni weh ?"

"Nikah." Sepatah Rayyan memabalas. Kereta yang dipandunya laju menuju ke satu destinasi. Gelojoh betul mamat ni.

"Sabar lah Rayyan. Kau dah jumpa mak bapak Raysha? dah minta izin dia orang? Dia orang dah restu hubungan kau dengan anak dia?" Soal Raykarl bertalu-talu. Risau akan adiknya yang kelihatan serabut itu.

"Sebab mak bapak dia dah bagi greenlight lah aku nak cepatkan pernikahan aku dengan Raysha." Setereng kereta dicengkam kuat. Rasa geramnya kian menebal mengingat apa yang baru sahaja berlaku semasa dirumah tadi.

"Apa-apa pun, aku sebagai abang sentiasa ada dibelakang kau. Aku akan sentiasa bagi sokongan untuk kau. Tapi sekali kau buat hal, kau kotorkan nama ayah dan ibu, kau cemarkan maruah keluarga...." Raykarl memberhentikan kata-katanya.

Rayyan sekadar menanti abangnya untuk menyambung ayatnya tanpa membalas.

"Aku sendiri yang akan sokong Aryan." Sambung Raykarl tanpa was-was. Tanpa dia sedar dia telah mengguris hati adiknya.

"Lantak kau lah Ray." Rayyan mendengus geram. Kepalanya sedang kusut memikirkan bermacam masalah yang perlu dihadapinya.

"Eh tapi kau dah cukup kenal ke dengan budak tu?"

"Tu tak penting lah Ray. Sebelum Aryan yang dapat dia, baik aku book dia dulu,"

"Macam mana kalau ada benda yang dia sorokkan dari kau sebelum korang kahwin?" Soal Raykarl. Rayyan mula berasa curiga. Sengaja Raykarl mahu mengusik adiknya walaupun dia sudah tahu Raysha adalah perempuan yang sangat baik hingga membuatkan adiknya gila bayang!

"Aku bukan negative thinking macam kau lah Ray." Serius betul bunyinya. Rayyan menjeling abangnya, terlihat Raykarl sedang menahan senyum. Ada sahaja idea Raykarl mahu menyakat adiknya.

Akhirnya, mereka berdua tiba diperkarangan rumah yang didiami oleh Raysha, dia melihat kereta Haurah yang terparkir di dalam pagar menandakan Haurah berada di rumah pada masa itu.

"Jom teman aku," Raykarl pula tertanya-tanya. Rumah siapa pulak lah si Rayyan ni heret aku.

Loceng rumah itu ditekannya beberapa kali.

Ting tong ! Ting tong !

"Raysha tak bawak kunci ke?" Haurah menyoal dirinya sendiri.

Lalu dia menyelak sedikit langsir untuk melihat gerangan yang berada di depan rumahnya itu.

"Tuan Rayyan? Dia buat apa kat sini?" Sungguh Haurah pelik tika itu, pada waktu malam dan atas urusan apa dia kemari?

Rambut panjangnya diikat rapi sebelum keluar. Selipar Puma hitam disarungkan dikaki sebelum dia berjalan kearah Rayyan dan Raykarl.

"Raysha belum balik lagi lah Tuan, mungkin dia pergi market dulu kot sebelum balik rumah." Tutur Haurah dengan andaiannya yang salah itu.

"Tak saya bukan nak cari Raysha, saya nak cari awak."

"Saya?" Dahi Haurah berkerut. Bingung dengan kata-kata Rayyan tadi.

"Sekarang ni Raysha ada kat rumah saya dan saya nak awak ke rumah saya untuk memudahkan lagi kerja saya." Pinta Rayyan. Sesekali Raykarl yang berada disebelahnya dikerling seketika.

"Ada apa-apa yang saya tak tau ke Tuan? Dan kenapa Raysha tak ikut sekali?" Raykarl dan Rayyan dipandang silih berganti oleh Haurah.

"Bila awak sampai rumah saya nanti awak tahulah."

Makin tidak sedap hati Haurah saat itu.

"Okay lah kalau macam tu, Tuan tunggu kejap."

Lalu dia masuk kedalam rumahnya. Kaki panjangnya laju mendaki tangga dan masuk kedalam biliknya. Long cardigan yang tergantung dibelakang pintu dicapai. Tas tangan diatas meja solek disambar, suis lampu ditutup sebelum dia mengatup pintu biliknya.

Sampai ditingkat bawah, sandal coklat didalam rak kasut dicapai seraya tangannya mencapai kunci rumah yang tergantung didalam rumah kunci. Lampu ruang tamu dibiarkan hidup supaya tidak terlalu gelap apabila dia balik nanti. Pintu dikatup sebelum keluar.

"Okay, dah jom saya dah siap." Sempat dia memainkan rambut style pony tailnya supaya kelihatan lebih kemas.

Mereka bertiga masuk kedalam perut kereta milik Rayyan. Kereta yang dipandu Rayyan laju meluncur diatas jalan dan menuju balik kerumah Tuan Nazim.

Setelah 25 minit akhirnya mereka tiba di rumah agam mewah milik Tuan Nazim.

"Jom Haurah." Pelawa Rayyan. Tiba-tiba Raykarl yang ternampak riak wajah Haurah yang berubah muram itu. " Awak okay tak ?" Soal Raykarl prihatin.

Rayyan yang sudah berada dimuka pintu itu tertoleh kebelakang apabila terdengar soalan Raykarl tadi.

"Sa..saya okay." Lambat-lambat Haurah menjawab.

Pujaan Hati Mr. CeoWhere stories live. Discover now