𝐈𝐒𝐊𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 | 𝐈𝐑𝐃𝐈𝐍𝐀 -04-

85 16 0
                                    

Haurah yang sudah siap terlebih dahulu menunggu kawannya didalam kereta

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Haurah yang sudah siap terlebih dahulu menunggu kawannya didalam kereta. Buat kali ke 5 bahagian tengah stereng kereta itu ditekan hingga mengeluarkan bunyi yang kuat hingga menyentakkan Raysha yang berada di tingkat atas rumah itu.

Beg tangan bewarna hitam dicapai laju oleh Raysha dan dimasukkan segala barang keperluan yang diperlukan semasa kerja nanti.

Laju kaki mengatur langkah menuruni anak tangga ke tingkat bawah, kasut tali bewarna putih yang terletak cantik didalam rak kasut itu dicapai kasar olehnya. Nak cepat punya pasal.

Baru sahaja Haurah ingin keluar dari perut kereta, kelibat Raysha sudah kelihatan. Seperti kura-kura kepala Raysha mencari susuk Haurah didalam kereta. Nasib tak keluar kereta lagi! Kalau tak, mahu dia pekik sebelah telinga Raysha pagi-pagi ni.

'nasib kau selamat kalini Raysha, kalau tak memang bernanah telinga kau, aku kerjakan!' gumam hati Haurah. 'Pagi-pagi dah buat orang marah. Cubalah gembirakan sikit hati aku ni,' sambungnya lagi dalam hati

"Sabar lah kau ni, sikit-sikit nak marah."

"Sabar kau kata! Kau tak tengok jam ke dah pukul berapa sekarang! Kau tu first day tau kerja, so kau kene tunjuk perangai yang baik dekat Tuan Rayyan. Bukannya datang lewat." Dengan nada yang tegas Haurah berkata hingga terhinjut-hinjut bahu Raysha. Naik seoktaf suaranya. Boleh bergegar kereta kalau dalam cerita kartun.

Hahaha.

Kalau Haurah ni dah berusia, tua bangka. Kena serangan jantung gamaknya.

Setelah beberapa minit dalam perjalan kereta yang dipandu Haurah berhenti kerana lampu isyarat bewarna merah. Sementara itu sempat Haurah bertanya kepada Raysha yang tak jemu memandang ke arah luar tingkap.

"Raysha kau dah call umi dan abi kau kat kampung belum?"

"Untuk apa? " Soalan dibalas soalan. Berkerut dahi Raysha.

"Beritahu lah kat dia orang yang kau dah dapat kerja kat KL ni."

"Ouh belum lagi, nanti time lucnh aku call lah dia orang, kau jangan risau lah,"

"Aku tak risau pun, aku just ingatkan, takut kau lupa." Balas Haurah sambil menekan pedal minyak setelah lampu merah bertukar kepada hijau dan setelah itu mereka selasa diam ketika pemanduan hingga ke destinasi.

Sampai di hadapan bangunan 7 tingkat dimana bekas tempat Haurah bekerja dan kini tempat Raysha bekerja.

"Hati-hati tau Rasyha, nanti balik aku jemput kau, bye." ujar Haurah sambil melambai tangannya setelah Raysha keluar dari perut keretanya.

Kata-kata Haurah tadi dibalas dengan senyuman manis serta beberapa kali anggukan kepala oleh Raysha.

Sempat dia melambai tangan kepada Haurah sebelum kereta Honda Civic milik Haurah laju memecut keluar dari kawasan itu.

Pujaan Hati Mr. CeoDonde viven las historias. Descúbrelo ahora