𝐈𝐒𝐊𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 | 𝐈𝐑𝐃𝐈𝐍𝐀 -07-

71 12 1
                                    

"Dah 3 bulan Raysha tak balik kan bang ?" Soal Puan Mawar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Dah 3 bulan Raysha tak balik kan bang ?" Soal Puan Mawar.

"Mungkin dia banyak kerja agaknya. " andaian Encik Amran.

"Kita ke bandar jenguk budak tu sekejap nak tak, bang ? " Soal wanita tua itu. Kerisauan yang menyelubungi hatinya mungkin akan membuatkan dia tidak tidur malam.

"Umi nak jumpa Raysha ke? Harraz boleh tolong hantarkan umi dengan abi," sergah Harraz sambil mempelawa. Entah dari mana si Harraz itu muncul pun warga emas itu tidak tahu.

"Ish kamu ni Harraz, terkejut abi." kata Encik Amran sambil mengusap dada nya dek terkejut dengan jerkahan budak bertuah sorang itu.

"Awak ni pun satu lah Mawar, buat apa nak kebandar sana, telefon tu kan ada call ajelah. Budak tu banyak kerja agaknya tak usah kita kesana kacau dia," Lemah Encik Amran berkata. Dia cuba untuk memahami situasi anak perempuannya akan tetapi naluri seorang ibu itu asyik risaukan anak perempuannya. Ibu mana tak risaukan anak, ibu mana tak sayangkan anak?

Puan Mawar sudah terdiam. Harraz pula menggaru kepala yang tidak gatal.

"Tak apa lah kalau macam tu, Harraz pelawa je, kalau umi dengan abi tak nak pergi tak ape. Tapi kalau umi san abi nak pergi Harraz boleh tolong hantarkan." Macam bunyi tengah kecewa pun ada.

"Lagi satu Harraz nak bagi tau sesuatu ni." Lembut sahaja suara Harraz bercakap dengan warga emas yang berada didepannya itu. Mahu meminta izinlah katakan.

Minta izin?

"Hah apa dia, Harraz. Jangan digantung ayat kamu tu." Soal Encik Amran. Pelik pula dia dengan si budak Harraz ni . 'Apa yang sudah sampuk budak ni?' kata hati kecil Encik Amran. Tidak pernah pula dia meminta izin untuk mengatakan sesuatu.

"Harraz nak usahakan tanah abi yang terbiar tu, Harraz ingat Harraz nak buat rumah sewa kat situ, jadi hasilnya kita boleh guna nanti." Harraz menghuraikan ideanya.

"Bagus juga idea kamu tu Harraz, abi setuju daripada tanah tu terbiar baik kita guna betul tak mawar? " Soal Encik Amran kepada isterinya. Ada baiknya juga jika di usahakan dari terbiar menjadi habitat ular membiak.

"Betul, umi pun setuju," putus Puan Mawar. Tidak perlu dia menimbangkan idea yang sudah tentu bernas baginya.

"Ada lagi satu yang Harraz nak bagitau kat umi dan abi ni." Sambung Harraz lagi. Banyak pula soalan si Harraz ni.

"Ape lagi Harraz? "

"Harraz nak ke bandar esok untuk ke pejabat tanah, jadi Harraz ingat nak minta izin pada umi dan abi untuk jenguk Raysha di bandar, harap umi dan abi izinkan lah." pinta Harraz. Tengkuknya digosok berkali-kali. Biasalah orang tengah resah gelisah kan.

"Pergilah, tapi jangan apa apakan anak abi tu kalau tak, siap kamu!" Ujar Encik Amran, tegas. Amaran sudah di keluarkan tanda perlu berwaspada.

"Esok sebelum Harraz ke sana singgah sini kejap, umi ingat nak masakkan ayam rendang untuk Raysha nanti kamu sampai sana tolong sampaikan ya."

Pujaan Hati Mr. CeoWhere stories live. Discover now