𝐈𝐒𝐊𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 | 𝐈𝐑𝐃𝐈𝐍𝐀 -10-

78 9 0
                                    

"Apedia umi! Umi jangan bergurau dengan Sha, nanti Raysha merajuk dengan umi baru tau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Apedia umi! Umi jangan bergurau dengan Sha, nanti Raysha merajuk dengan umi baru tau." Ujar Raysha terkejut.

Bukan setakat terkejut je ni. Jantung pun boleh lancar mogok nak keluar dari badan kalau macam gini gayanya.

"Buat apa umi nak bergurau dengan kamu. Lusa Mak Nah mak nya si Harraz tu akan datang masuk meminang kamu, kamu balik jangan tak balik pulak. Ajak si Haurah tu sekali."

"Awalnya umi!" Berdesing telinga uminya mendengar suara anaknya dihujung talian.

"Nak buat macam mana dah keluarga belah sana yang tetapkan hari. Takkan umi nak bantah pula." Terang Puan Mawar kepada anaknya.

Dapat dirasakan oleh seorang firasat ibu mengatakan yang anaknya mahu menolak pinangan tersebut namun Puan Mawar hanya menafikan.

"Okaylah kalau macam tu, esok Sha balik dengan Haurah." Balas Raysha lemah. Terpaksa lah cuti kerja lagi.

Lagipun bukan dia sengaja mahu ambil cuti. Perkara semustahak itu tak kan masih mahu masuk pejabat juga?

"Okaylah kalau macam tu umi letak dulu, umi nak masak ni."

"Okay umi assalamualaikum, sayang umi mwuahhh." Ucap Raysha seraya meletakkan gagang telefon dengan segera.

"Asal wei gelabah semacam aku tengok kau, sape call tadi?" Soal Haurah serta melabuhkan punggung disebelah Raysha.

"Umi." Senada Raysha membalas. Lemah gemalai macam tak makan sebulan.

"Ouh, ada apa umi call? dia tak sihat ke?" Haurah membuat andaian sendiri. Raysha pula serba salah mahu memberitahu perkara sebenar. Apakan daya, orang buta pun boleh tahu Haurah suka abang Harraz.

Sungguh dia tidak sanggup mahu memberitahu hal sebenar. 'you can do it, Raysha.' desis hati kecil Raysha.

"Sihat je, yang tak sihat tu Abang Harraz!" Jerkah Raysha hingga tersedak Haurah yang tengah makan kerepek ubi itu.

Dua-dua pantang dengan nama Harraz. Yang sorang tu menggeletis macam cacing kepanasan. Yang sorang lagi meluat bukan main.

"Kenapa dengan abang Harraz? Dia masuk minang kau ke?" Teka Haurah seperti tahu apa yang Raysha bualkan dengan uminya dalam talian tadi.

"Macam mana kau boleh tahu? Ke abang Harraz dah bagitau kau dulu pasal ni?" Soal Raysha sambil membeliakkan biji matanya dan menunding jari kearah Haurah.

"Eh mana ada !" Balas Haurah sambil menggeleng kepalanya. Membela diri dan juga abang Harraz kesayangannya itu. Tapi memang betul Harraz tiada beritahu apa-apa pada Haurah tentang pinangan tersebut.

"Aku teka je, tapi tak sangka pulak betul tekaan aku ni." jawab Huarah perlahan.

Haurah yang tadi riang gembira kini mula sendu kerana buah hatinya suka pada kawan baiknya sendiri. Siap masuk minang lagi! Siapa je tak sedih?

Pujaan Hati Mr. CeoWhere stories live. Discover now