01 / Budak Baru

74 19 10
                                        

'ini aku, peneman setia Bulan'

Amigdala - Lara Bercerita

Amigdala - Lara Bercerita

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Kringggg...Kringgggg', bunyi loceng menandakan sudah pukul 4:00 pagi. Lantas, Mentari bangun dalam keadaan separa sedar dan memakai sweater yang disangkutkan di kepala katil sebelum berlalu pergi meninggalkan kamar. Sudah menjadi rutin pelajar yang menghuni Aspuri untuk bangun di awal pagi.

Barang kali mereka mahu mandi awal supaya tidak perlu berebut dan bermasam muka dengan akak-akak senior yang selalu memotong giliran. Ataupun mereka mahu membasuh baju supaya mereka tidak perlu bersesak-sesak dalam himpunan manusia yang berhimpit-himpit membasuh baju di bilik basuh.

Tetapi tidak untuk Mentari, tujuannya bangun di awal pagi adalah untuk naik ke atas bumbung bangunan 4 tingkat itu. Dia memilih untuk naik ke atas setiap pukul 12:00 pagi dan 4:00 pagi. Kebiasaannya, pada waktu begini warden masih nyenyak dibuai mimpi. Maklumlah, mereka juga menghadapi hari yang memenatkan sama seperti pelajar asrama ini.

Selepas menaiki beberapa anak tangga, Mentari tiba di kawasan larangan itu. Dengar cerita, kawasan itu menjadi tempat terlarang untuk semua pelajar kerana ada ura-ura mengatakan ada seorang pelajar perempuan mati bunuh diri akibat berpisah dengan kekasihnya yang curang. Sungguh dramatik cinta monyet, sampai membawa maut.

"Kau sudah pergi ya. Ini aku, peneman Bulan" keluh Mentari dengan nada perlahan. "Aku nak tengok purnama kau, kita jumpa malam ni sajalah.". Mentari tidak pulang. Sebaliknya dia ambil kerusi hampir reput yang disimpan di atas bumbung itu dan duduk menghadap kertas langit yang dihiasi askar bintang.

Indah, Tenang, Sepi.

Itulah situasi yang sangat didambakan oleh peneman Bulan, Mentari.

***

Jam 5:00 pagi, gadis itu sudah siap membersihkan diri dan dan mengemas apa yang patut sebelum berlalu meninggalkan perkarangan asrama. Dia lebih suka pergi ke kelas lebih awal untuk menikmati suasana fajar yang masih menyembunyikan Matahari.

Sebelum meninggalkan kamarnya, dia sempat menyaksikan telatah dormmates yang bangun lambat. Lebih spesifik, 5 minit sebelum asrama dikosongkan. "Woi tunggulah aku Fasya!" jerit Dina yang tergesa-gesa mengambil tuala dan pergi ke bilik mandi. Dina. Fasya, Ros dan Mentari. Mereka menghuni kamar 3 aras 2. Aras 1 dihuni oleh pelajar akhir iaitu tingkatan 5, manakala aras 3 dan 4 dihuni oleh tingkatan 1 hingga 3.

"Mentari tunggu aku, harini aku ikut kau boleh tak?" Ros melemparkan soalan kepada Mentari yang sudah pun berada di koridor. "Eh tiba-tiba je, selalu kau kan malas nak pergi kelas awal-awal macam ni". "Ala saja je, aku nak teman kau" senyum Ros sambil memperbetulkan tudungnya yang senget. Fasya dan Dina, seperti biasa mereka baru sahaja selesai mandi.

"Ha jom la aku nak cepat, kalau lambat tinggal" jawab Mentari. Ros yang mendengar ayat itu segera mengunci loker dan bergerak keluar dari kamar. Mereka berdua berlalu meninggalkan asrama meninggalkan Fasya dan Dina yang masih kelam kabut dengan diri sendiri.

Jam 7:00 pagi –

Beberapa pelajar kelas 4 Albert melangkah kaki masuk dan memenuhi ruangan belajar itu. "Kau la ni aku dah suruh kau kejut aku kan, dasar kawan tak guna!" Dina menamparkan ayat itu kepada rakan meja sebelahnya, Fasya. Mereka memang tidak dapat dipisahkan. Bak kata pepatah, air dicincang tidak akan putus.

"Hello girl, kau yang on call dengan pakwe monyet kau sampai pukul 3:00 pagi tu siap sleepcall lagi lepastu nak salahkan aku" Fasya menjeling tajam wajah Dina yang seakan tidak bersalah. "Hey, kau jangan panggil dia monyet tau, nama dia Intan Payung Busyuk Ok!" Dina masih mempertahankan hak teman lelakinya yang dia kenal menerusi aplikasi cari jodoh.

"Mentari, kau dengar tak apa nama pakwe dia???!!" sindir Fasya sambil bertanyakan pendapat Mentari. Gadis ayu itu cuma mampu tertawa kecil sebelum membuka buku teks Sejarah, subjek pertama pada hari ini.

"Ha, yang dekat belakang tu, saya dah masuk pun takkan nak bising lagi?" Cikgu Maria mula bersuara sambil bertentang mata dengan dua figura yang sejak tadi berdebat pasal cinta till Jannah mereka. "Harini kita nak belajar topik baharu, tapi sebelum itu, saya ingin memperkenalkan pelajar baharu yang akan bersekolah disini mulai hari ini". "Arsyad, boleh masuk" panggil guru itu dengan nada yang berkarisma.

Baru sahaja melangkah satu kaki di dalam kelas, suara teriakan Dina seperti terkena hysteria mengejutkan figura lelaki itu. "PERGH HENSEMNYA!". Ayat itu membuatkan Arsyad tersenyum malu. "Assalamualaikum, saya Arsyad, 16 Tahun, dari Selangor". "Awak, rumah awak dekat tak? awak single ke?" kata-kata itu dilemparkan oleh Dina secara terus tanpa ditapis. Tidak tahu malu katakan. "Weh, bukan kau ada IPB (Intan Payung Busyuk) ke?" soal Fasya ternganga dengan sikap Dina yang selamba.

Tidak sempat Dina ingin mengecohkan suasana, Cikgu Maria menyampuk. "Ha sudah tu Dina. Nanti kalau saya biarkan awak bercakap makin bising kelas ni. Arsyad, awak boleh pilih mana-mana tempat yang awak nak" lelaki itu pun segera memilih tempat di tepi tingkap, di hadapan tempat duduk Mentari. Dina yang duduk di belakang Mentari semakin tidak keruan. Tidak seperti gadis yang dari tadi hanya membungkam, terlihat tenang sahaja.

Tapi dalam tenangnya si dia, ada yang membuat perutnya berama-rama.

to be continued

___

Hi! please support me so I have the passion to keep writing hshs~

ig : @sayaplemah

I will update every week so stay tuned!


Mimpi ;Where stories live. Discover now