EPILOG

1.7K 68 23
                                    

“IBU..”

Destinasi pertamanya sebaik sahaja sampai di tanah air. Batu nisan itu diusap perlahan. Melihat rumput-rumput yang mula tumbuh tinggi di sekitar pusara itu, sedarlah dia yang sudah lama dia tidak ke sini.

“Dah lama Atiq tak datang, kan? Atiq rindu ibu..” Kata dia perlahan. Air mata membasahi wajah putihnya. Bergetar perlahan tangannya memegang senaskhah yasin itu. Apabila terasa bahunya dipaut dari tepi, Atiqah angkat muka.

“Sayang, don't cry.” Pujuk Thaqief perlahan. Tangannya mengusap lembut tangan Atiqah di genggamannya.

Atiqah tersenyum nipis.

“Ibu, Atiq datang dengan suami Atiq.” Thaqief dipandang sekilas. Lelaki itu cuma tersenyum manis.

“Assalamualaikum, ibu.”

“Ni anak lelaki Atiq. Nama dia Luth Muhammad.” Pipi Muhammad yang dipangku Thaqief dicubit manja. Tersengih anak kecil itu. Tangannya dibuka meminta Atiqah mendukungnya.

Eh, baby boy. No, mama-”

“Abang, tak apa. Biar saya pegang dia.” Kata Atiqah.

Thaqief akur sahaja. Setiap tingkah laku Atiqah diperhatikan. Jari kecil Muhammad dibawa menyentuh permukaan kasar batu nisan itu.

“Assalamualaikum, nenek. Nama saya Muhammad, tahun ni Muhammad dah setahun.” Terkebil-kebil matanya memandang si mama. Bibirnya menggumam tidak jelas. Wajah Atiqah di bahunya disentuh dengan jari tembamnya.

Thaqief lap air liur yang tersembur keluar tadi dengan tuala kecil. Dia ukir senyuman kecil.

“Muhammad istimewa, ibu. Anak syurga kami,” ubun-ubun Muhammad dikucup lembut. Senyuman tawar diukir. Thaqief lap air mata Atiqah dengan hujung jari.

Yeay, ibu dah jadi nenek! Maaf sebab baru hari ni Atiq dapat bawa keluarga kecil Atiq jumpa ibu. Ibu jangan sedih, Atiq sayang ibu sangat..” Bibir yang bergetar halus itu dikemam sekuat mungkin.

Dia dah janji dengan Thaqief, tak boleh nangis lebih-lebih.

Sorry,” dalam diam, Thaqief simpan rasa bersalah. Dia yang salah. Jauhkan Atiqah daripada keluarganya sendiri. Atiqah geleng perlahan.

“Abang tak ada salah pun, saya faham.” Lengan Thaqief disentuh lembut. Tak mahu suaminya salah faham.

“Ibu, kami balik dulu ya? Nanti, Atiq datang lagi. Inshaa Allah,” Pamit Atiqah. Sedang dia sibuk mengemas, satu suara menegur dan membuatkan dia sendiri terpaku.

“Atiq,” Apabila suara itu memanggil, terus Muhammad diserahkan kepada Thaqief.

Kenal dengan suara itu.

“W-walid!” Tanpa sempat lelaki tua itu membuat apa-apa, tubuhnya sudah dipeluk kuat. Tak sangka dan tak percaya. Ada hikmah rupanya Allah gerakkan hati dia ke sini hari ini.

“Ya Allah, Atiq pergi mana selama ni, sayang?” Atiqah tidak menjawab, sebaliknya terus menangis dan menangis.

Mata Tan Sri Sulaiman jatuh kepada Thaqief yang berdiri tidak jauh daripadanya. Bukan Thaqief yang menarik perhatiannya, cuma anak kecil di dukungan lelaki itu.

BIDADARI ; MRS THAQIEF ✓Where stories live. Discover now