02

1.7K 136 38
                                    

MATANYA tak lepas memandang fail pelajar di hadapannya. Wajah polos gadis itu direnung lama, jantungnya laju berdegup. Tanpa sebab.

Atiqah Soleha.

Gadis yang membuatkannya tidak boleh tidur malam semalam.

"Yow, buat apa?!" Johan datang menyapa.

Pantas fail itu ditutup dan disorokkan di sebalik longgokan buku. Wajah tidak bersalah Johan dipandang tajam.

"Kau asal tak bagi salam dulu?!" tengkingnya perlahan, risau jika suaranya mengganggu pelajar di dalam perpustakaan itu. Berkerut Johan bila disergah sebegitu.

"Kau gila? Nak aku jerit, mahu aku kena halau dengan si Ian tu," bebel Johan. Jari telunjuknya terarah kepada seorang lelaki berkaca mata yang sedang bersandar pada kaunter perpustakaan. Muka bengis ditayang.

Hadith Damian, ketua pengawas pusat sumber sekolah.

"Yang kau takut sangat aku nampak apa kau buat kenapa? Kau.. tengok benda tak senonoh, eh- Aduh!" Spontan dia menjerit bila Thaqief memukul kuat belakang kepalanya. Mata-mata di situ juga sudah mula mencari siapa pelakunya.

"Shhh!"

Johan tersenyum sumbing memandang mereka. Sekali pandangan bertembung dengan Damian. Lelaki itu melangkah perlahan ke arahnya.

Ah, sudah.

"Johan, aku tahu dan sedar kau ni naib presiden Hicom, tapi tolonglah hormat tugas aku sebagai seorang ketua pengawas pusat sumber sekolah yang bertanggungjawab untuk mendamaikan pengunjung dekat perpustakaan ini. Kau ni tak ada kerja lain ke? Tahun ni kita SPM, sedarlah sebelum terlambat. Aku minta maaf kalau bahasa aku kasar, tapi orang datang sini nak buat revision, cari bahan bertulis, nak belajar lagi. Jadi, aku minta maaf sekali lagi, kalau rasa nak buat bising sila keluar. Sekian terima kasih, assalamualaikum," ucapnya panjang sebelum kembali ke kaunter perpustakaan, bersandar semula.

Johan membuat muka.

"Kau tengok Qief! Dia saja nak jatuhkan maruah aku, muka dia berlagak gila. Acah saja! Sekali aku speaking, gelabah suruh aku ulang slow slow," bebelnya perlahan, sedaya upaya suara cuba ditahan supaya tidak melenting.

Thaqief cuma menggeleng perlahan, mengharapkan Johan keluar dan beri ruang kepadanya.

"Sabar Han, jangan marah-marah. Nanti kedut," katanya lebih kepada diri sendiri. Cermin kecil dikeluarkan dari dalam poket seluar. Mukanya ditilik teliti sebelum nafas lega dihembus.

Fiuhh, nasib tak kedut.

"Kau buat apa kat sini sebenarnya? Share lah.." soalnya pada Thaqief. Lelaki itu menggeleng.

"Tak ada apa, saja study dekat tempat yang aman," jawabnya malas, disebabkan pengetua mereka tiba-tiba saja ingin membuat mesyuarat agung, maka semua pelajar di sini hampir kesemuanya merempat kebosanan. Tak ada cikgu.

"Eleh, kelas kita bukan bising mana pun. Asal tak duduk saja dalam kelas?" tanya Johan lagi.

Thaqief berdehem, bukan tidak mahu. Tapi sejak tahu kewujudan Atiqah, dia jadi tidak senang duduk. Matanya seperti tidak boleh beralih daripada terus memandang gadis itu. Setiap kali itulah jantungnya berdegup sehingga mahu pecah.

"Saja ambil angin," Johan mencebik masih tidak puas hati. Sudahlah Yusuf juga tinggal dia tadi.

"Kau tinggalkan aku seorang tadi, Yusuf pun. Memang saja nak tinggal aku ke macam mana?" Johan membebel lagi. Thaqief menoleh.

"Yuta pergi mana?"

Johan mencebik, sakit pula hatinya mengenangkan Yusuf yang langsung tidak menoleh sewaktu dia memanggil. Muka bukan main dingin lagi.

BIDADARI ; MRS THAQIEF ✓Where stories live. Discover now