33

1K 76 46
                                    

MATURED

SUARA tangisan menyentak lenanya, perlahan-lahan matanya dibuka. Bayangan seseorang menyapa pandangannya, dia bangun bersandar pada kepala katil.

Matanya merenung belakang gadis yang bertelekung terhinjut-hinjut menahan tangis.

Lebih tiga bulan usia perkahwinan mereka sekarang.

Salah dia, nak tak nak kenalah tanggung.

Rasa berdosa semakin menyelubungi hatinya, dia tak layak untuk seorang Atiqah Soleha.

"Abang dah bangun?" soalan itu menyentak lamunan Thaqief. Dipandang Atiqah yang sedang melipat telekung di birai katil, tubuh yang membelakanginya itu dirapati.

Badan Atiqah dipeluk rapat.

"Kenapa tak kejutkan abang? Kita boleh solat sama-sama."

Dapat dia rasa Atiqah tersentak dengan pelukannya, bergetar tangan gadis itu memegang tangan Thaqief yang melingkar di pinggangnya. Jantungnya laju mengepam darah apabila nafas lelaki itu terasa di lehernya.

Dia sendiri keliru, kadang dia takut, kadang dia langsung tidak kisah.

"A-abang nampak penat, s-saya tak nak kacau," kata Atiqah. Nak mengelak.

Thaqief berdehem sebagai respon, leher Atiqah dihadiahkan beberapa kucupan hangat.

Happy birthday,” ucap Thaqief.

Dia tahu Atiqah tak selesa dengan sentuhannya, mungkin lebih kepada takut. Pelukan dilepaskan dan tubuh itu dipusingkan menghadapnya. Pipi putih yang kemerahan itu diusap lembut, walaupun keadaan bilik yang agak gelap Thaqief masih boleh lihat dengan jelas mata sembab itu.

"Sayang menangis lagi.."

Serentak itu air matanya jatuh, dia takut. Takut dengan kisah silam yang masih menghantui dirinya. Jari Thaqief naik mengesat air matanya sebelum turun melekap di perut Atiqah yang sedikit membulat itu membuatkan isterinya mengangkat kepala memandangnya.

"Sayang tak kesiankan baby, hm? Mama dia asyik menangis je." Lama pandangan mereka bertemu.

Thaqief membalas pandangan itu, perlahan-lahan tubuh isterinya ditolak sebelum dia naik menindih tubuh Atiqah.

Dia bukan memaksa.

Dia mahu memujuk.

"A-abang.." Thaqief mengabaikan panggilan itu, wajahnya disembamkan pada ceruk leher Atiqah, menghidu haruman lavender yang mengganggunya sejak tadi.

Wangi.

Tangan Atiqah yang cuba menolak bahunya digenggam kemas. Mukanya diangkat memandang wajah Atiqah, mata cantik itu mula bergenang dengan air mata.

Tanpa amaran bibir merah itu dikucup lembut. Genggaman dikuatkan apabila Atiqah mula meronta sedikit. Tangan Thaqief sudah menjalar ke seluruh badannya membuatkan Atiqah rasa ingin menangis.

Dia teringatkan kejadian malam itu yang membuatkan dirinya berasa takut.

Kalau Thaqief cium atau peluk dia, mungkin dia boleh terima, tapi kalau lebih dia jadi takut.

Dengan keadaan dan posisi yang intim begini.

Tercungap-cungap mereka mengambil nafas sebaik sahaja ciuman hangat tadi dilepaskan. Thaqief senyum melihat wajah itu mula kemerahan, cuma seketika sebelum senyumannya hilang.

"Seems like you're still scared of me.." bisik Thaqief sendiri. Thaqief usap pipinya, menghilangkan air mata yang bersisa. Niatnya hanya untuk membuang rasa takut Atiqah padanya.

BIDADARI ; MRS THAQIEF ✓Where stories live. Discover now