43

893 76 57
                                    

"KAU ada nak apa-apa lagi? Dah kenyang?" tanya Zulaikha. Atiqah mengangguk.

"Dah,"

Mulut Atiqah dilap dengan tisu basah membersihkan sisa makanan di tepi bibirnya.

"Terima kasih Ika." Zulaikha senyum, pinggan yang digunakan tadi dikemas dan diletakkan di tepi.

"Kau dah boleh keluar lusa, kau balik rumah ibu ya?"

"Okay," Atiqah angguk.

Dia nak lupakan apa yang sudah jadi dan buka buku baru. Tapi dia takkan lupakan Thaqief.

Lelaki itu masih suaminya.

Suami.

"Kau jangan sedih sedih dah lepas ni, aku tak sukalah." Kata Zulaikha. Atiqah ketawa kecil. Zulaikha mungkin kasar dengannya, tapi gadis itu selalu melindungi dia.

"Tak dah," Atiqah angkat sebelah tapak tangan kepada Zulaikha.

"Erm.. aku dah tak boleh teman kau dah lepas ni." Kata Zulaikha perlahan. Pinggan yang digunakan tadi dikemas dan diletakkan di atas meja.

"I-ika nak pergi mana?"

Zulaikha terdiam.

"Aku.. err nak sambung belajar lah."

"B-bila?" Matanya mula berkaca. Zulaikha tersenyum.

"Lepas kau dah sihat, aku pergilah." Bibir Atiqah memuncung.

"Sunyilah Atiq nanti, dahlah Ali dah start sekolah.." Zulaikha ketawa.

"Ikut hati aku ni, nak saja aku bawa kau sekali. Tapi tak eloklah sebab kau isteri orang." Atiqah mencebik.

"Dah, tak payahlah sedih sedih. Ibu cakap, dia ada jaga anak-anak jiran. Mesti kau tak sunyi duduk dengan dia. Percayalah cakap aku ni," Atiqah senyum semula.

"Wah.. iya ke? Bestnya.." Bersinar-sinar mata Atiqah mendengarnya.

"Kau ni, comel betul!" Pipi Atiqah dicubit kuat. Geram.

"S-sakitlah I-ika.." Zulaikha ketawa lagi.

"Haish, mesti aku rindu kau nanti." Atiqah mengangguk laju.

'klak'

"Hey, girls!" Suara ceria Luke kedengaran. Mereka sama-sama menoleh ke arah pintu wad itu. Dahi Zulaikha berkerut. "Kau buat-"

"Aku nak jumpa Atiq sekejap." Yusuf mencelah tiba-tiba, dia masuk dan duduk di atas sofa di wad itu.

Isyarat mata diberi kepada ketiga-tiga orang lelaki itu. Damian mengangguk.

"Ika, teman aku sekejap."

"Pergi mana, tak nak." Zulaikha menggeleng tak mahu. Damian mula mendesak dia.

"Mak cik, kau ikut saja boleh tak?" Tanpa sempat dia menjawab, terus lengannya ditarik kuat keluar dari situ.

"Eh, apa kau ni?! Atiq-"

BIDADARI ; MRS THAQIEF ✓Where stories live. Discover now