chapter ١

29.6K 1.2K 51
                                    

neun
The cold angel

Ini kisah tentang dua kanak-kanak yang kenal dan rapat sejak kecil. Mereka ditakdirkan menjadi rakan baik walaupun berlainan jantina.

Masing-masing dilahirkan dan membesar di sebuah negara serba maju yang terkenal iaitu Qeouland.

Hikayat mereka penuh luka,
hikayat mereka penuh sengsara,
hikayat mereka penuh juga air mata,
hikayat mereka ada juga terselit tawa gembira.

Antara bahagia dan duka, aku pilih bahagia meskipun pedih untuk dikenang sang pemegang tinta.

Bermula warita asal usul pejuang negara demi keamanan bangsa.

12 years ago

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

12 years ago....

Bunyi unggas didalam hutan dia nikmati. Sejuk. Kehijauan.

Langkah demi langkah budak perempuan itu berjalan. Sungai dia tuju, lalu dia mencangkung. Kedua tangan kecil itu, mengaup air sungai yang mengalir.

Jernih dan bersih. Tiada bauan asing, jelas sungai ini masih terpelihara dari bahan kimia.

"Woii, sungai tu dalam. Aku tolak sekali, mati lemas kau!"

Terhenjut bahu mendengar satu suara menyapa gegendang telinga. Masam terus wajahnya. Jelingan dihadiahkan kepada si dia.

Comel. Gurau sikit pun dah buat muka.

Mata si dia bergerak dari hujung rambut hingga ke selipar yang dipakai budak perempuan yang disergah tadi.

Rambut diikat kuda. Muka comot. Calitan tanah berselerak pada wajah hitam manis.

Mesti main tanah budak ni..

Ish ish ish.. baju dia toksah katalah, bertompok-tompok tanah melekat.

Euwww, but still cute like always.

Seluar lusuh. Koyak dibahagian lutut.

Apa dia fikir ni fesyen ke, nak koyak sana sini? Selipar tu, astagfirullahalazim dah kenapa sebelah lain-sebelah lain?

Erghh, banyak-banyak selipar, kenapa mesti selipar kawin-kawin?! Ini mesti kes lari dari rumah, taknak buat kerja pastu main rembat apa yang ada depan mata.

Anak dara siapalah ini.

"Kau ni..." Jari dia tunding dari atas turun ke selipar yang dipakai budak itu.

"Berendam dengan karbau ke apa?" Dia tersenyum. Senyum mengejek sambil menyilang tangan sinis.

"Suka hati akulah. Sibuk je!"

"Suka hati akulah, sibuk je!" Budak lelaki itu mengajuk, dengan pakej mengecilkan suara lagi seperti kanak-kanak perempuan itu.

"Ish!"

NEUNWhere stories live. Discover now