"Oh." Jawab Aulia ringkas.

"Yang awak tu, dah kenapa tak tidur lagi? Sekarang ni kan dah lewat...tak elok anak dara bangun lewat malam macam ni. Siap masuk bilik lelaki pula ni."

"Alah kau ni Alif! Aku pun sama je macam kau. Tak boleh tidur juga. Tadi dah elok tidur tiba-tiba terbangun. Itu yang aku saja jalan-jalan kat dalam rumah ni. Rumah ni kan besar." Aulia membalas pertanyaan Alif itu.

"Hmm...." Alif hanya membalas itu sahaja.

"Kau ni kenapa? Dari tadi aku tengok macam tak bersemangat je. Kau ada masalah ke? Kalau ada share lah dekat aku." Aulia cuba bertanya kepada Alif tentang masalah yang melanda dirinya itu.

"Lia...saya nak tanya. Awak......masih sayangkan saya ke?"

"Eh kau ni! Mestilah aku sayangkan kau! Benda tu pun nak tanya. Kita ni kan dah bertunang. Mestilah sayangkan kau!" Balas Aulia dengan yakin.

"S-saya bukan apa.....cuma saya takut....takut semua orang dah tak sayangkan saya."

"Apa kau merepek ni Alif!" Tanya Aulia. Dia tidak suka dengan apa yang Alif cakap.

"Sebab....setiap hari ada suara yang asyik cakap. Awak dan lain-lain dah tak sayangkan saya. Awak dah tak sukakan saya.....awak nak putus dengan saya....hisk...saya takut Lia!" Alif mengeluarkan air mata kerana takut dengan suara-suara yang selalu kedengaran di telinga Alif.

Dia takut apa yang diberitahu oleh suara-suara itu adalah benar. Dia tidak sanggup menghadapi semua itu. Dia tidak bersedia.....

"Alif, percayalah cakap aku! Semua orang sayangkan kau. Dan aku sendiri pun takkan pernah tinggalkan kau. Aku akan sentiasa ada di sisi kau Alif....ingat kata-kata aku tu Alif."

"Terima kasih Lia...terima kasih sebab masih sayangkan orang macam saya ni. Ye lah saya ni dah tak macam dulu...." Alif menundukkan kepalanya.

Memang dia dah tak macam dulu. Banyak menyendiri dan asyik mengelak dari Aulia tanpa sebab. Alif sendiri pun tidak tahu apa sebab dua menjauhkan dirinya dari Aulia.

"Shh....dah. Jangan cakap benda yang bukan-bukan lagi. Sekarang ni kau tidur, aku nak pergi bilik aku dulu. Dah mengantuk." Aulia menarik tangan Alif dan membaringkan Alif di atas katil.

"Goodnight Alif...have a nice dream!"

Selimut ditarik menutupi badan Alif dan dia pun beredar dari bilik Alif. Memberi ruang kepada Alif untuk dia melelapkan matanya.

Di luar bilik, Aulia berfikir tentang kenapa Alif tiba-tiba sahaja menjauhi dia.

"Huh....kenapa ye Alif selalu sangat mengelak dari jumpa aku. Nak kata aku buat salah? Mana pernah. Aku layan dia dengan baik kot.....haih nantilah aku cuba rujuk benda ni dengan abah." Aulia segera balik ke biliknya. Matanya sudah mula rasa mengantuk.

Di dalam bilik, Alif baru sahaja ingin melelapkan mata. Tetapi tiba-tiba sahaja selimut dia ditarik perlahan.

Alif merasa terganggu. Dia menarik semula selimut tersebut menutup badannya. Dia pun menutup mata.

Kemudian selimutnya tiba-tiba sahaja direntap dengan kuat. Alif terkejut. Terus dia terbangun.

Serta merta wajahnya bertukar pucat setelah dia melihat apa yang ada di hadapannya sekarang.

CINTAKU MR SECRET AGENTWhere stories live. Discover now