EPISODE 24

133 20 308
                                    

Sambungan

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.

Sambungan.....

Selepas seminggu, Fattah tidak mendapat khabar apa pun dari Riana. Tak apa lah dia pun malas nak masuk campur hal rumah tangga orang kan. Jadi dia takdelah bertanya apa-apa.

Maka dia pun mula memfokuskan masalah Alif yang masih lagi belum selesai.

Malam harinya, Fattah sedang duduk di meja kopi di luar rumahnya sambil menikmati udara segar di malam hari.

Sambil dia menikmati udara segar, dia berfikir kan tentang strategi nak mengalahkan orang jahat ni.

"Aku tak habis fikir betullah. Kenapa Maria tu nak sangat bunuh Alif. Haish tapi yang paling aku tak sangka, sebab harta dia sanggup jadi macamtu. Dah macam orang hilang akhlak dah aku tengok."

"Tapi yang penting sekarang ni aku nak kena cari kelemahan diorang dulu....aku tak boleh nak serang macamtu je. Sekali aku dah termasuk perangkap diorang, jangan kata aku....semua ahli keluarga aku kena akibatnya nanti...."

"Tapi mengikut dari data dalam fail ni, Rashidi ada syarikat pembinaan, tapi kenapa yang aku dapat dari fail intipan rahsia aku dulu ada penyeludupan dadah sekali ni?" Soal Fattah kepada diri sendiri sambil membelek fail yang ada di atas meja itu.

"Hmm tak tak. Mesti banyak lagi perniagaan haram yang diorang ni buat. Aku tak percaya cuma pembinaan je bisnes diorang ni....nanti aku nak pi buat intipan dekat syarikat diorang tu." Fattah menyimpan semula fail-fail itu dan ingin masuk ke dalam rumah.

Tapi tiba-tiba Fattah terdengar bunyi sesuatu yang datang dari semak berhampiran rumahnya.

"Huh? Siapa tu?" Spontan Fattah tertanya soalan tu.

"Heh....aku ni. Bekas kekasih kau...." Kata seseorang yang datang dari dalam semak itu.

Dia kemudian keluar dari situ dan menunjukkan rupanya yang sebenar.

"Luna?! Apa yang kau buat kat sini!" Fattah bertanya kan sekali lagi soalan tu. Tapi kalini ditujukan kepada Luna....

Kepada korang yang bertanya siapa Luna, dia adalah orang yang Fattah pernah tangkap akibat kesalahannya membunuh anak seorang ahli politik 20 tahun yang lepas.

Lepas tangkap, dia dimasukkan ke hospital mental dan berjaya lari. Dia kemudian berjaya ditangkap sekali lagi atas kesalahannya cuba membunuh Alif dahulu (siri kedua agent 006)

"Kau tanya apa yang aku nak? Tak ada apa-apa....cuma aku nak selesaikan misi aku je." Luna perlahan-lahan mendekati Fattah.

"Misi apa pulak! Siapa pula yang hantar kau kalini hah?!" Tanya Fattah geram. Dia dah tak ada masa nak tenang lagi dah bila berdepan dengan Luna.

CINTAKU MR SECRET AGENTTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon