EPISODE 29

132 17 189
                                    

Sambungan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sambungan....

Alif terbangun di dalam kawasan hutan tebal yang tidak diketahui lokasinya.

"Aku dekat mana? Kenapa aku boleh sampai sini?" Alif menyoal dirinya sendiri.

"Alif....aku akan buat hidup kau sengsara selama-lamanya...." Alif terdengar suara 'sesuatu' sedang berkata. Tetapi dia tidak dapat mengesan pemilik suara.

"Kau siapa?! Apa yang kau nak dari aku! J-jangan kacau aku!" Alif mula menjadi ketakutan kerana suara yang menakutkan itu.

"Aku....mimpi ngeri yang akan menjadi kenyataan dalam hidup kau! HAHAHAH!!" Pemilik suara garau dan menakutkan itu menjelma di hadapan mata Alif.

Mukanya hancur dan tiada bentuk muka langsung yang kelihatan. Rambutnya panjang sampai ke tanah. Perlahan-lahan mendekati Alif...

'Ya Allah....tolong aku!' Alif tidak mampu bergerak dan bercakap seolah-olah kakinya telah dipasak ke dalam bumi dan dia tidak boleh berkata walau sepatah kata langsung.

"Aku akan terus mengganggu kau sehinggalah kau mati! HAHAHA!" Semakin lama lembaga itu semakin mendekat dan terus menerkam ke arah Alif.

"Tolong!!" Alif menjerit ketakutan dan....

~~~~~~~~

"Allahuakbar!" Alif terbangun dari tidurnya. Mimpi ngeri yang dialaminya tadi seakan-akan benar berlaku.

"Ya Allah...apa lagi ujian yang kau nak berikan." Alif mengeluh perlahan. Badannya sudah pun dibasahi dengan peluh.

Sejak kebelakangan ini memang sering dia bermimpi buruk. Dan dia akan terbangun tepat pukul 3 pagi...

Dia terus bangun dan duduk seketika di balkoni rumah untuk menenangkan dirinya.

Pap!

Tiba-tiba ada seseorang menepuk bahunya.

Alif terus pusing ke belakang.

"Haish...Lia rupanya. Buat terkejut saya je." Jawab Alif dengan nada yang tidak bersemangat.

"Hehehe....saja je nak buat jumpscare sikit. Kau kenapa tak tidur lagi ni? Dah lewat sangat ni." Tanya Aulia.

"Huh....tak ada apa. Tadi ada nightmare sikit. Itu yang terbangun ni. Nak tidur tak boleh, jadi saya duduk sekejap kat balkoni ni." Jelas Alif sambil memandang ke arah Aulia.

CINTAKU MR SECRET AGENTOn viuen les histories. Descobreix ara