EPISODE 19

161 24 295
                                    

Sambungan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sambungan....

Pang! Pang! Pang! Pang!

"Bangun! Bangunlah seluruh umat manusia yang ada di dalam rumah ini!! Bangun!!"

Pada awal pagi itu, Fattah terpaksa menjadi 'jam loceng' untuk mengejutkan Alif dan Aulia yang masih nyenyak bergulung di dalam selimut dalam bilik masing-masing.

Bunyi yang korang dengar tu adalah bunyi kuali yang digunakan. Lebih kurang macam alarm tapi versi manual.

"Bangun!!" Teriak Fattah dengan nada suara yang paling kuat.

"Hmm! Apa ni abah! Dah bangun lah!" Aulia membuka pintu biliknya menampilkan wajah 'cantik' nya itu.

"Huarghh! Uncle dah subuh eh? Kenapa saya tidur tadi rasa macam 5 minit je eh?" Alif pun turut membuka pintu sambil menggosok-gosok matanya.

"Banyak lah kau punya 5 minit! Dah nak pukul 7 ni. Pi mandi ambil wudhuk cepat!" Fattah sekali lagi mengetuk-ngetuk kuali yang digunakan sebagai 'loceng'.

Segera mereka berdua menutup bilik dan bersiap untuk solat subuh.

Fattah? Dia macam biasa lah, dah lama solat. Bangun kan orang dah jadi rutin harian dah bagi dia.

"Huh...dulu aku pun jadi macam diorang. Sekarang ni, aku pulak kena ganti tugas kau Haikal. Hahaha!" Fattah ketawa sebelum dia turun semula ke tingkat bawah untuk menyiapkan makanan.

Aik? Dia tak beli apa-apa barang pun....macammana nak masak?? Fattah awal-awal lagi dah pergi market cari barang-barang dapur.

Selepas mereka siap solat, mereka berdua pun turun ke bawah untuk makan.

Masa tengah makan tu sempat juga mereka berbual.

"Macammana keadaan kau Alif? Dah ok ke idok?" Tanya Fattah.

"Alhamdulillah tak ada lah teruk sangat macam mula-mula haritu. Dah boleh buat lawak dan bergurau dah!" Kata Alif.

"Bagus lah....Lia, kamu tu jaga perangai sikit. Jangan nak terjerit-jerit depan Alif ni. Dia ni tetamu dan sepupu kamu jugak. Tak dapat apa pun kalau tinggikan suara macamtu. Dapat dosa lagi ada." Nasihat Fattah lembut kepada Aulia.

"Ye lah abah....Lia faham. Lia takkan buat macamtu lagi." Automatik Aulia setuju. Dah jatuh suka lah tu....

"Bagus! Tak perlulah abah nak marah kamu dah." Fattah bangkit dan pergi ke singki untuk mencuci pinggan.

"Abah nak ke mana pulak tu?" Tanya Aulia sebaik saja melihat Fattah nak keluar.

"Alah abah nak pergi laman depan tu ha. Bunga kat luar tu dah lama tak bersiram. Korang kalau dah siap makan, jangan lupa basuh pinggan sendiri. Jangan harap nak ada orang gaji tolong basuhkan." Setelah berkata seperti itu, terus dia keluar dari rumah menuju ke arah laman rumah yang terletak di sisi rumah.

CINTAKU MR SECRET AGENTWhere stories live. Discover now