EPISODE 14

166 34 203
                                    

❤️ Cintaku Mr Secret Agent ❤️~~~~~~~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❤️ Cintaku Mr Secret Agent ❤️
~~~~~~~

Sambungan....

Pada malam itu, Fattah tidak dapat melelapkan matanya.

Dia duduk di hadapan meja makan seorang diri.

Semua orang kecuali dia seorang sudah lama berlayar ke kerajaan mimpi bernama Fairytale- Eh?? Lupakan....

Di dalam kepalanya sekarang penuh dengan teka teki.

"Siapa lah orang tu, kenapa dia nak buat semua ni?"

"Kenapa dia nakkan Alif? Apa tujuan dia yang sebenar...."

"Dan kenapa dia cakap.....ada bala yang akan datang?"

"Kalau betullah ada sesuatu yang nak datang harapnya Alif selamat....."

Itulah antara persoalan yang cuba diungkapkan oleh Fattah.

"Abah? Kenapa duduk dekat meja makan tengah malam buta ni?" Tanya Aulia.

Terkejut kawan tu dibuatnya. Tiba-tiba je muncul mau tak terkejut.

"Ish Lia! Boleh tak lain kali nak datang dapur bagi isyarat dulu. Mujur abah takde sakit jantung." Ujar Fattah mengelap mukanya yang berpeluh kerana tiada kipas di ruang dapur.

Actually malam tu sejuk je tapi teka teki yang memenuhi ruang fikiran Fattah membuatkan suasana menjadi sedikit panas.

"Hehehe sorry abah. Buat apa kat dapur tengah malam buta ni?"

Aulia menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Fattah. Sama macam seorang polis sedang menyoal siasat suspek.

"Tak ada apa lah Lia. Abah tadi tengah buat kira-kira berapa tandan pisang yang orang kampung nak." Jawab Fattah cuba menutup kerunsingan yang dialaminya sekarang.

Aulia memandang curiga ke arah ayahnya.

"Abah....kenapa ni? Lia tak rasa sebab pisang abah sampai berpeluh-peluh macamni. Nak kata panas tak pulak. Baru je hujan tadi...." Aulia cuba nak mengetahui apa isi hati ayahnya.

Aulia memang dah biasa sangat dengan perangai Fattah. Selalu bangun tengah-tengah malam.

Tapi malam ni memang nampak agak berlainan dari biasa.

"Ish tak ada apa-apa lah! Janganlah kamu sibuk. Pergilah naik atas tidur." Kata masih lagi tetap dengan pendiriannya.

"Ada orang ugut nak bunuh abah ke?" Aulia cuba meneka pulak.

Aulia dan dua abangnya memang dah tau tentang pekerjaan Fattah sebagai ejen rahsia.

Dah banyak kali dah mereka sekeluarga pernah diugut. Ugut bunuh, ugut nak culik, ugut hantar pisau lah apa semua tu.

CINTAKU MR SECRET AGENTWhere stories live. Discover now