EPISODE 15

176 30 248
                                    

❤️ Cintaku Mr Secret Agent ❤️~~~~~~~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❤️ Cintaku Mr Secret Agent ❤️
~~~~~~~

Sambungan....

"Jo, bawak laju sikit. Aku tiba-tiba rasa tak sedap hati lah." Kata Faizul.

Sejak dari rumah tadi memang perasaan Faizul tak enak. Macam ada benda yang dah berlaku sepanjang satu hari dia tinggalkan Alif.

Dari dia balik rumah semalam lagi dia dah rasa semacam. Tidur dia pun tak lena sebab memikirkan Alif.

"Sabarlah Zul. Kalau aku bawa laju nanti terbabas macammana?" Jawab Johan. Pelik betul dia dengan perangai Faizul.

30 minit perjalan dari rumah Faizul ke rumah Alif. Johan memarkir keretanya di halaman rumah Alif.

Dengan pantas Faizul turun dari kereta dan mengetuk pintu.

Tapi belum sempat Faizul mengetuk pintu, pintu tu memang dah terbuka sedikit.

"Kenapa Alif tak kunci pintu ni? Janganlah ada benda pelik jadi kat Alif." Gumam Faizul.

"Ya Allah! Apa dah jadi dengan rumah ni?! Bersepah macam baru lepas dilanda taufan!" Tutur Johan terkejut melihat keadaan rumah Alif.

Barangan hiasan pecah, frame gambar jatuh, meja makan dan kerusi diterbalikkan mengundang kerisauan yang amat sangat.

"Alif! Kau kat mana!!" Jerit Faizul tidak sabar.

Mereka berdua meneruskan perjalanan dan akhirnya berhenti di hadapan bilik Alif.

Hati Faizul kuat berkata yang Alif berada di bilik ini.

Tangan Faizul pun perlahan-lahan memutar tombol pintu dan akhirnya...

"Ya Allah! Alif!!"

Mereka menemui Alif dalam keadaan yang sangat teruk. Dengan rambutnya yang kusut masai, badan yang menggeletar dan bercakap seorang diri. Entah apa yang dicakapkan pun tak tahu.

"Alif! Kau tak apa-apa ke?!" Tanya Faizul cemas melihat keadaan Alif.

"J-jangan!! Alif tak nak kena seksa lagi!! Tolong!! Pergi! Pergi!!" Jerit Alif cuba menepis tangan Faizul yang cuba menyentuhnya.

"Kenapa dengan kau ni Alif? Apa dah jadi dengan kau semalam!" Pergerakan Faizul terhenti.

"JANGAN GANGGU ALIF!! ALIF TAK NAK!! ALIF TAK NAK!!" Jerit Alif dengan lebih kuat lagi.

Selepas jeritan itu, terus Alif tidak sedarkan diri.

"Ya Allah! Jo! Angkat dia sekarang! Kita pergi klinik aku cepat!" Suruh Faizul.

"Ok siap!!"

Johan dengan pantang mengangkat tubuh kurus Alif menuju ke kereta sementara Faizul menyusul di belakang.

CINTAKU MR SECRET AGENTWhere stories live. Discover now