⚬ Bab 1 ⚬

120 37 17
                                    

"KAKAK!"

"Ohh, kakak!"

Suatu panggilan yang datang dari luar bilik membuatkan aku cepat-cepat keluar dari bilik air. Tak cukup panggil banyak kali, pintu biliknya juga diketuk bagaikan hendak roboh.

Hilang sabar, aku pantas memulas tombol pintu. Terpacul figura Umar, adik lelakiku yang bongsu di hadapan pintu.

"Kau ni panggil sekali je boleh tak? Bingit lah!" Aku mendongkol geram.

"Eleh, kalau panggil sekali kakak tu bukannya dengar pun," balas Umar balik. Tayang riak wajah tak bersalah.

Gigi diketap rapat. "Apa kau nak?"

"Tu, Kak Lisa dengan Kak Ila dah ada kat bawah. Tunggu kakak lah. Lambat sangat!" beritahu Umar sebelum dia pantas berlari turun ke bawah.

Lisa dengan Ila?

Ya Allah! Baru aku teringat. Hari ini mereka nak outing bersama-sama. Alahai, macam mana boleh lupa pula ni?

Aku menuruni anak tangga sehingga sampai di tingkat bawah. Di ruang tamu, Mak sedang berbual bersama Lisa dan Ila sambil menuangkan secawan air kepada mereka.

Lisa toleh kepala. Pandang muka Lisa automatik aku menguntum senyum.

"Aik? Kau tak siap lagi?" soal Lisa apabila melihat tubuh aku yang masih lagi tersarung pyjamas  berwarna merah jambu.

Aku tersengih. Rambut yang sedikit serabai aku sikat menggunakan jari-jemari.

"Awal nya korang datang. Kata tengah hari?" Aku membalas balik.

Lisa dan Ila lantas mengerutkan kening. Ila mengerling jam dinding di atas.

"Lambat kau kata? Sampai dah habis air teh yang Cik Ani buat ni kita orang minum tau. Kau tengok jam tu pukul berapa?" Ila mula membebel.

Cik Ani, itulah yang kawan-kawan aku gelarkan pada Mak. Mak di situ sudah tergelak sambil kepalanya digelengkan berkali-kali.

"Begitulah, Ila. Bukannya Cik Ani tak kejutkan, dah berbuih mulut ni hah. Tak juga dia bangun," tambah mak pula. Sempat lagi tu dia hadiahkan jelingan untuk aku.

"Kau nak pergi ke tak? Kalau tak nak, aku dengan Ila je."

Lisa mula bangun. Tengok daripada wajahnya, Lisa seperti mahu bebelkan aku sepuas-puas hati. Namun ditahan niatnya kerana mak ada di situ.

"Ish, yelah! Sabar kejap! 15 minutes?"

Ila dan Lisa serentak mengeluh.

"Boleh pakai ke kau punya15 minutes tu?" sampuk Ila dari belakang Lisa.

Aku tidak menjawab sebaliknya kaki melangkah pantas naik semula ke tingkat atas untuk bersiap apa yang patut.

Aduhai, boleh pula lupa tentang plan hari ni!

*****

"KORANG dapat tawaran dekat mana?" Humaira memulakan perbualan.

Tujuan aku dan enam orang lagi rakan baikku hari ini berjumpa adalah untuk mendedahkan tawaran dari institusi pengajian tinggi serta universiti awam yang kami semua peroleh.

"Aku dapat kat Pahang," Aisyah orang pertama yang bersuara.

"Aku pula dapat kat Terengganu," kemudian, diikuti dengan Alia.

"Eh, sama! Aku punya pun kat Terengganu," sambut Ila pula.

"Raisya? Lisa? Jannah? Korang punya dekat mana?" sedar sejak dari tadi kami bertiga tidak bersuara, Humaira lantas menyoal.

"Aku dapat kat Pahang. Sama macam Aisyah," kata Jannah.

"Aku dapat kat Melaka. Lagi bagus dan senang sebab aku boleh singgah kampung aku," jawab Lisa lalu dia memandang aku.

"Kau, Sya?"

Aku mengeluh pendek. Mendengar dari apa yang mereka beritahu, mereka semua dapat tawaran yang langsung tak sama denganku. Malah tiada seorang pun yang dapat satu kampus dengan aku nanti.

"Aku dapat kat Johor," aku menjawab lemah.

Nak menangis rasanya. Sebelum ni mana pernah lagi berpisah dengan mereka semua ni. Bagaimana nak hadapi suasana baru di Johor itu nanti? Dah lah tak ada kawan. Tapi nak buat macam mana kan? Keputusan SPM aku pun bukannya bagus sangat seperti mereka.

"Kenapa? Kau tak suka ke?" tanya Lisa, pelik dengan perubahan wajahku.

"Bukan tak suka. Lepas ni korang semua dah jauh dari aku," berat hati rasanya aku nak lepaskan  mereka berenam yang aku kenal sejak dari Tingkatan Satu.

Humaira mengalih tempat lalu duduk di sebelah aku.

"It's okay, Sya. Kita still boleh contact each other dalam Whatsapp group kan? Kalau kita semua ada free time, bolehlah outing sekali sekala. Bukannya tak jumpa terus," pujuk Humaira sambil bahu aku disentuh lembut.

"Betul cakap Humaira tu. Nanti ada masa lapang kita outing ler sama-sama. 24 hours pun tak apa," Jannah turut menyokong.

Sekali lagi terbit satu keluhan dari bibir merah aku. Mahu atau tidak, aku terpaksa terima hakikat bahawa mereka semua akan membawa haluan masing-masing. Sama juga seperti aku. Aku tiada hak untuk menghalang mereka atau menyuruh mereka mengikutiku.

"Goodluck korang. Aku doakan semoga satu hari nanti, kita berjaya capai kejayaan yang kita mahukan. Aku tahu korang boleh!" ucap Alia dengan penuh semangat.

Ucapan itu diiringi oleh tepukan tangan daripada Ila dan Jannah. Lisa dan Humaira pula bersorak kecil. Aku perlahan-lahan mengukirkan senyuman. Cuba pujuk hati. Tak mahu rosakkan mood hari ini.

"Remember, kita bertujuh akan berkawan sampai syurga!" tambah Lisa lagi.

Kami bertujuh berpelukan dan menghabiskan masa hari itu dengan hiburan selagi masih ada. Mungkin, ini adalah kali terakhir kami semua berkumpul.

Boleh jadi, kan?

[ BERSAMBUNG ]

Takdir Buat RaisyaWhere stories live. Discover now