"Ehem! Assalamualaikum.."tegur aku cuba menahan rasa teruja.

"Wa'alaikum.. Vy!!! Oh my god!!"terjerit Elisya dan Kaira melihat aku disitu. Lantas mereka bangun memeluk aku bagi melepaskan rasa rindu.

"I miss you guys"kata ku meleraikan pelukan.

"We miss you too".

"So, how life? Kahwin dengan jejaka idaman?"tanya Elisya.

"Okay. Alhamdullillah. Semua okay. Tapi tu lah Daren selalu sibuk".

"Biasalah tu. Orang baru nak bina keluarga. Mestilah kena kerja keraih sikit. Nak tampung hang yang su..ka shopping ni"tutur Kaira masih pekat lagi dengan loghat penang dia.

"You ni.. doalah rumah tangga I ni baik-baik. Ini tak"wajah aku mula cemberut.

"Tak dak aih.. aku gurau ja. Aku selalu doa kawan aku sorang ni supaya lekaih-lekaih bagi kami anak buah". Usik Kaira. Elisya menyokong dengan mengangkat ibu jarinya tanda setuju.

"Hey! Awal lagi lah. I still nak enjoy my life with my lovely husband".

"Ee.. mengadanya you ni.. mesti si Daren tu penat layan perangai mengada you ni". Kata Elisya.

"Ish! Mana ada. Dia penyayang tau. Apa yang I nak semua dia bagi"kata ku mendabik dada.

"Ish! Dah lah. Meluat aku dengaq. Ni order. Sat gi kita pi spa. Aku tengok hang dah tak berapa nak seri dah. Nanti laki hang pandang perempuan lain baru hang tau"Kaira menghulurkan menu kepada aku.

"Ee.. mulut tu.. kalau I cili mulut you mesti tak ada lelaki nak dekat you nanti". Aku berura mahu menyapu sos cili yang ada di atas meja ke mulut Kaira. Suka sangat cakap lebih kurang. Kalau kena dengan diri sendiri baru tahu. Dah macam mummy jarum dah gayanya.


Kaki melangkah ke arah pejabat. Jejaknya terhenti apabila satu pesanan masuk melalui telefon pintarnya. Telefon di keluarkan dari poket seluar. Anak mata memandang pada skrin telefon. Terdapat satu pesanan ringkas melalui Whatsapp dari nombor yang tidak dia kenali.

Pesanan itu dibuka. Matanya yang dingin dan beku terbuka luas apabila melihat pesanan itu. Lantas langkahnya kembali di atur, tetapi hala tujunya diubah.

Pintu sebuah bilik dirempuh begitu sahaja tanpa mengetuk terlebih dahulu. Kelibat seseorang dicarinya. Dia terus menerpa ke arah seseorang. Raut wajahnya berubah bengis bak singa kelaparan.

"Aku nak kau trace nombor ni"arahnya pada seorang lelaki berhoodie biru gelap duduk dihadapan komputer.

"Kau asal ni?"tanya orang itu.

"Aku suruh kau buat tu, kau buat jelah!"nada suaranya naik seoktaf. Api kemarahannya mula menggelegak. Apa yang dilihatnya tadi? Sehingga mencetuskan api kemarahannya?

"Okay, okay. Relax. Mana nombor tu?"pinta orang itu.

Dia menghulurkan telefon pintarnya ke arah orang itu. Pada skrin telefon pintarnya tertera nombor orang yang tidak dikenali tadi. Anak matanya tajam merenung monitor. Ligat jemari orang itu menari di atas papan kekunci.

"Nombor tu berdaftar atas pengguna baharu. Nama pendaftar Arif Fawwaz. Lokasi terakhir di kafe mandora"jelas orang itu.

"Arif Fawwaz? Cuba kau check call log dia".

"Nombor ni menghubungi 3 nombor yang berlainan tetapi agak kerap. Kebanyakkan call log dia hanya ada 3 nombor ni sahaja. Terakhir nombor ni buat call out dua hari yang lepas"satu persatu informasi di terangkan.

Dia memerhati data call log itu satu persatu. Anak matanya ligat meneliti satu persatu data yang tertera pada skrin monitor.

"Avyren, kenapa kau suruh aku trace nombor tu"tanya orang itu.

"Dia nak cari mati dengan aku"kata Avyren dingin. Matanya masih memandang monitor.

Orang itu masih lagi keliru dengan jawapan Avyren. Lantas dia mengcapai telefon pintar Avyren. Pesanan yang di hantar oleh nombor yang tidak dikenali itu dibuka. Terbeliak matanya.

"Bro, dia dah mulakan rentak dia bro. Aku rasa kau kena bertindak cepat. Bini kau ni bro".

Bergerak-gerak rahang Avyren menahan amarah. Otaknya ligat memikirkan nama Arif Fawwaz. Kelopak matanya di pejam bagi mengingati seseorang yang bernama Arif Fawwaz.

Kelopak matanya terbuka drastik. Telefon pintarnya diambil. Lantas kaki di hayun pergi.

"Avyren! Kau nak pergi mana?".

"Aku nak pergi cari Arif Fawwaz"renungan mata helang Avyren membuatkan orang itu menelan liur kesat. Seperti ada pepasir di kerongkongnya.




Bersambung...

Siapa arif Fawwaz? Apa yang Avyren nak buat? Nampaknya musuh sudah memulakan langkah pertama untuk membalas dendam terhadap Avyren. Adakah Avyren akan bertindak lebih maju dari musuhnya? Stay tune.

Amore❤️‍🔥

Avyren [✔️]Where stories live. Discover now