🌧️🌨️|•' bab 43 🌼

26 4 0
                                    

Suraya memandang jam tangan nya.. sekarang dah sampai kat cafe. Ye lah..dah seminggu cuti. Cuti apa? Kawin lah. Kawin lah konon!.

Benci nya aku dengan perkahwinan ni!. I hate it!!.

"Arghhhh! STRESS!" Jerit Suraya membuatkan Eira terkejut heran. Pahal dengan kawab aku ni! Tetiba menjerit tak tentu pasal.

Demam kah? Tak kan lah seminggu cuti tak sihat lagi. Kan?

Betul tak?

"Wey! Kau dah kenapa terjerit-jerit pagi buta ni! Kau sakit ke apa kau ni?! Nasib kita kat belakang, kalau tak...malu tujuh keturunan" tersengih Suraya dibuat.

"Alah... sorry!! Aku..cuma geram dengan someone ni je. Jangan lah marah.." tangan Eira diurut lembut. Eira memandang Suraya sebelum membuka mulut.

"Geram? Geram kat sapa?" Soal Eira ingin tahu. Suraya menelan air liur. Alamak! Apa aku nak cakap ni?! Cane...ekk?.

"Kat...Adnan lah...tak-- bukan² maksud aku kat mamat bertopeng tu! Suka sangat cari masalah!" Jujur Suraya kata. Eira memandang Suraya atas bawah, tepi kanan. Kemudian membelek wajah Suraya.

"Kau okey ke hari ini? Lain macam kau hari ini. Kau sakit ekk?. Serius lah kau rapat dengan mamat tu?" Soal Eira heran. Suraya sekali lagi panik tapi tetap kelihatan tenang.

"Aku okey je hari ini. Mamat tu...ada lah aku rapat sikit sebab tokma aku kawan mak dia..hah!" Suraya gelak paksa untuk menghilangkan rasa gugup dan kecurigaan..

Eira hanya mengangguk sahaja walaupun hakikatnya rasa tak kena dengan suraya. Macam sembunyi kan sesuatu dari dia pulak.

"Hmmm yelah. Dah jom sambung kerja. Sian Luna kat depan tu buat kerja sorang-sorang. Kita ni pulak, melepak." Tergelak Suraya berserta Eira sebelum menuju ke depan.

~ •❣️🫀🩸• ~

"Hah..bro..lama lagi ke siap?" Soal Ayden malas memakan keropok lekor sambil memandang maskmana yang tekun berkerja dengan laptop.

Aku tunggu dia 2 jam lebih. Tak penat ke budak ni? Aku buat sikit pon, penat. Apatah lagi banyak macam tu. Anda rasa?.

"Hmm jap. Dah nak siap. Kalau kau nak gi dulu, gi lah. Nanti aku datang" ujar maskmana meneliti setiap fail. Tangan sebelah nya bermain dengan pen. ..

Ayden mengeluh sebelum memandang tajam ke maskmana. Eihhhhh budak ni! Sejak dah kawin, cam ni ekk..

"Woii! Aku datang sini nak ajak kau makan bersama..kalau setakat aku datang sini pastu kau halau aku gi makan sendiri...tak payah lah aku tunggu kau dah nak dekat 2 jam! Penat tau tak aku menunggu kau siap.!" Kata Ayden begang. Sedapnya cakap budak sorang ni. Singa lah budak ni.

"Yeee..gi je lah" balas nya maskmana tanpa memandang Ayden sedikit pon. Makin begang lah Ayden.

Hah! Ni lah janji melayu! Bila aku pergi nanti, kata otw, tapi kat office lagi!.

"SINGA!!" nada Ayden mula kuat. Dipandang maskmana tajam. Maskmana menutup laptop dan berdiri.

"Dah jom. Dah siap dah pun" kata maskmana selamba memandang Ayden kemudian menuju ke arah pintu pejabat. Ayden pula berdiri dan mengikut maskmana dari belakang.

Tinggal kan aku lah tu!

▪️◾🐈‍⬛▪️◾

maskmana ketua aku (season 2)Where stories live. Discover now