🌧️🌨️|•' bab 21 🌼

45 4 0
                                    

Suraya keluar dari hospital bersama Tokma. Sekarang dah pukul 7:00 malam. Tadi doktor maya baru cakap yang tokma boleh balik esok tapi hari ini jugak lah aku pilih..

Tapi okey lah kan.

"Cu..cu rasa menyusahkan lah.c--" kata² puan yamnia terpotong.

"No! Tokma! Tokma jangan lah banyak fikir. Kan doktor cakap, tokma pengsan sebab tokma banyak fikir. Dah² lah tu!" Ujar Suraya membantu tokma berjalan.

"Tapi cu..nek cuma Risau kan suraya. Cu ni kerja tanpa cuti, tak de rehat. Lagipun umur tokma ni dah semakin tua. Nenek nak tengok cu bahagia. Kawin. Cu dah lupa ke janji cu dengan atok?" Suraya terdiam. Teringat janjinya kepada atok. Atok....

Dituju kearah satu kereta. Dibuka pintu untuk tokma barulah pintu untuk diri sendiri.

Laju kereta meluncur laju dari kawasan hospital. Terasa kedua tangan nya digenggam erat. Puan yamnia tersenyum memandang cucu kesayangan nya.

"Cu..tunaikan ye. Nenek risau sangat kat cu. Please! Nenek merayu." Diberikan senyuman manis kepada Suraya. Suraya membalas senyuman.

"Hmmm..nanti suraya fikirkan" puan yamnia mengangguk. Puan yamnia keluar dari kereta diikuti Suraya. Suraya memapah puan yamnia masuk ke dalam rumah. Pintu dibuka dengan kunci. Dituju ke sofa tamu.

Suraya menepuk dahi sendiri. Fulamak!

"Tokma!. Suraya lupa nak beli kan satu barang lah! Tak pe kan Suraya tinggal tokma sorang² kat rumah" puan yamnia tersenyum lalu mengganguk perlahan.

"Pergi lah cu. Tak pe. Tokma tak pe je. Tapi hati² tau! Jangan layan lelaki! Dosa!" Suraya tergelak kecil mendengar nasihat tokma. Haih.. risau nya.

"Tak pe tokma! No hal lah! Kalau macam tu suraya pergi dulu ye. Asalamualaikum!" Katanya Suraya berlalu keluar menuju ke kereta yang baru sampai. Kiranya Suraya ni naik grab.

"Waalaikumussalam! Hati² cu!" Jerit puan yamnia agak risau.

Suraya... suraya...

/////////////////////////////////////////////////
Suraya melilau sekeliling. Aduhh! Mana ni! Orang ni pon satu! Kenapa lah dia ikut jalan jauh kalau ada jalan pintas?. Aduhh! Lambat lah!.

Ni dah pukul 9:50 malam!. Dah lewat ni!. Mana ni!.

Suraya merasakan diperhatikan dari belakang. terus Suraya menoleh ke belakang. Lelaki ni..dari Tadi ikut aku je! Tapi aku kena tenang. Tak nak nampak gelabah.

Suraya mula berjalan ke arah lain begitu juga lelaki itu bangun mendekati Suraya. Suraya panik. Tapi ditahan.

"Kenapa pulak mamat ni!" Kata suraya sendiri. Suraya menjauhkan sedikit sebelum membuka mulut.

"Erhh encik? Tolong jaga jarak je." Lelaki itu menghiraukan amaran Suraya. Suraya? Peh! Gelabah beb!.

Suraya mengundur ke belakang setapak demi setapak kemudian memusing badan ke hadapan dan Berjalan.

Berjalan slow.. sederhana..lama kelamaan makin laju. Lelaki dibelakang nya juga turut sama.

Suraya cemas, panik, takut. Wajah nya mula memucat. Entah macam mana tak sedar, di hadapan nya ada beberapa orang lelaki. Suraya terlanggar hingga terundur ke belakang. Dipandang wajah lelaki di depannya dengan ketakutan.

"A-apa ya-yang korang n-nak?" dengan ragu² suraya menanyakan soalan. Mereka? Ketawa besar.

"Apa yang kita orang nak? Nak ajak kau ikut aku balik rumah?" balas nya mahu menyentuh pelenggagan tangan Suraya tapi dengan pantas, Suraya mengelak...

"Tak nak!" Kata suraya berani mula berjalan ke hadapan tapi dihalang oleh mereka.

"Alah~ jomlah. Sekejap je. Nanti aku belanja kau lepastu hantar kau balik okey?" Lelaki itu mendekati Suraya dan memegang pelenggagan tangan Suraya. Suraya meronta-ronta untuk melepaskan pelenggagan tangan nya.

"Eihh! Lepaslah! Jangan paksa orang lah! Aku cakap tak nak..tak nak lah!" Marah Suraya tajam memandang lelaki di depannya. ..

Lelaki itu terus menarik dengan kasar dan mengheret Suraya untuk masuk ke dalam kereta nya. Suraya seupaya mengeraskan diri nya. Kasar nya lelaki ini!.

"Lepaslah to--" kata² Suraya terpotong apabila mulut nya ditekup dari belakang. Suraya meronta-ronta untuk melepaskan dari menekup mulutnya.

Rontaan Suraya tidak membuatkan mereka berhenti melainkan menjadi seronok.

"MHNMMMM!" Mulut Suraya masih ditekup dari belakang dengan kasar dan kuat. Bau dari kain putih masuk ke rongga hidung. Suraya mula lemah.

Tiba² lelaki itu menjerit apabila lehernya dicekik dari belakang dengan kuat. Maskmana memandang tajam ke arah lelaki di hadapan nya. Lelaki itu menggigil ketakutan dan berlari tapi terlambat.

"Yen Lan!" Nama Yen Lan diseru dan betul sahaja Yen Lan keluar dan belasah 3 orang lelaki itu hingga pengsan. Lelaki yang dicekik maskmana dibelasah teruk oleh maskmana sendiri.

Suraya yang mula merasakan tiada yang menekup mulutnya, berjalan senget seperti orang mabuk. Ke kiri, ke kanan. Pening. Itu lah apa yang dirasakan Suraya sekarang.

Suraya memusing kan badan nya ke belakang. Terlihat maskmana yang memandang tajam ke lelaki yang tidak bermaya.

Suraya tersenyum. Penglihatan nya makin kabur dan hitam.

"Encik" Suraya panggil maskmana dan disebabkan terlalu banyak menghidu pada kain putih, Suraya menutup matanya dan mula jatuh ke tanah. Maskmana terus memandang ke belakang dan dengan pantas tubuh Suraya ditangkap dengan cepat.

"Yen Lan. Panggil budak² lain tolong kau urus kan benda ni." Yen Lan mengganguk tanda faham. Tubuh kecil Suraya digendong ala bright style terapung diawan².

Dituju ke arah kereta hitam nya. Diletakkan tubuh kecil Suraya di belakang. Maskmana masuk ke kereta nya untuk memandu. Terus kereta nya bergerak laju ke suatu tempat...

Bersambung...
Huwaaa! Sorry pendek! Jangan lah marah! Bukan sengaja tapi tak de idea. Sorry ekk kalau ada typo dan pendek. Suraya pengsan? Maskmana dukung? Korang mesti nak tahu apa yang terjadi seterusnya. Kalau nak tahu, tunggu author update bab seterusnya. Silakan tunggu (っ˘з(˘⌣˘ )
( ˶ ❛ ꁞ ❛ ˶ )(◍•ᴗ•◍)✧*。(●'3)♡(ε'●)(๑˙❥˙๑)♥╣[-_-]╠♥(・-・) \(・◡・)/
♡(˃͈ દ ˂͈ ༶ )o((*^▽^*))oლ(' ❥ 'ლ)
⊂(・﹏・⊂)ヾ(˙❥˙)ノ⊂(・▽・⊂)
༼;'༎ຶ ۝ ༎ຶ༽(╥﹏╥)(-̩̩̩-̩̩̩-̩̩̩-̩̩̩-̩̩̩___-̩̩̩-̩̩̩-̩̩̩-̩̩̩-̩̩̩).

maskmana ketua aku (season 2)Where stories live. Discover now