Chapter 47

1.7K 214 10
                                    

Sudah tiga tahun berlalu. Tiga tahun juga lah mereka semua melalui kehidupan tanpa masalah. Semuanya aman dan tenang. Tiada lagi kehidupan yang semakin hari semakin merunsingkan dan membahayakan nyawa. Atau lebih mudahnya, semua sudah kembali normal seperti orang lain. 

Selepas sahaja, kejadian perang mereka semua kembali ke Malaysia. Semua yang menantikan kepulangan anak-anak mereka, menyambut dengan penuh senyuman. Keluarga mana tidak gembira anak mereka balik dengan selamat? Dian ceritakan segalanya kepada semua orang agar mereka semua faham apa yang terjadi. 

Setelah berehat lama, Mates membuat keputusan untuk berpindah ke rumah masing-masing. Memandangkan Cyra sudah beli rumah banglo dua tingkat sewaktu berlakon bencikan Carl, mereka sekeluarga berempat menetap di rumah itu. Berempat? Carl, Cyra, Meeca Rafandra dan Meeca Areyssa.

Isaac dan Dian pula menetap di rumah yang dibeli oleh Isaac. Rumah dua tingkat tapi kawasan rumah itu luas beigtu juga bentuk rumah itu. Isaac mahu beli lebih besar tapi Dian terlebih dahulu melarang. Siapa aje yang mahu tinggal rumah besar tapi jumlah manusia sikit? Sunyi! Rumah yang kini mereka menetap tidak jauh dari rumah Carl dan Cyra. Hanya memakan masa 30 minit untuk ke rumah masing-masing. 

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Daryl Kanz, anak sulung lelaki mereka yang kini berusia 2 tahun manakala anak kedua Isaac dan Dian diberi nama Daryl Adheera yang kini berusia 9 bulan. 

Termasuk hari ini sudah tiga malam, Isaac dan Dian tidur di rumah Carl dan Cyra. Semua ini disebabkan Dian mahu membantu Cyra menyiapkan barang hantaran Cara Melissa. Akhirnya, niat Noah unntuk halal kan Cara Melissa selepas habis belajar tercapai. Akad nikah dan majlis bakal diadakan dua hari lagi. 

Bertungkus-lumus Cyra dan Dian menyiapkan hantaran dan menyelesaikan hal lain. Mereka berdua sendiri yang suka rela mahu selesaikan dari awal sehinggalah hari majlis. Tugas Noah dan Cara Melissa hanya memberi idea dan beli barangan yang diperlukan. 

"Husband!" jerit Cyra dengan nada yang geram. Entah mengapa pansangan ini suka beromen di dapur. Memang dapur menjadi pilihan yang sesuai untuk situasi romantik agaknya. Cyra mendengus kasar. Carl hanya ketawa melihat reaksi Cyra. Ada sahaja idea Carl mahu mengacau isterinya yang sedang masak.

Badan Carl ditolak menjauhi, Cyra membasuh pinggang mangkuk. Mata menjeling tajam Carl yang datang memeluknya dari belakang. Pasrah. Tiada apa lagi yang mampu dilakukan untuk menghalang Carl dari terus mengganggu Cyra. Jadi, Cyra hanya mengalah walaupun bukan seratus peratus. Carl meletakkan dahinya di bahu Cyra dan pelukan menjadi erat.

Cyra merenjiskan air yang membasahi tangan ke dalam sinki sebelum memusingkan badan menghadap Carl. Kepala mendongak sedikit memandang wajah Carl yang jelas puas hati dapat menganggu orang. Makin hari makin suka Carl mengusik orang. Sudah jadi hobi dia kut! 

"Boleh tak awak berambus dari dapur ni? Saya tak tenang lah kalau awak ada dekat sini!" Cyra menghalau Carl. Itu sahaja lah yang boleh dilakukan. Halau Carl walaupun idea ini tidak berjaya tapi Cyra cuba sahaja. Mana lah tahu Carl mendegar kata.

"Tak."

Kedua mata Cyra mengecil merenung tajam Carl. Lebih rela jaga dua twins dari menghadap Carl yang perangai kalah budak-budak. Sakit hati melayan Carl. Setiap hari boleh istighfar layan perangainya yang teramatlah nauzubillah! Cyra menarik tangan Carl dari terus memeluknya. 

"Pergi berambus lah! Main game dengan Isaac dan Noah, jangan nak menyemak dekat dapur ni lah encik suami!" Cyra menghalau Carl lagi. Pantas Carl menggeleng kepala tidak mahu.

Carl meleraikan pelukan dan berdiri di sebelah Cyra. Kemudian, Carl melabuhkan punggung di atas meja yang bersebelahan dengan sinki. Biarkan Cyra basuh pinggan mangkuk dengan tenang. Tapi mata gatal pula merenung isteri. Sedaya upaya Cyra menahan dari senyum senget. Air direnjis ke muka Carl lalu Cyra ketawa dengan kuat.

THE VENDETTAWhere stories live. Discover now