Chapter 37-please, go.

1.7K 230 66
                                    

PLEASE, GO

*******

"Jangan halang aku!"

Suara Cyra meninggi apabila Carl menghalangnya dari melangkah pergi bersama twins. Badan Carl ditolak dengan kasar. Zayden Atheer yang tiba-tiba muncul itu membantu Cyra mengangkat barang ke dalam bonet kereta. Twins dibawa masuk ke dalam kereta namun sempat Carl menghalang.

"Apa semua ni Zayden?" soal Carl. Nadanya dikawal. Nada sedih dan juga geram tak puas hati. Semua ni tiba-tiba terjadi. Cyra kemas barang dengan kasar kemudian menengking-nengkingnya tanpa beritahu hal yang terjadi. Selepas itu terus mahu keluar bersama bagasi besar dan twins.

Muka Cyra merah menahan marah dan tangisan. Selesai menyediakan tempat twins dalam kereta, Cyra menghampiri dua lelaki yang sedang berperang mulut. Sorang berkata tentang hak dan seorang lagi pertahankan diri dengan mengungkit segala kesalahan lama.

"Ni anak aku dan Cyra bini aku. Kau tak ada hak lah sial!" marah Carl.

"Jantan tak guna macam kau ni layak ke jadi suami dan bapak?" balas Zayden bersama senyuman sinis.  Carl mencengkam baju di kedua bahagian bahu Zayden. Cyra menolak Carl sekali lagi. Mata mereka bertembung.

Bibir Cyra bergetar menahan segala rasanya terbuku. Hatinya marah namun matanya degil mahu mengalirkan butian permata yang hangat.

Tangisan.

"Jangan sentuh anak-anak aku. Jantan macam kau tak layak gunakan hak! Penipu! Jantan penipu!" tengking Cyra. Zayden meletakkan twins ke dalam kereta. Setelah itu, masuk ke dalam perut kereta bahagian memandu. Bersedia untuk terus pergi sebaik sahaja Cyra masuk ke dalam.

"Apa maksud awak ni, sayang? Kenapa cakap sampai macam ni sekali? Apa yang saya dah buat sampai awak berubah sampai macam ni sekali?" Jelas nada kecewa Carl mengajukan soalan-soalannya kepada Cyra.

"Sayang? Pergi mampos dengan sayang kau! Kau tahu tak betapa hancurnya hati aku dengar kejujuran sebenar kau? Selama ni aku hidup dalam percintaan yang palsu. Penipu!" balas Cyra.

Meluahkan sedikit rasa hatinya. Selangkah Carl mendekat selangkah Cyra kebelakang. Menjauh dari didekati oleh Carl.

"Takkan sampai tak boleh berbincang langsung? Kita boleh berbincang, Cyra. Jangan lah bertindak sampai macam ni." pujuk Carl. Cyra menggeleng.

Matanya memandang semua yang melihat di pintu utama. Seronok lah tu melihat drama. Lagi panas hatinya apabila melihat riak wajah Isaac.

Isaac Valen.

Badan bersandar pada dinding rumah, baju dimasukkan ke dalam poket seluar dan senyuman sinis yang terukir. Entah apa yang menghiburkan lelaki itu pun tidak tahu. Hal begini dia boleh senyum begitu? Gila.

Dia merancang sesuatu. Kut. Right?

Misteri. Apabila Dian beriak biasa. Mukanya tiada reaksi. Seperti tahu apa yang berlaku. Cyra yang malas mahu berdiri berpanjangan, dia masuk ke dalam kereta. Laju kereta bergerak meninggalkan Carl yang berdiri bersama mukanya yang penuh emosi.

Cyra duduk di seat belakang menemani twins. Matanya merenung di luar tingkap. Akirnya apa yang ditahan terlepas jua. Air mata mengalir. Zayden memandang ke belakang seketika apabila mendengar suara esakan seperti orang menangis.

"Cyra..."

"Diam. Pandu je kereta, jangan hiraukan aku." Cyra memotong percakapan Zayden. Dia mahu bersendirian tanpa diganggu. Zayden sekadar mengangguk dan kembali fokus memandu. Membiarkan Cyra menangis.

Cyra memeluk kuat bantal peluk. Bantal peluk yang diberikan oleh Carl, semalam. Semalam di mana dia gembira dan bahagia bersama lelaki itu. Namun sekejap aje kebahagiaan itu muncul. Perasaan itu terus lenyap. Hilang. Diganti dengan luka. 

Malam kebahagiaan itu juga memusnhakan semua peluang yang diberikan. Entah bagaimana hati terdetik untuk mencari Carl yang tiada di katil di tengah-tengah malam. Cyra mencari dengan menggosok matanya. Terjaga dari tidur. Telinga mendengar suara lelaki berbual di halaman belakang rumah.

Baru sahaja mahu menegur Carl yang sedang berborak dengan Isaac itu tindakannya terhenti apabila mendengar nama Elvina. Cyra buat keputusan untuk mendengar apabila melihat perbicaraan mereka seperti meluah.

"Maksud kau, kau masih cintakan Elvina? Macam tu?" Suara Isaac menyoal. 

"Dia cinta pertama aku kut. Mestilah sayang."

"How about Cyra? Bukan kau cakap kau dah tak sayang Elvina and Elvina kisah lama ke?" 

"Memanglah tapi takkan macam tu aje hilang? Sayang tu tetap ada. Now, dia dah pergi. Jadi aku ada Cyra untuk lepaskan rindu sayang tu. Lagipun sekarang ni aku lebih sayangkan Elvina berbanding Cyra."

Isaac ketawa. Ketawa misteri. Matanya melihat pintu. Tahu Cyra berada di situ. Memang itu yang dia mahu Cyra dengar. 

"Kau tipu Cyra? Kau gunakan dia?"

"At lease aku cuba untuk sayangkan dia lebih dari segalanya. Semua tu bukannya mudah, Isaac. Tapi aku bahagia dengan dia. Tu yang aku stay."

"Habis kalau tak bahagia kau berambus ke macam mana?"

"Buat jelah macam biasa. Aku sayang anak-anak aku okay!"

Cyra di situ sudah mengalirkan air mata. Mulutnya ditutup dengan kedua tapak tangannya. Suara Isaac membuatkan Cyra memasang telinga lagi.

"Tapi bukan kau tergila-gilakan Cyra ke?"

"Kau kenal aku macam mana kan?"

"Kau nak tahu something tak, bang?"

"Apa?"

"Kau jantan paling tak guna aku pernah jumpa."

Mereka berdua gelak. Cyra terus masuk ke dalam bilik dan tidur. Air matanya dikesat. 

Itulah dialog yang memusnahkan segala peluang dan kebahagiaannya. Mata Cyra dihiasi dengan rumah banglo yang tidak besar dan jugak tidak kecil. Cantik dan luas. Cyra mengesat air matanya. Pintu kereta dibuka. Stroller twins dikeluarkan dari bonet kereta lalu meletakkan twins ke dalam stroller. Zayden, Cyra berdiri di hadapan banglo itu.

"So big. Nice!" ujar Zayden. Cyra diam. Dia memilih banglo ini supaya twins selesa. 

Mahu memulakan hidup baru bersama twins.

Tanpa Carl.

THE VENDETTAWhere stories live. Discover now