Chapter 31-twins

3.6K 551 417
                                    

TWINS

*****

Tangan mengusap perut dengan penuh kasih sayang. Menghitung hari untuk melahirkan twins. 9 bulan usia kandungan. Berbagai dugaan yang ditempuhi. Semua datang ke London untuk persediaan Cyra melahirkan anak. 

Kecuali Carl.

Carl hilang entah ke mana. Tipulah jika Cyra tidak kisah langsung tentang Carl. Namun, muncul sahaja tentang Carl difkiran Cyra, dia akan terus buang semua itu. Dia mahu mulakan kehidupan baru. Tapi bukan bersama Carl.

Zayden Atheer kerap kali menjalani rawatan. Alhamdullilah sudah sebulan Zayden menjalani rawatan dan dia semakin pulih. Cyra juga telah memaafkan perbuatan Zayden kepadanya. 

Hayder Arsalan pula sudah munculkan diri. Tidak lagi menyembunyikan diri dari sesiapa. Dia lah yang menjaga Kheir sejak Kheir tinggal di London. Melihat Kheir dapat mengubat sedikit rasa rindu pada adik kandungnya, Elvina Lydia.

Dian. Dian sudah sembuh sepenuhnya. Alaya yang dulu berjaya dikawal apabila Isaac menjaga dan cuba membuat Alaya jatuh cinta. Berjaya. Alaya jatuh cinta padanya. Dengan pertolongan keluarga, Dian kembali pulih. Isaac dan Dian menjalani rumah tangga yang bahagia.

Tentang Elvina, Isaac telah jujur pada Dian. Namun, Dian tidak mengambil sudut negatif. Dia terima semua itu.

Yang penting ketika ini adalah Cyra dan twins.

"Hey, mommy to be!" tegur Dian. Cyra yang sedang menyiapkan persediaan untuk ke hospital itu sekadar senyum. Dian duduk bersila di atas katil.

Tangan mencapai barang-barang. Menolong Cyra mengemas. Selesai mengemas, Dian cepat-cepat meletak bagasi di tepi dinding. Dian merapatkan diri dengan Cyra. Perut Cyra disentuh.

"Aaaaa datang-datang je perut kau dah besar. Aku tak sabar nak jumpa twins. Nak tengok muka twins. Mesti cantik macam mama Dian!" teruja Dian sambil mengusik.

Cyra ketawa.

"Iyalah, apa-apa jelah Dian. Nanti aku bersalin, jangan nak menggatal menaikkan nafsu makan aku. Memang aku tarik-tarik rambut kau!" 

Dian buat muka selamba. 

"Aku dengar Hayder nak jaga Kheir?" Cyra membincangkan topik lain. Dian diam seketika dan mengangguk.

"Habis Isaac setuju? Yelah, dia kan jaga Kheir selama ni. Kheir pula rapat dengan Isaac dan kau." soal Cyra.

Dian mengangkat bahu terlebih dahulu kemudian mengeluh. Berat hatinya untuk biarkan Hayder menjaga Kheir. Tapi Hayder lebih layak berbanding dirinya dan juga Isaac. Iyalah, kheir tu anak buah Hayder.

Jadi dia ada hak juga. Nak atau tak, Isaac merelakan dan setuju dengan keputusan Hayder. Itupun atas nasihat Ariana, Helena, Laura, Nisa dan Alana. 

"Lepas kau habis pantang, aku dengan Isaac rancang nak honeymoon." Dian menukar topik. Tidak berdaya mahu membincangkan topik Kheir. Boleh buang air mata sahaja nanti. Yang penat Isaac. Penat memujuk.

"Wow, belum apa-apa dah ada rancangan! Aku ni nanti jadi busy mommy. Aku nak tumpukan perhatian pada twins. Besarkan dia." ujar Cyra. Sudah terbayang-bayang dia menjaga twins. Mesti bahagia hidupnya. Haih lah, twins cepatlah keluar. Mommy dah bosan ni sorang-sorang.

Dian menyentuh tangan Cyra.

"Aku ada. Semua orang ada untuk kau Cyra. Jangan lah beban kan diri kau sorang-sorang. Aku nak kongsi sekali rasa sedih kau. Biar aku jaga kau dan twins. Kalau twins nak anggap Isaac tu ayah diorang pun aku okay je, Cyra. Diorang berhak dapat kasih sayang yang sempurna." 

THE VENDETTAWhere stories live. Discover now